“Dulu, cikgu pernah merajuk dan tak masuk kelas kami,” dia kata.
“Hah..?” gua tanya.
“Ada ke?” gua tanya lagi.
“Ada bah cikgu. Cikgu lupa suda ka?” dia bagi tau dalam pertanyaan.
“Lupalah. Yang mana hah?” gua tanya lagi.
“Hari tu saya nda masuk kelas cigu. Saya sibuk dengan kerja-kerja persatuan. Lepas tu cigu pergi tingok kami kat dalam bilik persatuan. Cigu nampak marah,” dia kata.
“Oh, yang itu. Memanglah saya marah. Kalau siapa-siapa yang tak masuk kelas memang saya marah,” kata gua.
“Kamu datang sekolah kerana nak cari ilmu. Kalau semua asyik datang ke sekolah kerana nak buat kerja lain, baik tak payah datang,” kata gua.
Kemudian dia kata lagi, “Semua kawan-kawan suruh saya pigi pujuk cigu supaya masuk kelas. Tapi saya nda mo.”
“Jadi, apa yang jadi?” gua tanya.
“2 hari cigu nda masuk kelas,” dia kata.
“Hahahaha…tu la kamu. Cuba kamu pergi minta maaf dan kata ‘I love u cigu’, mesti saya akan masuk kelas,” gua kata sambil ketawa. Ketawa yang sangat besar.
“Kalau saya pigi cakap macam tu, saya dah duduk dengan cigu sekarang ni…” dia kata.
HAHAHAHAHA…gua kata!
* hah* duduk dengan aku?
Tiba-tiba gua teringatkan pertemuan gua dengan Pat, student gua masa kat KK hari tu. Dia kata gua lambat membaca signal yang dia hantar.
“Cikgu, cikgu ingat kitorang main-main ke bila bagi tau yang si anu tu ada cita-cita sama cigu?
Kata pula si anu tempoh hari.
*Hah*
Kadang-kadang gua lupa, gua berurusan dengan pelajar gua yang berusia akhir belasan tahun, dan gua melayan dan bergurau senda dengan mereka tanpa gua sedar mungkin ada yang terlebih masuk ke sempadan yang gua bina. Dan gua terlupa, sempadan itu hanyalah untuk gua dan bukan dibina untuk mereka.
Kadang-kadang gua hampeh!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
sempadan itu ada lagika? atau sudah roboh sama dengan tembok berlin? dan wilayah yang tinggal, adakah wilayah tanpa sempadan?
ReplyDeleteSempadan tu gua tertinggal kat sana la bro. Lagipun sekarang ni semua orang hidup dalam dunia tanpa sempadan...semua di hujung jari...:)
ReplyDelete