
Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) dalam kenyataan medianya mendakwa Interlok memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan. (www.malaysiakini.com/news/152455)
Gua tak tahu apa yang diorang cakap 'gambaran yang tidak betul'. Kalau gua ikut sifir bodoh, "tidak betul = salah'.
Tapi kalau ikut pemahaman gua, perkataan 'paria' ini sudah lama wujud. Kalau tidak ada kelompok paria, macamana perkataan 'paria' boleh wujud. Takkan la jadi macam ni:
"Pada suatu hari, Pak Leman berjalan-jalan di dalam kebunnya. Tiba-tiba "Opocot..!!" Pak Leman terkejut. Pak Leman terkejut kerana tak semena-mena perkataan 'paria' turun dari langit."
Kalau bagi tahu kat nenek gua cerita ini pun, dia akan ketawa berguling-guling sampai tersembur gigi palsunya.
Gua bukan terdidik dalam bidang Sejarah. Kelulusan gua bukan dalam bidang Sejarah. Tapi gua suka membaca hal-hal yang berkaitan sejarah. Bagi gua, sejarah bercerita tentang fakta masa lalu. Kalau cerita bohong, itu bukan dinamakan sejarah. Cerita bohong ialah cerita-cerita yang terdapat dalam banyak novel remaja yang sarat dengan imaginasi tentang kisah cinta yang mendayu-dayu. Cerita bohong ialah tentang kisah seorang hero filem Tamil yang dengan menghayun satu tumbukan, kemudian diikuti dengan bunyi 'dusyuuuummm!!!' dan 20 orang penjahat jatuh tunggang-langgang.
Dulu, berdekad-dekad dahulu, begitulah sejarahnya. Apa kehalnya nak ubah-ubah Sejarah. Sejarah telah berkata-kata, kenapa nak dipotong pula lidah sejarah? Dulu-dulu, mungkin ada pariah. Tapi sekarang ini, berkat kemakmuran bumi Tanah Melayu, pariah sudah tidak ada. Gua lihat kata 'pariah' ini seperti sehelai baju. Apabila baju tersebut sudah tidak muat, sudah lusuh, sudak koyak rabak, dan pemakainya sudah mampu beli baju baru, maka baju yang lama itu sudah dibuang. Tapi lu pernah pakai baju itu. Bukan gua yang kata, tapi sejarah yang kata.
Kalau nak tuduh kata 'pariah' itu menjijikkan, gua nak tanya : adalah lu malu pada hakikat sejarah? Adakah lu malu nak mengaku yang mereka nenek moyang lu?
Kalau nak diikutkan, orang Melayu lebih berhak untuk melenting. Lu bina kuil, mula-mula kecil sahaja di pinggir jalan. Kemudian lama-lama menjadi sebuah bangunan besar. Lu juga sudah dapat sebuah bukit yang sangat besar. Lalu lu bina kuil dan sembahyang di sana. Gua-gua lu penuhkan dengan patung-patung. Kalau ikut asalnya, bukit itu kepunyaan orang-orang melayu. Tapi orang-orang Melayu diam sahaja. Tak apalah atas semangat tolak ansur.
Kalau nak ikutkan sensitif, orang-orang Melayu juga berhak untuk melenting bila membaca Interlock. Dalam novel ini ada ungkapan 'monyet hutan' yang dimaksudkan kepada orang Melayu. Tapi itulah hakikatnya. Pendatang awal Cina memang memanggil orang-orang Melayu sebagai monyet hutan. Tapi itu dahulu. Sekarang mereka sudah tidak menggunakan lagi kata-kata itu. Itu hakikatnya. Dan itulah sejarah.
Susah betul berurusan dengan orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal. Terlalu berfikran sempit. Segalanya dilihat dengan penuh perasaan prejudis. Jiran dibelah kanan rumah gua, orang India. Di hadapan rumah gua orang india. Tapi gua tak ada masalah dengan mereka. Mereka juga tidak ada masalah dengan gua. Gua tidak memanggil mereka 'pariah'. Mereka juga tidak memanggil gua 'monyet hutan'.
Cuma apabila ada yang berlagak menjadi minyak tanah inilah yang susahnya. Selalu cuba untuk menjirus ke bara api. Cuma jangan pula nanti mereka sendiri yang terbakar dengan api yang mereka nyalakan sendiri.
Malaysiaku sudah sedia aman. Jangan la bikin kacau.
No comments:
Post a Comment