Gua pun balik.
Balik kepada muzik-muzik yang mengaum dengan lebih akrab. Balik kepada rambut gua yang panjang. Balik kepada jeans gua yang lusuh. Balik kepada t shirt gua yang berwarna hitam. Balik kepada sepatu gua yang carik dan buruk. Balik kepada warung-warung berdebu yang penuh dengan para tikus. Balik kepada seniman jalanan yang berjuang tentang ikhlasnya seni. Balik kepada lorong-lorong belakang yang hanyir dan hapak. Balik kepada bukit-bukit dan hutan rimba. Balik kepada syair-syair lama tinggalan jauhari. Balik kepada bait-bait sajak nukilan para seniman.
Gua pun membelek kembali kertas-kertas seni yang pernah gua conteng. [Cehhh…seni konon!] Gua kembali mencari aksara-aksara terselit dan bocor binaannya. Kembali mentafsir bahasa dan bau alam. Kembali mencari manusia untuk mengenal manusia dan berbicara tentang manusia.
Gua pun balik
kerana gua tidak mahu menjadi pelari yang berlumba untuk sama-sama mencecahkan dada pada sehelai reben yang sama, tidak mahu berlari di atas padang yang sama, tidak mahu menarik nafas pada helaan yang sama, tidak mahu menukar rentak pada ritma yang sama, tidak mahu menamatkannya pada titik penamat yang sama. Maka gua kata, “gua bukan bersaing dalam dunia yang gua lakukan secara jujur dan ikhlas”.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment