Katakan:
Kamu berlari 100 meter. Kamu berlari dengan sekuat tenaga kamu. Kamu perah segala tenaga yang kamu ada. Kamu tak pedulikan kepada apa-apapun.
Kemudian,
Kamu menjadi orang yang pertama sekali mendada pada reben garisan penamat. Kamu menjadi juara. Segala sorak-sorai hanyalah untuk kamu.
Kamu telah menjadi juara.
Setelah kamu kerah segala tenaga, kamu dah benar-benar penat. Kamu dah tak rasa nak berlari lagi. Kamu dah kalahkan semua juara lumba lari. Masa itu, yang kamu rasa hanyalah ingin balik ke rumah, mandi di bawah pancuran, dan selepas itu berehat sambil menjulurkan kaki di atas meja kopi.
Kamu dah tak mahu berlari lagi kerana kamu sudah menjadi seorang juara. Lalu kamu mencari gelanggang lain untuk terus bersaing.
Nota tumit kaki : juga untuk mereka yang selalu bertanya mengapa gua tidak ada di dalam bilik darjah lagi.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Kini, saya faham kenapa cikgu tidak lagi berkecimpung di dalam dunia perguruan tetapi masih setia di dalam bidang pendidikan.
ReplyDeleteTetapi, cikgu merasakan diri cikgu telah menjadi juara. Juara yg bagaimana?
ReplyDeletesaya menjadi juara apabila anak-anak seperti kamu terus berjaya. Itu juara saya.
ReplyDelete