
Kalau gua naik kapal terbang, ada pramugari macam di atas, gua tak akan ke mana-mana. Gua akan menjadi penumpang yang paling setia bertenggek di atas kerusi. Dan gua rasalah, syarikat bas ekspres di Malasyia akan gulung tikar sekiranya syarikat penerbangan ini dibenarkan beroperasi di Malaysia. Tony Fernandez pun akan menepuk dahi! Dude siapa yang mahu naik bas ekspres kalau lu ada pemandangan yang lagi indah dan menawan di atas kapal terbang?

Ini pula pramugari MAS. Boleh tahan jugalah. Kadang-kadang mereka ini hanya senyum-senyum plastik. Memang jelas plastik tersebut di muka mereka. Mungkin penat kot, sebab tu senyum pun macam baru lepas diminta bayar hutang oleh along.

Gua juga pernah beberapa kali menaiki Fire Fly. Kapal terbangnya ada kipas. Dalam kategori penerbangan bajet. Tapi pramugarinya gua tengok ramai yang macam sudah tiba tarikh lupusnya. Mungkin durang ni pernah pencen dan ingin terbang semula di angkasa raya sebab anak-anak sudah besar.

Hah...! Yang ini Air Asia. Lu boleh nampak yang durang ni memang betul-betul kerja sebagai pelayan. Lepas tolak troli nasi lemak dan mi goreng, mereka kena tolak pula troli yang penuh dengan cenderamata. Dude, lu perhatikan otot lengan durang. Ada kembung-kembung, wa cakap lu! Berat woo troli yang durang tolak tu, sampai tongek-tongek durang menolaknya.

Errrr.... gua rasalah, inilah syarikat penerbangan yang paling rugi atas muka bumi. Tak ramai yang sudi menaiki penerbangan ini.
No comments:
Post a Comment