Tuesday, 4 January 2011

Pantas yang Perlahan

Selalunya bila gua menegur orang-orang yang gua nampak dalam muka buku, khususnya orang2 yang pernah gua ajar, akan menjadi sesuatu yang sangat formal daripada mereka. Mereka menyusun ayat dan kata seperti menulis karangan Pengajian Am Kertas 2.

Selalunya gua biarkan. Biar mereka mencari sendiri orang yang bernama Mat Jack yang berambut panjang dan kepala selalu ditutup dengan kep.

"Siapa juga ko ni?" selalu itulah soalan yang selalu ditanya.

Gua selalunya diam dan memberikan simbol :)

Ataupun kadang-kadang gua jawab, "Ko punya class mate dulu ba ini. Masa form six".

"6A1 atau 6A2?" tanya lagi mereka.

"Kadang-kadang 6A1, kadang-kadang 6A2. Kalau pagi aku jadi class mate kat 6A1, lepas rehat aku jadi class mate kat 6A2", jawab gua.

Kemudian, selalunya bila beberapa minit selepas tiada komunikasi [gua syak mereka tengah menyelongkar muka buku gua] mereka akan berkata:

"Aduii na, sori ba cigu. Nda perasan... hehehehe"

atau

"Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, saya nda perasan yang Mat jack ni cigu"

atau

"Ingatkan lelaki mana tadi yang mo kacau2 sama saya".

Dan selalunya gua akan jawab macam ni :)

Dalam dunia yang pantas ini, kadang-kadang ada juga yang menjadi perlahan.

Dan untuk yang selalu bertanya gua, kenapa gua memilih memegang gitar daripada terus memegang kapur tulis, gua pun tiada jawapannya. Mungkin kalau cikgu-cikgu dibenarkan berambut panjang, memakai t shirt dan jeans ke sekolah dan tidak dikerah macam kuli batak untuk memenuhkan dewan bagi menyambut pemimpin politik, mungkin sekarang ni gua masih lagi berada di dalam bilik darjah!

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...