Pipit pun sudah mati.
Gua pun sudah lama tiada, sebenarnya. Dan pada setiap tapak kaki yang terbenam dalam lumpur, bekasnya telah lama mengering. Dan menjadi rapuh. Dan telah berderai menjadi debu-debu aspal. Dan terbang bersama angin. Entah ke mana jatuhnya. Kerana sangat jauh. Sekarang. Dan bayang-bayang itu juga. Telah padam. Kerana matari pun sudah lama bertukar duduknya. Dan kalau lu rasa gua masih berada di situ, gua sebenarnya sudah lama berangkat pergi. Lama sebelum lu sendiri tahu.
Pipit yang mati, telah gua makamkan. Tiada kembang seroja atau haruman kemboja di tanah makam itu. Semuanya gua tinggalkan sepi. Sengaja begitu.
Gua pernah tewas di lembah tempur. Tapi ketewasan itu bukan milik mutlak hakiki untuk gua. Gua sedang menang sekarang ini. Di sebalik bukit sebelah sana, ada suara-suara yang yang dibawa angin berteriak:
Bravo bro! Lu telah menang walaupun dia anggap lu telah kalah!
Pipit pun telah mati. Dan gua telah makamkannya. Tanpa kembang seroja. Tanpa haruman kemboja.
Seekor unikorn putih, sedang lama-lama menari-nari di atas awan. Mungkin itu unikornnya.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment