Thursday, 22 April 2010

Nurani Asmatil, Rozianah Sabran, Mary Adlyn Oribio


Waktu ini hawanya sangat dingin. Butir-butir hujan sangat galak menghentam Gunung Kinabalu, kasar dan keras. Gua kata, buatlah kopi panas dan kita mennghirupnya sambil bersantai-santai. Kemudian dibalas oleh Nurani dan Mary, ok cigu. Biar kami panaskan airnya dulu.

Air di cerek di atas api. Belum mendidih lagi.
Gua, Rozianah, Nurani dan Mary duduk-duduk di atas bangku panjang. Lukisan di luar tingkap sangat gelap pekat dan basah yang sejuk dan membeku.

Tiga anak remaja ini sangat ceria. Saling meneroka cerita satu persatu. Kemudian ketawa. Kemudian bercerita lagi. Kemudian ketawa lagi. Gua lebih banyak mendengar.
Kemudian Nurani kata, saya ada satu rahsia ni ,cigu.
Kemudian gua kata, apa?
Mary dan Rozianah senyum-senyum.
Cigu mo tau ka?
Mestilah nak tahu. Apa rahsianya? Mary tak pandai masak? Itu bukan rahsia, sebab saya tengok muka Mary pun saya tahu dia tak pandai masak.
Eeeeeee…cigu…menguluk!!! kata Mary.
Hahahaha…
Bah, sini la...dakat-dakat sikit. Mo kasi tau rahsia mana buli kuat-kuat.
Gua ke depan sedikit. Nurani senyum-senyum. Rozianah dan Mary main cubit-cubit sesama sendiri.
Cigu… sok…sek…sok…sek…sok…sek… kata Nurani, rakus bercerita. Dengan memek mukanya sekali. Matanya, mulutnya, tangannya satu pakej untuk orang perempuan yang sedang bergusip.
Betul ke ni?, tanya gua.
Betul la, nda pula sia mo membuyuk.
Saya tak tahu pun, kata gua.
Takkan la dia mo kasi tau sama cigu.

Air di cerek di atas api mendidih. Kemudian secangkir kopi panas, berasap, berada di atas meja.

Nurani, Rozianah dan Mary terus bercerita.

Woiii…tidurlah, jam 2 nanti mahu bangun pergi puncak!


Gua ke beranda Gunting Lagadan. Dingin yang sangat membeku di situ. Di langit tiada bintang. Di tangan gua, kopi panas berasap dalam cawan plastik yang dibikin oleh Nurani, Rozianah dan Mary Adlyn. Asap halus dari kopi panas mengapung ke atas bercampur dengan hawa yang sangat membeku.

Sekarang, dari jauh gua melihat Nurani dan Mary. Jalan hidup mereka hampir sama, Cuma warnanya sahaja yang berlainan. Rozianah pula, gua tak tahu ke mana perginya.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...