Tapi ketika kawan-kawan tengah rancak menghafal lagu Jamal Abdillah atau Sudirman, gua memang tak berapa ngam dengan superstar tersebut. Gua tak tahu kenapa. Kalau gua dengar lagu durang, gua rasa macam lembap semacam.
Jadi masa tu gua dah layan lagu-lagu keras. Mak gua kata lagu yang dinyanyikan oleh hantu!

Salah satu group yg gua selalu layan ialah Kiss. Kira group ni merupakan group yg paling brutal dari segi penampilan. Muka conteng-conteng, pakaian penuh dengan besi. Imej durang memang ganas tahap hantu raya. Gene Simon selalu menjelirkan lidahnya yang kadang2 ada 'darah' menitik. Gitarnya pula ada pelbagai design, yang paling femes berdesign kapak. Tapi muzik durang mempunyai influence disko yang agak kental. Maklumlah, zaman tu zaman disko.

AC DC juga salah satu group yang gua layan. Kalau dibandingkan dengan KISS, muzik durang lagi powerful. Tapi ada yang kata group ni anti Kristian. Kononnya AC DC tu akronim kepada Anti Christian Devil Child. Kononnyalah, gua tak tau. Tapi gua tak kisah sebab gua masa tu budak-budak yang tak tau apa-apa pun. Gua masa tu masih lagi berada pada level suci murni. AC DC ni masih lagi aktif sampai sekarang, sama juga dengan KISS.

Pink Floyd sebuah band yang agak sempoi muziknya. Kalau versi baru, gua rasa Nirvana ada terinfluence dengan band ini. Muzik Pink Floyd lebih kepada gabungan antara heavy dengan ada sikit-sikit bunyi grunge, atau masa itu dipanggil New Wave.

Motorhead gua paling suka muziknya. Band ini muncul tak silap gua pada akhir-akhir 70-an. Tapi sampai sekarang band ini masih aktif. Gua masih lagi layan muzik durang sampai sekarang.

Queen pula sebuah group yang membawa aliran muzik tersendiri. Gua rasa, Queenlah yang menjadi pelopor kepada muzik rokestra. Salah satu yang gua tertarik dengan group ni ialah lirik yang terdapat dalam lagu durang. Lu boleh jumpa perkataan 'Allah', 'Bismillah', "Ibrahim'. Tapi yang lecehnya Fredie Mercury tu gay dan mati sebab kena AIDS...hampeh betul mamat tu!
Masa gua pegi sekolah pakai seluar pendek, rambut berkilat belah tepi gua dah jadi kutu 'versi kecil' yang layan muzik-muzik keras.
No comments:
Post a Comment