Friday, 16 April 2010

Mabuk Tujuh Lautan



Loloq, seorang yang suka bermain-main dengan bahasa. Gua sangat suka dengan bahasanya. Bahasanya sangat cantik dan mendalam maksudnya. Dulu Loloq pernah 'bersengketa' dengan orang DBP kerana dia dengan sinisnya menyindir Kamus Dewan. Hampir semua lirik yang ditulis oleh Loloq sebenarnya adalah berkisah pada aspek ketuhanan. Banyak kosa bahasa Melayu asal yang dimanipulasikan oleh Loloq. Dan Mabuk Tujuh Lautan (Wings: Album Double Trouble) ini menyerlahkan ketinggian isi dan keindahan bahasa yang dimainkan oleh Loloq.


MABUK TUJUH LAUTAN
Demi nafas serta nyawa
Yang berlegar dinyali
Tak pernah ku naksir
Kisikan nama mu
Pabila gelodan
Melintasi langit kirmizi
Aduhai ratu kosmik!
Kau ku edan dan ku asyik
Kurniakan pintaan tulus pelayar ini
restukanlah
Kiranamu menyuluh laluan penuh karang
Di balik gelora
Sungguh aku tagih kama keramat mu
Kasihanlah
Ku yang mabuk tujuh lautan
Mendamba sempadan kabut dua rasa
Tinggal membilang layang-layang
Sejak hilang jejak hari dan minda
Kurniakan pintaan tulus fakirmu
RestukanlahRatu kirana anggunmu pada aku
Yang sengsaraSungguh aku rindu kama keramatmu
Kiranaku
Kurniakan pintaan tulus fakirmu
Restukanlah kirana anggun mu pada ku
Kurniakan pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah kiranamu menyuluh laluanYang penuh karangAku rindu kirana ku
Restukanlah

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...