Friday, 21 January 2011

Dude, Hidup ini Bukan untuk Iseng-isengan.



Selalunya, selepas gua menenyeh ibu jari, gua akan melepak di NZ Curry House di Wangsa Maju. Nama dia macam restoran western, tapi kedai mamak jer tu! Ataupun gua akan lepak-lepak di mana-mana kopitiam di Seri Rampai.

Gua akan lepak-lepak di sana, sambil melihat manusia. Sambil menghirup teh tarik. Sambil mencemarkan udara sekeliling.

Kadang-kadang gua seorang diri. Kadang-kadang ada kawan.

Petang itu, sewaktu gua sampai ke NZ, gua ternampak seorang kawan gua. Seorang doktor yang berkhidmat sebagai pakar trauma di Prescot Hospital. Dia nampak gua. Dia mengangkat tangan memanggil gua.

"Lu apa khabar?" gua tanya selepas tangannya gua jabat.
"Gua? Macam ni lah." Dia kata. Lemah intonasi suaranya.
"Apa hal ni dude? Lu macam susah hati jer," gua cuba mencungkil.

Mamak pelayan pandang gua. Gua kata "Nescafe tarik kurang manis".
Mamak pelayan itu mengangguk.

"Dude, gua dah lama kenal lu. Kalau lu nak cerita-cerita, gua ada. Gua boleh dengar lu punya cerita," kata gua. Sambil tu, mata gua melihat-lihat awek-awek yang baru keluar dari gym. Ada yang langsing, ada juga yang macam tempayan naga.

Kawan gua itu menghembuskan nafas yang panjang. Sambil menyandarkan belakangnya pada kerusi plastik, dia pandang gua. Dia macam sudah hilang kata-kata. Bila gua tengok, gua sudah tidak nampak seorang doktor pakar trauma. Tapi seorang lelaki yang sedang trauma!

"Gua sudah tak tau nak buat apa lagi sekarang. Gua betul-betul tak paham. Hari ni dia ada. Besok-besok dia ghaib. Lama ghaib, kemudian dia datang lagi. Kemudian ghaib lagi. Macam pertunjukan silap mata plak," dia kata.

"Ooooo...." kata gua. Gua dah tau apa sebabnya kawan gua tu macam along yang dikencing pemuitangnya.

"Dah lama ke dia ghaib?" tanya gua.

"Hummm..." jawab kawan gua. Satu jawapan yang tidak begitu memberangsangkan.

"Macam ni lah dude. Kalau dia ghaib, lu jangan peduli. Dia nak ghaib, itu dia punya hal, dia punya cerita. Gua rasa mesti dia ada sebab untuk dia ghaib secara tiba-tiba," kata gua.

Gua keluarkan sebatang nikotin berbalut kertas putih. Gua cucuh. Gua sedut. Gua hembus.

"Tapi sekurang-kurangnya bagi tau ler kenapa nak ghaib. Gua bukan tak boleh terima kalau dia nak ghaib. Tapi ghaib secara tiba-tiba macam sengaja nak bunuh gua. Macam peluru berpandu teknologi terkini... tiba-tiba datang dan memusnahkan tanpa dapat dikesan radar," kata kawan gua.

"Dude, lu lepaskan dia. Selagi lu kurung dia dalam hati lu, lu sendiri yang akan mati. Dia sudah memilih jalan dia. Dia mahu jalan yang begitu. Jadi, lu biarkanlah. Mula-mula memang sakit. Tapi kesakitan itu bukannya bermakna lu harus menderita. Apa kejadahnya lu nak menderita sedangkan lu boleh mengelaknya? Jalan di KL ini bersimpang-siur. Ada yang selalu jem, ada yang lancar jer perjalanannya. Gila apa kalau lu dengan sengaja nak menyusuri jalan yang menjadikan kereta BMW 7 siries lu merangkak-rangkak macam siput babi. Lu ada BMW. Lu pecutlah. Kalau lu nak merangkak-rangkak, baik lu drive kancil jer!" kata gua. Entah dia faham entah tidak, sebab gua sendiri pun kurang faham apa yang baru sahaja gua katakan...ahakkksss!

Kawan gua diam.

Kemudian gua kata, "Cuba lu tengok awek sebelah. Cun tu."

Kawan gua menoleh. Dia mengangguk.

Kemudian gua kata lagi, "Cuba lu tengok balak dia. Selekeh macam Bangla baru sampai Malaysia. Diorang datang sini bukan naik BMW macam lu. Naik kapcai jer," kata gua. Kemudian gua sambung, "Lu pikir kenapa awek yang cun melecun tu boleh sangkut dengan mamat tu? gua tanya.

Belum sempat kawan gua menjawab, gua jawab sendiri soalan gua. "Kat dalam dada ni," kata gua sambil menujah-nujah dada kawan gua dengan jari telunjuk gua.

"Dude, dunia Tuhan ini sangat luas. Kita baru sedikit sahaja menjelajahnya. Kita harus menjelajah lagi. Dan lagi. Dan Lagi. Kalau baru dua kali lu terpeleot kaki, lu sudah nak balik rumah, lebih baik lu jangan keluar rumah. " kata gua.

Kemudian, gua menghirup nescafe tarik kurang manis sampai habis. Gua tak berhenti di tengah semasa membuat hirupan tersebut. Gua menghirup sampai habis. Hanya tinggal buih-buih halus di lantai gelas nescafe tarik kurang manis itu. Dan gua meletakkan gelas tersebut di tepi meja sambil memanggil mamak pelayan untuk mengambil gelas tersebut. Dan mamak pelayan itu tangkas megambilnya dan mencampakannya ke dalam besen besar berwarna hijau.

Bagi gua, yang datang dan yang pergi hanyalah seperti gelas tadi. Apabila sudah tiada, campakkan sahaja ke dalam besen besar berwarna hijau. Dan selepas dibersihkan, orang lain pula yang akan menggunakan gelas tersebut. Kalau dibersihkan dengan sebaiknya, gelas itu akan menjadi seperti sebiji gelas yang baru dikeluarkan dari kilangnya. Kalau tukang yang membersihnya hanya membuat cincai cincai sahaja, maka sudah tentulah segala jenis bakteria akan terlekat pada gelas tersebut dan akan memberi kesakitan kepada si peminum yang baru.

Dan bila gua datang lagi besok, gua sudah tidak lagi memikirkan tentang gelas itu. Sebab hidup ini bukan untuk iseng-isengan!

2 comments:

  1. tengkiu sebab nescafe kat gelas gua baru saja habis... ahaks....

    ReplyDelete
  2. nescafe atau apa-apa minuman, kalau enak dan lazat, kita akan menikmatinya lagi. Kalau menjadikan kita sakit perut, apa kejadahnya nak menikmatinya lagi...ahakkkss!!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...