Tuesday, 2 March 2010

Tanpa Ucap Selamat Tinggal Biasa, Seperti Selalu, Dia Berjalan Pergi.

Tanpa ucap selamat tinggal biasa, seperti selalu, dia berjalan pergi.

Dia menyoal gua. Kenapa tidak mencuba untuk berada di atas padang itu? Gua memberitahu kepadanya bahawa gua tak tahu. Untuk berlari dan mencium bau-bau rumput bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan begitu sahaja. Kalau lu rasa mau berjalan di atas rumput, maka lu terus memijak dan berjalan di atas rumput itu, merasai dingin embun yang kemudiannya meresap masuk melalui salur urat saraf dan berkembang biak terus ke nadi dan jantung.

Bukan begitu.

Dari atas padang ini gua memberitahunya, jangan tinggalkan embun yang dibikinnya. Tolonglah bawanya pergi bersama-sama dengannya. Pada hujung rumput-rumput itu yang berbaur dengan bunga lalang, bawalah embun itu. Jangan tinggalkan walau setitik pun.

“Kau keringkanlah embun itu,” dia kata.
“Aku tak tahu bagaimana mau mengeringkannya,” gua kata.

Dia memandang gua. Gua mendongak melihat awan.

Tanpa ucap selamat tinggal biasa, seperti selalu, dia berjalan pergi.

Dan gua ingin berehat sekali lagi, hari ini.

1 comment:

SELAMAT KEMBALI KEPADA SELAMAT DATANG

  tiada apa-apa yang harus aku kesali untuk hari-hari 2025 kerana aku mengenggam akan rasa yakin "tuhan tidak kejam" yang datang d...