Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 29 April 2010
Rumah Baru Gua
Friday, 23 April 2010
Di Atas Langit Sana

Kalau gua naik kapal terbang, ada pramugari macam di atas, gua tak akan ke mana-mana. Gua akan menjadi penumpang yang paling setia bertenggek di atas kerusi. Dan gua rasalah, syarikat bas ekspres di Malasyia akan gulung tikar sekiranya syarikat penerbangan ini dibenarkan beroperasi di Malaysia. Tony Fernandez pun akan menepuk dahi! Dude siapa yang mahu naik bas ekspres kalau lu ada pemandangan yang lagi indah dan menawan di atas kapal terbang?



Thursday, 22 April 2010
Nurani Asmatil, Rozianah Sabran, Mary Adlyn Oribio

Air di cerek di atas api. Belum mendidih lagi.
Gua, Rozianah, Nurani dan Mary duduk-duduk di atas bangku panjang. Lukisan di luar tingkap sangat gelap pekat dan basah yang sejuk dan membeku.
Tiga anak remaja ini sangat ceria. Saling meneroka cerita satu persatu. Kemudian ketawa. Kemudian bercerita lagi. Kemudian ketawa lagi. Gua lebih banyak mendengar.
Kemudian Nurani kata, saya ada satu rahsia ni ,cigu.
Kemudian gua kata, apa?
Mary dan Rozianah senyum-senyum.
Cigu mo tau ka?
Mestilah nak tahu. Apa rahsianya? Mary tak pandai masak? Itu bukan rahsia, sebab saya tengok muka Mary pun saya tahu dia tak pandai masak.
Eeeeeee…cigu…menguluk!!! kata Mary.
Hahahaha…
Bah, sini la...dakat-dakat sikit. Mo kasi tau rahsia mana buli kuat-kuat.
Gua ke depan sedikit. Nurani senyum-senyum. Rozianah dan Mary main cubit-cubit sesama sendiri.
Cigu… sok…sek…sok…sek…sok…sek… kata Nurani, rakus bercerita. Dengan memek mukanya sekali. Matanya, mulutnya, tangannya satu pakej untuk orang perempuan yang sedang bergusip.
Betul ke ni?, tanya gua.
Betul la, nda pula sia mo membuyuk.
Saya tak tahu pun, kata gua.
Takkan la dia mo kasi tau sama cigu.
Air di cerek di atas api mendidih. Kemudian secangkir kopi panas, berasap, berada di atas meja.
Nurani, Rozianah dan Mary terus bercerita.
Woiii…tidurlah, jam 2 nanti mahu bangun pergi puncak!
Gua ke beranda Gunting Lagadan. Dingin yang sangat membeku di situ. Di langit tiada bintang. Di tangan gua, kopi panas berasap dalam cawan plastik yang dibikin oleh Nurani, Rozianah dan Mary Adlyn. Asap halus dari kopi panas mengapung ke atas bercampur dengan hawa yang sangat membeku.
Sekarang, dari jauh gua melihat Nurani dan Mary. Jalan hidup mereka hampir sama, Cuma warnanya sahaja yang berlainan. Rozianah pula, gua tak tahu ke mana perginya.
Kotak yang Telah Gua Kunci, Gua Tak Akan Membukanya Semula.
“Dua blas stengah,” kata gua. Ringkas.
“Well, it’s 12.32 now.” kata Jo Ann pula.
“Ya, dua blas stengah berlebih beberapa minit,” kata gua pula.
“So, where are u? Tak nampak pun?” kata Jo Ann. Bertanya.
“Atas kerusi pusing-pusing kat dalam ofis,” balas gua.
“U cepatlah sikit..!” kata Jo Ann lagi.
“Hah..?” balas gua.
“I ada kat sinilah.” Jo Ann kata lagi.
“Hahhhh….?” kata gua, lagi panjang.
“Infront of ur ofis” dia kata lagi.
Gua garu-garu kepala. Cuba mengingati. Seingat gua, tiada sebarang janji yang dibuat.
“Hurry up, plz. I’ll treat u a lunch.” sayup suara Jo Ann di hujung.
Gua senyap.
“Hey.. u dengar ke tak ni?” sayup suara Jo Ann.
“Dengar. Saya turun sekarang,” kata gua. Spontan.
Tatkala memijak anak-anak tangga, gua masih lagi termanggu-manggu. Jo Ann memang selalu melakukan kejutan. Dia terbang membelah lautan Pasifik, tanpa gua tahu. Dia terbang pulang ke Tanah Melayu pun tanpa gua tahu. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Tidak dijangka oleh gua. Dan sekarang, sifat Jo Ann yang suka memberi kejutan, berlaku lagi. Tiba-tiba dia muncul di depan ofis.
Sebaik gua masuk ke dalam Coopernya, sebaik sahaja gua memberi salam, dan sebaik sahaja Jo Ann senyum, gua tanya, “U dari mana?”
“Assunta Hospital, visit my aunty,” kata Jo Ann.
“So, kebetulan ada di sini, apa salahnya I belanja U lunch,” Jo Ann kata lagi.
“Kita ke Armcop Mall, senang parking,”kata Jo Ann.
Gua kata “Mana-mana jer saya takper asal ada orang yang mau belanja!”
Jo Ann mengekek-ngekek kecil dan halus.
“U nampak ok sekarang ni,” kata Jo Ann. Gua mendengar kata-kata Jo Ann itu. Memang gua dengar.
Gua senyum-senyum tanpa kata. Jo Ann merenung gua. Matanya yang runcing di hujung merenung gua.
Gua tetap diam.
“Hey… am talking to U..” kata Jo Ann.
“Yeah, and I listening,” gua pula kata.
“Huuhhh… U selalu sangat buat-buat tak dengar apa yang I kata,” Jo Ann kata.
“Memang saya ok. Dulu saya ok, sekarang pun saya ok. Lagi ok,” jawab gua.
Memang Jo Ann tak tahu. Gua sangat ok sekarang ini. Gua hidup macam biasa. Macam dahulu. Gua tetap dengan cara gua. Mungkin Jo Ann tak pernah tahu yang gua sangat tekun mendengar kata-kata. Tak kira kata-kata itu datang dari siapa pun. Dan bagi gua, setiap kata-kata yang tersusun itu itu ialah batu-batu janji, kental dan harus diikut. Sebab gua sangat percaya dan patuh kepada janji. Bila gua kata, gua harus meminggir, maka gua akan meminggirkan diri gua. Dan gua boleh bernafas macam selalu, tidak lemas. Sebab itu gua menjadi sangat ok sekarang ini. Bagi gua, buku-buku yang sudah selesai dibaca akan gua tutup dan kemudian gua akan simpan di dalam kotak. Kotak itu akan gua kunci kemas-kemas. Gua tak akan membukanya semula. Gua tak akan membuka mana-mana kotak yang telah gua kunci. Full stop.
Sebab itu gua ok.
Kamu tahu itu Jo Ann?
“Jadi, I ni antara buku-buku yang telah ditutup atau buku yang sedang dibaca?”
Koma.
Wednesday, 21 April 2010
Hidup Tanpa Protokol.
Kalau mahu melihat pemimpin yang menebar roti canai sekeping, lepas tu masuk dalam tivi dan gegak gempita beritanya bagaikan orang itu mendermakan juta-juta ringgit kepada orang kampung, pun boleh datang beramai-ramai ke Hulu Selangor. Kalau mau melihat orang besar-besar yang angkuh yang tiba-tiba menjadi peramah tak tentu pasal, juga datanglah ke Hulu Selangor.
Kalau mahu melihat para pemimpin [kononnya] duduk-duduk makan nasi lemak di warung tepi jalan, datanglah ke Hulu Selangor. Lu kena datang sekarang. Kalau lu datang tahun depan lu tak akan dapat jumpa mereka. Kalau lu tunggu tahun depan, lu kena jerkah dan kena halau bila lu tengok-tengok jer kat mereka. Kalau lu tunggu tahun depan, lu kena menyisih ke tepi jalan dihalau bapak-bapak polis bermotosikal [yang selalunya memberhentikan kenderaan rakyat secara tiba-tiba] kerana para pemimpin ini [kononnya] ingin lalu dan segera sampai ke rumah kerana ingin ke jamban!
Jadi lu jangan tunggu tahun depan. Lu datang sekarang.
Tapi ada seorang lelaki berumur, yang bergelar, yang menerajui sebuah negeri, selalu bersarapan dengan nasi berlauk dengan segelas milo panas. Bukan di kelab eksklusif, tapi di warung tepi jalan. Tanpa ada polis pengiring dan tanpa protokol Sebelum lu sempat memberi salam, dia yang akan memberi salam terlebih dahulu.

Senyum Itu Tidak Pernah Pergi.

dan Sumarni menjadi pelakon tambahan. Seorang lagi
pelakon tambahan tidak dapat gua cam dari pandangan sisi belakang.
Hari itu. Rozita tersenyum riang. Memang Rozita seorang anak gadis yang periang. Jarang untuk tidak melihat dia tidak tersenyum. Selalu menyusun kata-katanya dengan penuh tertib.
Apabila melihat Rozita, gua teringatkan kuih makmur bikinannya.
“Cikgu rasalah. Kuih makmur ini aku yang buat sendiri,” kata Rozita, masih basah di telinga gua.
“Wuiii…tinggal di asrama pun masih sempat kamu membuat kuih! Ni mesti curi-curi masuk ke dapur asrama. Ke dalam bilik kamu ada dapur gas?” kata gua.
“Hee…hee…hee.. Mana ada ba cigu. Kuih ini aku buat masa aku balik kampung,” kata Rozita.
Gua senyum. Kampung Rozita berhampiran dengan Bukit Garam. Sangat jauh. Dan sewaktu dia pulang ke kampungnya, bersungkai dengan keluarganya, dia masih lagi mempunyai kesempatan dan ingatan untuk membuat kuih makmur untuk gua.
“Kuih ini untuk saya sorang jer ke ni?” gua tanya.
“Minggu ini untuk cigu dulu. Minggu depan untuk cigu-cigu lain pula. Ikut giliranlah,” kata Rozita.
Kemudian,
Gadis bertubuh kecil ini tidak lagi gua mendengar ceritanya, sebaik sahaja tamat STPM. Gua tidak tahu ke mana gadis ini pergi. Cuma kadang-kadang ada jugalah sedikit-sedikit khabar tentang dia. Tapi gua tidak tahu sepenuhnya. Sehinggalah gua diberitahu dia kemudiannya telah berkahwin.
Kemudian,
gua tidak mendengar sebarang berita tentang gadis yang pernah membikin kuih makmur ini untuk gua. Sehinggalah gua diberitahu yang gadis ini telah pun pergi ke sana.
Rozita telah pergi, tapi kuih makmur dan senyumannya tetap ada.
Tuesday, 20 April 2010
Pari-Pari Kertas
apabila sudah tiada lagi dakwat di dada kamu, dan angin pun telah mati maka akan bernyanyilah kamu di laman belakang kerana kamu hanyalah sehelai kertas walau kamu cuba terbang bak pari-pari.
[tiada kena mengena dengan Beeha, gadis pemetik gitar yang memberikan aku irama dan bahasa pari-pari kertas]
Bodoh Macam Baghal
Maka berdegar-degarlah makhluk di atas dacing karat. Memaki-hamun. Untuk mereka dan kumpulan mereka, maki hamun itu tidak diktakan sebagai maki-hamun. Itulah yang dikatakan ‘fakta’ yang tidak pernah diputarbelitkan. Kononnya. Sadis. Kebebasan media di Tanah Melayu ini!
“Wahai, peminun arak!”
Hahahahaha…
Gua tidak pasti sama ada ingatan gua yang terbang melayang, atau mereka itulah yang tidak pernah belajar dari kebodohan sendiri.
Semenjak bila pula kumpulan itu begitu memandang jijik para peminum arak? Bukankah mereka telah memberi undi untuk memenangkan seorang peminum arak untuk menduduki kerusi pada strata tinggi dalam kumpulan mereka. Dan si peminum arak itu tidak pernah mengatakan “Oh, saya meminum arak pada waktu muda saya. Dan sekarang saya telah bertaubat.”
Atau kumpulan ini tidak pernah mengambil peduli terhadap seorang dari kumpulan mereka yang bergelar pembesar negara yang telah meraba dan meramas punggung seorang perempuan pelayan ketika pembesar itu mabuk. Tidak pernah!
Kalau mahu dihitung-hitungkan, kalau mau dikumpul-kumpulkan, para peminum arak dari sebelah sana… fuuhhhh!
Sejak bila mereka memandang jijik para peminum arak?
Bodoh!
Dude, gua bukan peminat kepada mana-mana kumpulan siasah. Siasah gua ialah kepala gua sendiri. Noktah. Muktamad.
Friday, 16 April 2010
Mabuk Tujuh Lautan
Loloq, seorang yang suka bermain-main dengan bahasa. Gua sangat suka dengan bahasanya. Bahasanya sangat cantik dan mendalam maksudnya. Dulu Loloq pernah 'bersengketa' dengan orang DBP kerana dia dengan sinisnya menyindir Kamus Dewan. Hampir semua lirik yang ditulis oleh Loloq sebenarnya adalah berkisah pada aspek ketuhanan. Banyak kosa bahasa Melayu asal yang dimanipulasikan oleh Loloq. Dan Mabuk Tujuh Lautan (Wings: Album Double Trouble) ini menyerlahkan ketinggian isi dan keindahan bahasa yang dimainkan oleh Loloq.
restukanlah
Orang Asing yang Sempurna
kamu harus faham,
kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
Pipit yang Mati dan Seekor Unikorn.
Gua pun sudah lama tiada, sebenarnya. Dan pada setiap tapak kaki yang terbenam dalam lumpur, bekasnya telah lama mengering. Dan menjadi rapuh. Dan telah berderai menjadi debu-debu aspal. Dan terbang bersama angin. Entah ke mana jatuhnya. Kerana sangat jauh. Sekarang. Dan bayang-bayang itu juga. Telah padam. Kerana matari pun sudah lama bertukar duduknya. Dan kalau lu rasa gua masih berada di situ, gua sebenarnya sudah lama berangkat pergi. Lama sebelum lu sendiri tahu.
Pipit yang mati, telah gua makamkan. Tiada kembang seroja atau haruman kemboja di tanah makam itu. Semuanya gua tinggalkan sepi. Sengaja begitu.
Gua pernah tewas di lembah tempur. Tapi ketewasan itu bukan milik mutlak hakiki untuk gua. Gua sedang menang sekarang ini. Di sebalik bukit sebelah sana, ada suara-suara yang yang dibawa angin berteriak:
Bravo bro! Lu telah menang walaupun dia anggap lu telah kalah!
Pipit pun telah mati. Dan gua telah makamkannya. Tanpa kembang seroja. Tanpa haruman kemboja.
Seekor unikorn putih, sedang lama-lama menari-nari di atas awan. Mungkin itu unikornnya.
Tuesday, 13 April 2010
Master Piece
Slash, si pemain gitar Guns n Roses memang membelasah gitarnya dengan tangan dan hati dia. Gua suka tengok masa dia bermain-main dengan gitarnya. Cuma kadang-kadang mamat rambut gondrong ni buat tak senonoh masa main gitar, suka buka baju. Kalau kat Malaysia gerenti Rais si pembakar jambatan akan kata "perlakuan ini tak senonoh dan patut diharamkan" walaupun dalam masa yg sama si pembakar jambatan ini tidak memberi sebarang komen tentang betapa haramnya pusat-pusat hiburan di depan mata dia. Atau pembakar jambatan ini juga tak pernah keluar dalam tivi dan kata, "anak-anak gadis yang pakai seluar nampak pusat, nampak alur dada, nampak alur buntut, sangat tak senonoh".
Dan satu lagi perkara tak senonoh yg dia selalu buat masa perform ialah menyedut dan menghembus asap rokok. Dan tentunya akan ada insan-insan yang sangat mementingkan kesihatan [kononnya] mengatakan yang perangai ini tak patut buat sebab membahayakan kesihatan, walaupun pada masa yg sama rakus menelan segala kolestrol pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Itu belum termasuk minuman bergas dalam tin, asap lori, kfc, mekdi, dan segala macam lagi.
Peace, dude!
Monday, 12 April 2010
Suatu Ketika Dahulu.

Apabila berurusan dengan mereka, gua tidak pernah menoleh ke belakang. Gua tidak pernah melihat ke kiri atau ke kanan. Gua dengan Wan Zul buat ikut kepala kitorang. Maka kalau sebelum ini tidak pernah lagi mana-mana budak tingkatan 6 yang dikerah untuk berkhemah, maka ditangan gua dengan Wan Zul mereka telah dibuka kepada aktiviti yang sebegitu.
“Macam mana ni, nak teruskan juga ke kem motivasi ni?” Wan Zul tanya gua.
Gua hangguk kepala sambil menyedut dan menghembus.
“Mesti!” jawab gua sepatah.
“Khemah macam mana?” Wan Zul tanya lagi.
“Khemah KPA ada dengan aku, kita pakai yang itu.” jawab gua lagi.
Gua teringat khemah kepunyaan KPA. Waktu itu, gua merupakan guru kepala bagi KPA, sebuah kelab yang dicemburui lantaran kaya dengan aktiviti dan mewah dengan kelengkapan. Lembah Danum, Pulau Silingan, Gunung Kinabalu, Agup Tulog, Sepilok Laut, Tawai Tawai, Trusmadi hanya dapat dicemburui oleh persatuan-persatuan lain sedangkan ahli-ahli KPA sudah meninggalkan tapak kaki mereka di sana..
“Aku rasa kita ada lagi masalah ni,” kata Wan Zul.
“Apa?” tanya gua.
“Cikgu perempuan. Tiada yang mahu ikut sama.” kata Wan Zul.
“Takder masalah. Kecil saja tu,” kata gua.
“Budak-budak pompuan lagi ramai woii..kalau apa-apa hal, macam mana?” tanya Wan Zul.
“Hahahahaha…!!” gua jawab.
Dan kemudian, di Sepilok, kem motivasi itu berjalan. Sebab idea kem ini ialah dari gua, maka secara kuku besi, gua telah diangkat menjadi kepala program itu. Dan semasa program itu berlangsung, gua dapat melihat dengan jelas setiap pelajar-pelajar tingkatan 6 yang mengikuti ptogram ini.
Ada yang memanjat pokok rambutan semasa program burung hantu dan lena di celah dahan rambutan itu. Yang memegang Bible sambil berdoa pun ada dan apabila ditanya seusai burung hantu, “takut hantu datang” dia jawab.
Yang suka bernyanyi, asyik bernyanyi :
“Cigu mau dengar lagu apa?”
“Kau nyanyikan aku lagu ‘Anak’ dalam versi Tagalog,” jawab gua.
Dan dia pun bernyanyi dengan suara yang mendayu, dan gua pula menambahkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun api.
****
“Cigu mau makan macam mana ni?” tanya Mia.
“Nganga mulut, suapkan ke dalam mulut, kunyah dan kemudian telan,” kata gua.
“Iyalah ba, tau. Tapi apa lauknya yang cigu mau?” Mia tanya lagi.
“Mia, kamu dengar sini baik-baik,” kata gua. Mia terkelip-kelip memandang gua.
“Apa yang kamu dan kawan-kawan kamu makan, itulah yang saya makan,” kata gua.
“Kalau kamu dan kawan-kawan kamu memakan nasi hangus, maka nasi hangus itu jugalah yang saya makan. Kalau kepala ikan masin yang kamu dan kawan-kawan kamu makan, maka kepala ikan masin jugalah yang saya makan,” gua kata lagi. Mia masih lagi berkelip-kelip memandang gua.
“Faham?” gua tanya.
“Faham cigu” kata Mia. Mata dia masih lagi berkelip-kelip memandang gua.
*****
Tahun selepas itu, gua masih lagi menjadi guru penasihat kepada Persatuan Tingkatan Enam. Wan Zul pula telah kembali ke Tanah Sekebun Bunga. Dan tahun selepas itu juga datangnya Taganak yang rakus meminta untuk ‘mengawal’ tingkatan enam. Gua menyisih, walaupun ada yang datang mengadu.
“Tak apalah, saya masih ada. Saya tak ke mana-mana. Carilah saya kalau mau berbicara,” kata gua.
Dan selepas itu gua mula melihat anak-anak remaja ini dilayan seperti anak-anak yang baru masuk ke sekolah menengah. Gua hanya mampu memandang.
Dan selepas itulah juga, anak-anak remaja ini mengamuk.
“Waktu itu sudah ada yang bersiap dengan parang, cigu,” kata salah seorang dari mereka.
Alangkah!
Sayangnya, Gua Tak Suka untuk Berlumba ke Garisan Penamat yang Sama.
“Saya sudah sampai. Tapi saya mahu solat maghrib dulu,” gua bercakap dengan menggunakan bahasa SMS.
“Ok, I cuti . :)” dia pula berkata-kata dengan bahasa SMS.
Usai.
Gua menuju ke deretan warung. Dia kata dia sudah ada di situ. Macam selalu, dia akan melambai-lambai bila dia nampak gua. Dan macam selalu juga, lambaian dia gua akan balas dengan senyum.
“Papa kirim salam. Dia tanya kenapa U dah tak kontek dia,” dia kata.
Gua terbayang seorang lelaki yang sedang dipanjat usia. Seorang lelaki yang bergelar, tapi sangat marah bila gua memanggilnya “Dato’”!
“Kalau aku mati, aku akan menjadi tanah juga,” lelaki bergelar itu kata.
Gua senyum.
“Papa U sihat?” gua tanya.
“Sihat bagi seorang yang telah berumur.” dia pula kata.
Sambil membetul-betulkan anak rambutnya, dia bertanya “Macam mana U sekarang?”
“Macam nilah,” jawab gua.
“Macam dulu juga?” dia tanya lagi.
Soalan kedua darinya itu gua jawab dengan senyum.
Dia melihat gua, kemudian matanya berlari ke arah dada langit yang telah hitam pekat. Gua tau apa yang berada di dalam matanya. Sudah lama gua kenal dia. Dia tidak pernah melabuhkan tirai yang membataskan pengetahuan gua terhadap dia.
“U tahu kan, dari dulu lagi…” suara dia menjadi mati di situ. Frasa tersebut tidak lengkap untuk menjadi satu ayat. Tetapi gua dapat menangkap wacananya.
Gua senyap tanpa kata. Dia bermain-main dengan telefon tangannya. Matanya tunduk merenung telefonnya. Gua memandangnya dengan mata gua yang kosong.
Dan gua menghela nafas dalam keluhan yang entah ke berapa kali.
Malam itu di Bangsar, dada langit berwarna gelap. Tiada bulan di situ.
Jo Anne,
kalaulah hidup ini ialah satu permainan, maka gualah orang pertama yang akan berada di pinggir padang.

Wednesday, 7 April 2010
Nihil
Thursday, 1 April 2010
Tiada Apa-apa
Yang Bodoh dan Yang Gila
Gua tengok pipit.
Pipit kata lagi, “Hanya orang yang gila sahaja yang suka berterus-terang”.
Pipit tengok gua.
“Apaaa?” gua tanya pipit bila gua tengok pipit tengok lama-lama kat gua.
“Hahahahaha…” kata pipit sambil terbang, jauh-jauh dan masuk ke dalam awan.
Sayup-sayup pipit kata, “Lu la tu woi..!!”
Hahahahahahaha….
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...