Dia ialah seorang YB. Dia satu kumpulan dalam kesatuan politik yang terus juga ditenggek oleh sang presiden parti politik yang pernah berlakon secara tak sengaja dalam filim lucah. Perangai mereka lebih kurang sama sahaja. Cuma yang berbeza ialah YB ini akan ke masjid untuk sembahyang hari raya, manakala si pelakon lucah itu mungkin saja pergi ke kuil.
Perangai mereka lebih kurang sama. Sama-sama suka tahap gaban kepada makhluk Tuhan yang bergelar perempuan. Artis-artis dan personaliti memang sudah ramai yang mereka lunyai. Kalau si pelakon lucah itu sangat sinis apabila ada perempuan Islam bersalam dengan menggunakan sarung tangan, YB ini pula sangat tidak mahu akan hudud. Bagi si pelakon lucah itu memakai sarung tangan apabila berjabat tangan antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang dianggap taboo. Tetapi bagi dia, memegang pantat a.k.a. pepet a.k.a alat kelamin wanita dan buntut perempuan tiada apa-apa salahnya.
Suatu hari, sedang YB ini sedang berehat, Blackberrynya berdenyit-denyit. Satu BBS masuk. YB menekan punat-punat Blackberrynya. YB itu membaca mesej yang tertulis :
"Saya pernah tidur bersama-sama YB. Supaya saya tidak membocorkan rahsia ini, YB harus masukkan wang ke dalam akaun saya. Kalau tidak, akan heboh satu negara. YB akan hilang jawatan. YB akan malu"
YB menyandar ke kerusi empuknya.
"Habis aku, kali ini!" dia merungut sendirian. Dia mula membayangkan isterinya yang punya jambul seperti ayam belanda dan berbadan bulat seperti tong gas. Dia membayangkan bagaimana isterinya yang montel itu akan mengamuk. Dia juga membayangkan akan head line akhbar-akhbar tempatan seperti ini :
Seorang YB yang tak sedar diri didapati selalu bermukah dengan perempuan murahan
YB cuba membuat agakan akan siapa perempuan yang telah mengugutnya itu. Tapi YB tidak menemui jawapannya. Mungkin kerana terlalu ramai perempuan yang pernah dilimpahkan spermanya sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk mengingati semua perempuan tersebut.
Akhirnya, YB mengalah. Dia memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun perempuan tersebut. Bagi YB wang tidak ada masalah baginya. Hasil rasuah 14 tahun lepas yang dibuatnya pun belum habis lagi. Belum masuk lagi dengan duit-duit rasuah yang baru dan akan masuk. Bagi YB, jawatannya sebagai YB mesti dipertahankan. Kalau jawatannya sebagai YB terbang, dia akan hilang segala-galanya.
Dua minggu kemudian:
Sekali lagi perempuan itu menghantar mesej yang sama. Masih lagi menagih wang daripada YB. masih lagi menggunakan modal ugutan yang sama: Saya pernah tidur bersama-sama YB.
YB tidak banyak pilihan. Sekali lagi dia memasukkan wang ke dalam akauan perempuan tersebut.
Untuk dua minggu selepas itu, YB sudah tidak mendengar apa-apa lagi berita daripada perempuan tersebut. Sehinggalah pada suatu pagi, perempuan itu menghantar satu SMS meminta supaya dimasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Masih lagi menggunakan modal yang sama : Saya pernah tidur bersama-sama YB.
Melalui nombor telefon SMS yang dihantar itu, YB cuba mencari siapakah gerangan perempuan tersebut.
"Siapa sebenarnya kamu ni?" tanya YB.
"Takkan YB tak ingat." balas perempuan tersebut. Kemudian dia sambung lagi, "Mesti banyak perempuan yang telah ditiduri YB sampaikan YB sendiri konpius"
"Sekurang-kurangnya, bagi tau la siapa nama kamu. Di mana kita pernah tidur sama-sama," YB seperti merayu.
"Saya boleh memberitahunya. Tapi selepas YB memasukkan dulu duit saya itu," balas perempuan itu. Manja bunyinya, sangat menggoda.
"OK," kata YB ringkas.
Selepas memasukkan wang yang diminta, YB menelefon semula perempuan tersebut. YB bertanya "Siapa nama kamu? Di mana saya pernah tidur dengan kamu?"
"Nama saya Mimie," balas perempuan itu.
"Mimie? Mimie yang mana satu?" tanya YB
"Alaaa...saya pun satu parti juga dengan YB," balas Mimie.
Kemudia Mimie sambung, "Saya pernah tidur sama-sama dengan YB dalam dewan."
"Dalam dewan???" YB kekagetan. Seingat YB, dia tak pernah tidur dengan perempuan dalam mana-mana dewan.
"Dewan Merdeka, PWTC. Masa tu perhimpunan Agung UMNO. Masa Najib buat ucapan, saya tidur. YB pun tidur. Kita sama-sama tidur sebab ucapan Najib tu sangatlah memboringkan," kata Mimie.
"Kita sama-sama tidur," bisik YB.
"Hampeh, aku tertipu..." kata YB pelan-pelan dalam hati.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment