Poora-poora : Apa khabar?
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah.
Gua : No hal. Kecik
jer tu.
Poora-poora : Sudah makan ke ni? Agaknya apakah makanan yang menjadi kegemaran
saudara pagi-pagi buta?
Gua : Dulu-dulu, masa
kecik gua suka makan nasi belauk. Bawak
duit lima posen pegi kedai dah penuh perut.
Boleh bekal tenaga pegi lastik burung, panjat pokok kerian, atau cari
ikan sekareng. Tapi tu dulu la. Zaman duk kampung. Zaman belum masuk jawi lagi. Zaman dosa
ditanggung mak bapak. Tapi semenjak jadi
orang kolumpo ni, gua jarang makan pagi. Pegi gerai, ada nasi lemak jer. Semua sama beb! Nasi lemak...nasi lemak...nasi
lemak. Cuma yang berbeza ialah ketebalan
lipstik dan bedak sejuk yang dipakai makcik-makcik yang jual nasi lemak.
Itu jer. Jadik, selalunya kalau
gua lepak mana-mana kedai atau gerai pada waktu pagi, gua minum jer. Sambil minum, tarik sebatang dua
dunhill. Sambil pung! pang! pung! pang! kutuk
sana, kutuk sini. Orang itu tak betul! Orang ini tak betul! Pendek kata, gua pun turut sama menjadi
aktivis waktu pagi orang-orang kita yang suka pung! pang! pung! pang! macam
tong kosong. Sambil-sambil tu
jeling-jeling orang lalu lalang. Tengok
bas. Tengok kereta. Tengok lori.
Tengok orang kaya naik kereta besar.
Tengok orang miskin jalan kaki.
Ehhhh...ni dah melalut. Dah,
dah... kao tanya soklan lain pulak sebelum aku melalut dengan lebih lanjut.
Poora-poora :
Hihihihi [ketawa sopan sambil tutup-tutup mulut dengan tangan]. Saya sengaja biarkan abang ...ehhh....
saudara. Ada sense of humor juga
abang....ehhhh...saudara ni. Boleh
citerkan serba sikit latar belakang?
Gua : Latar kat
belakang ke? Malu la nak kasi tau. Sebab banyak sangat parut kudis kat belakang
ni. Maklum ler budak kampung. Masa kecik-kecik dulu selalu berkubang dalam
baruh sebab nak tangkap ikan sekareng.
Jadi selalu ler kena gigit lintah sebesar kerbau kat belakang. Takpong, selalu kena bedal ngan tali timba
kat belakang oleh mak atau ayah sebab ponteng ngaji quran. Tu yang penuh parut. Macam-macam saiz ada. Macam-macam corak ada. Errrr...tadi, tanya soalan haper yer?
Poora-poora : Menci tau...[buat muncung]. Jawab betul-betul la. Orang tanya tentang latar
belakang....hisshhhhh....kang saya merajuk....kang....kang...kang.
Gua : Susah la nak jawab soklan macam tu. Nak jawab soklan Ekonomi tingkatan 6 tak ler
susah nak jawab soklan tu.
Alaaaa....jangan la merajuk. Cuba
tanya soklan direct jer. Takyah tanya
soklan yang terlalu bercapah-capah. Tak
pasal2 plak gua bagi jawapan bercapah-capah.
Poora-poora : Ok la! Ok la!
Saudara ni penah jadik cikgu ke?
Gua: Penah. Penah
jadi cikgu sekolah. Tapi belum penah
pagi jadi cikgu driving school atau cikgu kelas memasak Pergerakan Wanita UMNO.
Poora-poora : Ooooo...kiranya saudara ni pernah dilatih jadi
cikgu la yer?
Gua : Ni, gua nak habaq dengan penuh rasa sombong
melambung-lambung sambil mengembang-kempiskan lobang idong: Gua memang disahkan dan ada cap halal dari
Kementerian yang mengatakan gua boleh menjadi cikgu sekolah.
Poora-poora : Jadi, kenapa berhenti jadi cikgu?
Gua : Saja jer. Dah
boring kot! Ingatkan lepas berenti jadi
cikgu, nak try plak jadi Perdana Menteri.
Tapi rupa-rupanya tak boleh ler.
Nak kena masuk bertanding pilihan raya dulu. Kena menang dulu, baru boleh jadi Perdana
Menteri. Gua ni kalau bab-bab politik,
gua alergik. Sebab kalau jadi ahli
politik, gua kena ada kemahiran bela lembu.
Selain itu gua juga kena ada kemahiran untuk bela lembu dalam
kondo. Aishhhh...tak boleh ler! Baik gua jadi tukang cari etok jer.
Poora-poora : Masa jadi cikgu dulu, apa kenangan yang paling
saudara tak dapat lupakan?
Gua :Oooooooooooooo.....baanyaaaaakk!! Hari pertama gua jadi
cikgu pun dah jadi kenangan. Lapor diri kat sekolah jer, gua kena ajar
tingkatan 6. Masa tu, gua baru jer abis
belajar U. Masuk kelas, tengok
budak-budak nampak sebaya gua. Beza umur
diorang ngan gua tak banyak. Dalam 4
tahun. Malah ada yang muda setahun jer
dari gua. Ini kes beli surat beranak ler
ni. Punya la kekok nak mengajar dalam
kelas. Kena pulak gua ni dari jenis
spesies jantan pemalu. Masa mengajar,
gua tak tengok pong barisan budak2 pompuan.
Asik tengok budak laki2 jer.
Kalau tanya soklan pun, asik tanya kat budak laki2 jer. Last2 gua kena komplen. Budak2 pompuan ngadu kat cikgu lain kata gua
amalkan dasar berat sebelah. Malu siot
gua.
Poora-poora : Tak penah bergaduh dengan student?
Gua : Maunya
tidak! Masa tu kita umur pun tak
banyak. Darah pula senang
mengelegak. Budak2 yang nampak cam
gangster ni selalu la macam nak test kita.
Last2, kena lekuk sebijik sorang kat dahi. Tapi lama-lama, gua fikir. Sampai bila aku asik nak bergasak dengan
diorang? Mereka tu budak2 yang hingus
pun masih tak kering kat hidung.
Kemudian, gua amik satu pendekatan.
Gua geng dengan diorang.
Mana-mana kepala gangster, semua gua jadikan kawan. Dan hasilnya superb beb! Masa cikgu disiplin
lain main tinju-tinju dengan diorang, gua pulak hidup dengan aman. Pendek kata kalao gua masuk BDC pun, gua tak
rasa apa-apa. Cik penanya soklan tau ke apa
menatang BDC tu?
Poora-poora : Tak.
Apa tu? Sejenis kuih ke?
Gua : Ada plak kuih.
BDC tu nama satu penempatan, di pinggir pantai. Kira macam kampung yang dibina atas air
ler. Gua pun tak tahu, apa kejadahnya
orang2 Sabah ni suka bebeno buat rumah atas air. Tinusa ke, Sim-Sim ke, Kg Gas ke....semua kat
atas air. Senang nak buang air kot. Kat BDC tu segala jenis manusia ada. Dari sebaik-baik manusia, hinggalah ke
sejahat-jahat manusia. Dari yang
setulen-tulen IC sehinggalah yang tiada apa-apa dokumen langsung. Kalau kat Sandakan, sebut jer BDC, mereka
terbayangkan sebuah kawasan ala-ala ghetto kat new york. Takder undang-undang. Dipenuhi dengan samseng. Tapi, rasa2nya cam betul gak persepsi
tu. Kalau kita bawak keter ker, bas ker,
lori tangki minyak ke, lori balak ke, bila limpas jer BDC, kalau ada orang BDC
nak lintas jalan, kita yang kena berenti.
Bagi diorang lintas dulu. Mungkin
diorang fikir diorang ni dari spesies incredible hulk kot. Tapi kalau kena gilis, jadi roti canai juga
diorang tu.
[sambung....kalo gua ada mood la]
adui bha Cik Puan Poora Poora nak tau .. Bokara lagi sandih tau .. suma owang sanduckhan tak kira malam ke siang ke takot nak masok situ .. pacik Mat neh kompom tatau .. hikhik
ReplyDeleteEl, pacik jarang-jarang bah masuk bokara. Takot masuk sana. Bukan takot sama matador, tapi takot terpikat sama perawan di sana. Kalo setakat duit syiling jak yang ada dalam kocek calana, jangan bermimpi menghitung jumlah tiang rumah di sana...hak! hak! hak!
ReplyDelete