Gua duduk-duduk sambil meneguk teh tarik. Di sebelah gua ada dua orang. Sorang keling, sorang sikh. Atas meja diorang ada STAR.
Gua pasang telinga. Dalam bahasa Inggeris berirama bahasa keling, mereka marah-marah KP. Marah sebab Interlok jadi teks KOMSAS.
Gua pasang telinga.
Pung! Pang! Pung! Pang! mereka bersembang.
Tiba-tiba, gua rasa macam nak belasah diorang. Gua bangun dan pandang mereka. Gua tanya, "Are you Malaysian?"
"Yeh, correct" kata diorang.
"Oooo...ingatkan orang Singapore", kata gua.
"Ni, apa yg korang tak setuju sangat dengan KP?" tanya gua.
"Itu novel tak sesuai," kata sikh. Dia kata dia loyer.
"Kau ada baca novel tu?" tanya gua.
Dia terkebil-kebil. Memang sah dia tak baca, tapi pung! pang! pung! pang! belasah novel tu.
"Kalau tak baca, mana kau nak tau. Jangan jadi kurang cerdik" kata gua.
Yang keling sorang lagi nampak macam tak puas hati dengan gua. Dia kata, "Orang Melayu sebenarnya sama juga dengan orang India."
"Apa yang samanya?" gua tanya.
"Sama-sama pendatang. Orang India dari India. Orang Melayu ramai yang berasal dari Indonesia," kata keling yang malu nak mengaku keling itu.
"Aku nak tanya kau satu soalan, boleh?" kata gua.
"Apa?" keling tu tanya gua balik.
"Kau tau apa itu kepulauan Melayu. Kau tau apa itu Nusantara? Apa bezanya benua kecil India dengan Kepulauan Melayu? gua tanya.
Tadi sikh yang berserban yang terkebil-kebil. Sekarang keling ini pulak yang terkebil-kebil.
"Kalau korang tak tau, jangan bercakap sedap mulut." kata gua.
Sambil menghembus asap Dunhill, gua kata "Ghandi di India tu mati-mati berjuang untuk persamaan kasta. Yang korang ni pula sibuk-sibuk nak nafikan pernah wujudnya kasta"
Kemudian, gua belah sambil menyedut dan menghembus sisa Dunhill di jari gua.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment