
dan Sumarni menjadi pelakon tambahan. Seorang lagi
pelakon tambahan tidak dapat gua cam dari pandangan sisi belakang.
Hari itu. Rozita tersenyum riang. Memang Rozita seorang anak gadis yang periang. Jarang untuk tidak melihat dia tidak tersenyum. Selalu menyusun kata-katanya dengan penuh tertib.
Apabila melihat Rozita, gua teringatkan kuih makmur bikinannya.
“Cikgu rasalah. Kuih makmur ini aku yang buat sendiri,” kata Rozita, masih basah di telinga gua.
“Wuiii…tinggal di asrama pun masih sempat kamu membuat kuih! Ni mesti curi-curi masuk ke dapur asrama. Ke dalam bilik kamu ada dapur gas?” kata gua.
“Hee…hee…hee.. Mana ada ba cigu. Kuih ini aku buat masa aku balik kampung,” kata Rozita.
Gua senyum. Kampung Rozita berhampiran dengan Bukit Garam. Sangat jauh. Dan sewaktu dia pulang ke kampungnya, bersungkai dengan keluarganya, dia masih lagi mempunyai kesempatan dan ingatan untuk membuat kuih makmur untuk gua.
“Kuih ini untuk saya sorang jer ke ni?” gua tanya.
“Minggu ini untuk cigu dulu. Minggu depan untuk cigu-cigu lain pula. Ikut giliranlah,” kata Rozita.
Kemudian,
Gadis bertubuh kecil ini tidak lagi gua mendengar ceritanya, sebaik sahaja tamat STPM. Gua tidak tahu ke mana gadis ini pergi. Cuma kadang-kadang ada jugalah sedikit-sedikit khabar tentang dia. Tapi gua tidak tahu sepenuhnya. Sehinggalah gua diberitahu dia kemudiannya telah berkahwin.
Kemudian,
gua tidak mendengar sebarang berita tentang gadis yang pernah membikin kuih makmur ini untuk gua. Sehinggalah gua diberitahu yang gadis ini telah pun pergi ke sana.
Rozita telah pergi, tapi kuih makmur dan senyumannya tetap ada.
No comments:
Post a Comment