Di satu penjuru dalam ruang Starbuck, One Utama, gua tengok dia sudah menanti di situ. Dia mengangkat sedikit tangannya, melambai. Gua membalasnya dengan senyum.
“U, tak pernah nak sampai awal,” dia kata.
Gua senyum.
“Sori,” kata gua.
“Nak kata jalan jem lah tu yer..” dia kata.
Gua senyum.
Pukul 5 petang, Jalan Templer ke Bandar Utama memang akan sendat dengan kenderaan.
Gua menarik kerusi. Duduk di hadapannya. Aroma capucino pekat di hadapanya merembes ke deria bau gua.
Agak lama gua tak berjumpa dengan dia. Mungkin sudah hampir empat tahun.
“Nasib baik I jumpa Pae. Dia yang bagi contact number u,” dia kata. Matanya hinggap ke mata gua. Gua melepaskan pandangan gua ke luar dinding kaca.
“Tu pun dia takut-takut..” dia kata lagi.
Gua senyum.
“Nah..” dia kata sambil menghulurkan satu beg kertas kecil cokelat kat gua.
“Apa ni”” gua tanya.
“Tengoklah,” dia kata sambil senyum.
Gua ambil. Ada seutas jam di dalamnya.
“U kan suka black color,” dia kata. Gua tengok jam itu. Hitam.
Dia masih ingat warna yang gua suka.
“Limited edition. Ada 200 unit sahaja yang dikeluarkan. I bought it kat sana,” dia kata lagi.
“Kenapa U pergi NZ? Study?” gua tanya dia.
“Taklah, saja-saja mengambil angin kat sana..” dia kata. Intonasi suaranya mendatar. Macam ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya.
“Ambil angin?” gua tanya.
Kali ini dia pula yang memalingkan mukanya ke luar dinding kaca.
“I tolong uncle I kat sana. Dia ada architecture firm kat sana. Sambil ambil angin, dapat pengalaman. Duit juga masuk,” dia kata.
Gua diam.
“U nampak kurus,” tiba-tiba dia kata kat gua. Matanya serius memandang gua.
“Takkan diet kot..” dia kata lagi.
“Hahahaha…mana ada diet!” kata gua di celah-celah ketawa.
“Tak cukup makan barangkali..” kata gua, lelucon.
Dia memandang gua. Kedua-dua tangannya memeluk dirinya sendiri. Dia menyandar di kerusi. Dia memandang gua dengan pandangan yang serius. Apabila dia memandang gua begitu, gua menjadi serba salah.
“Oklah, saya kurang makan sekarang ni. I admit it. Selera macam sudah kurang. Pagi-pagi saya tak pernah bersarapan pun” kata gua.
“Takkan la sibuk sangat, nak bersarapan pun tak sempat,” kata dia.
“6.30 pagi saya harus keluar dari rumah. Hantar anak-anak pergi sekolah. Kemudian meredah kesesakan jalan raya. Hampir jam 8 baru saya sampai ke ofis. Tak sempat. Memang tak sempat bersarapan di mana-mana,” kata gua.
“Hmmm…so, memang u tak sarapan every morning?”
Gua senyum sambil mengeleng kepala.
“Tapi, kalau tak sarapan takkanlah u nampak susut begini..” dia kata lagi. Seperti tak berpuas hati dengan jawapan gua.
“Saya memang kurang makan sekarang ni, macam kurang selera.” kata gua.
Dia merenung gua dan berkata, “What’s wrong with U?”
“Tak ada apa-apalah..” kata gua.
“U are lying to me.. U are hiding something from me.” dia memerangkap gua dengan kata-kata itu.
Gua hanya senyum dan berkelip-kelip.
“U ada masalah dengan famili U?” dia tanya.
“Hahahaha…tak ada langsunglah..” kata gua.
“Kerja U..?” dia tanya lagi.
Gua geleng kepala.
Dia diam. Capucino di hadapannya belum lagi disentuhnya.
“Siapa dia?” tiba-tiba dia bertanya kat gua.
Gua termanggu-manggu.
“Who is she?” sekali lagi dia bertanya.
“Siapa?” gua tanya.
“U know what I mean…” dia kata.
Gua diam. Tak tahu apakah perkataan terbaik yang harus disusun untuk menjadi satu ayat, ayat yang boleh menyebabkan dia faham.
“Jo Ann, saya sendiri tak tahu apa yang harus saya beritahu kat U,” kata gua.
“Yup…hidup ini macam teka silang kata. Ada pembayang yang diberi, tapi kadang-kadang kita tersilap memberi jawapan,” kata dia.
Dia diam. Gua diam.
Dia mencicip capucinonya perlahan-lahan. Menikmatinya dengan penuh santai.
“U tak pernah nampak apa yang ada…” dia kata.
Kemudian dia diam lagi.
“Johana…” gua kata. Separuh.
“Jo Ann la…” dia kata, sambil mengenyit mata dan tersenyum.
“Johana a.k.a. Jo Ann..” kata gua
“Hihihi..” dia ketawa kecil.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dari dalam Cooper peraknya, dia menggerak-gerakan jari-jari runcingnya. Melambai. Cermin keretanya diturunkan separuh. Semasa Cooper perak itu bergerak, Jo Ann memberi senyuman dari ulas bibirnya. Matanya yang agak kecil dan runcing di hujung banyak diambil dari ibunya, seorang wanita Cina. Dia melihat gua dengan matanya yang kecil dan runcing di hujung itu.
“U jangan kata ‘bye’, I belum pergi lagi,” dia kata tiba-tiba.
Gua senyum sambil mengangkat tangan.
Gua menghantar Jo Ann dan Cooper peraknya dengan mata. Sampai di satu simpang, Jo Ann dan Coopernya membelok ke kanan.
Gua berjalan ke kereta sambil tangan kiri gua memegang seutas jam tangan hitam, pemberian dari Jo Ann atau gua juga memanggilnya sebagai Johana, namanya yang sebenar.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment