Banyak kali, apabila gua menghulurkan seringgit dua kepada orang-orang buta yang menjual tisu di gerai-gerai makan, atau kepada orang kudung di pasar malam, atau kepada orang yang terencat akal, atau kepada pelarian Myanmar yang setia menunggu di depan pintu masjid selepas solat Jumaat.... maka ada teman-teman yang kata :
"Duit diorang tu lagi banyak dari duit kita, kenapa ler kita nak kasihakan mereka!"
Bagi gua, skeptikal yang begitu sangat ada betulnya. Memang gua tahu, ada antara mereka yang simpanan akaun di bawah bantalnya menimbun-nimbun. Sedangkan di hujung-hujung pusingan bulan, gua sendiri yang terkial-kial mengatur belanjawan akaun gua.
Tapi bagi gua, itu adalah keadilan Allah. Mereka mungkin mempunyai simpanan wang yang menimbun, tetapi mereka tidak memiliki nikmat Allah yang lain. Mereka buta, tapi gua mempunyai mata yang celik. Mereka kudung, tetapi gua memiliki sepasang kaki dan sepasang tangan yang sangat sempurna. Mereka terencat, tetapi gua memiliki akal yang masih sempurna.
Bagi gua, gua tak akan tukarkan nikmat material wang menimbun dengan nikmat hidup yang gua ada sekarang ini. Nikmat gua, gua boleh berlari laju apabila dikejar anjing gila. Tetapi mereka terpaksa mengesot. Nikmat gua, gua boleh melihat Fasha Sandha berbikini di Bali, tetapi mereka hanya mampu mendengar sahaja. Nikmat gua, gua boleh mencari laluan lain apabila dikencing oleh kekasih yang curang, tetapi mereka tak mampu untuk berfikir dengan waras.
Gua bukan seorang yang idealist. Tapi gua cuba menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang ada. Gua pernah dinista sebagai seorang yang hidup atas belas ehsan orang lain. Dan nistaan itu sangat dipercayai oleh makhluk ciptan-Nya yang lain. Mula-mula, memang gua sangat jelek. Gua terasa sangat ingin muntah dengan nistaan yang jijik itu. Tetapi gua dapat banyak ilmu di situ. Ilmu agar jangan terlalu mempercayai orang lain yang dilihat seperti teman sekamar tidur kita sekalipun! Apabila mereka ingin menghancurkan kita, kisah-kisah nista yang dikarang oleh merekalah yang paling dianggap suci dan benar oleh orang lain. Jadi, nikmat yang Allah kurniakan di situ ialah ilmu yang tidak mampu diberikan oleh mana-mana profesor atau cendekiawan tersohor yang lain.
Selamat siang wahai Matahari!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment