Poora-poora : Suka menulis ke?
Gua : Suka
Poora-poora : Sejak bila menulis.
Gua : Sejak dajah satu lagi.
Gua suka menulis sejak dajah satu.
Gua tak masuk tadika sebab kat kampung takder tadika. Kalau masuk tadika, rasanya sejak tadikalah
gua suka menulis. Bila masuk dajah satu,
macam-macam gua tulis. Mula-mula cikgu
gua yang montel tu ajar tulis ABC. Tulis
jawi pun ada. Bukan macam sekarang ni. Tulisan jawi dah pupus kat sekolah. Lama-lama tulisan jawi akan mati camtu
jer. Tu ler orang kita. Bila dah pegang kuasa bukannya nak
pertahankan apa-apa yang ada. Nak
kembangkannya jauh sekali. Tak silap
gua, Menteri Pelajaran Malaysia yang tah apaker namanya yang hapuskan tulisan
jawi. Sayang beb! Sebab apa?
Sebab tulisan jawi ni kira macam identitikal bangsa Melayu. Bila dah hapus tulisan jawi, generasi
berikutnya dah tak tau baca dan tulis jawi.
Akhirnya salah satu identiti bangsa Melayu lenyap.
Poora-poora : Cop! Cop! Cop!
Apa yang saudara duk merepek ni?
Saya tanya lain, saudara jawab merapu-meraban.
Gua : Tah. Gua
kadang-kadang lupa daratan kalau menjawab soklan.
Poora-poora : Seriuslah sikit. Orang tanya betul-betul, dia selalu jer nak
main-main. Jawab betul-betul. Nanti saya belanja beger kat Mekdi.
Gua :
Ekekekekek....ok.
Poora-poora : Sejak bila mula menulis? Jangan jawab semenjak dari darjah satu
ekkk...kita tak suka.
Gua : Seingat gua la, sejak dari sekolah rendah lagi memang
gua suka menulis. Masa sekolah rendah,
kalau bab karangan, cikgu selalu baca karangan gua kat depan kelas. Cikgu kata “Ini contoh karangan yang bagus”. Kembang kempis der lobang idung gua. Dan pengembangan dan pengempisan lubang idong
gua tu berterusan sampailah ke sekolah menengah. Karangan gua ada la juga keluar dalam majalah
Dewan Pelajar dan akhbar mingguan Mingguan Kanak-Kanak. Kedian, masa gua form four , gua hantar
cerpen kat radio Malaysia. Sajer jer
suka-suka nak test power la konon. Tah
macam mana, cerpen gua kena baca kat radio.
Tak silap gua, penyampai radio masa tu Mazni Yusof. Sekarang dah datin dah dia. Masa gua tahun 1 kat UM, jabatan gua ada buat
lawatan kat RTM. Alaaaa...kat tepi rumah
sewa gua jer pun kat Pantai Dalam. Masa
lawatan tu ler gua nampak Mazni Yusof hidup-hidup. Dalam hati gua kata, hah...inilah orang yang
baca cerpen aku kat radio. Pastu,banyak
la gua tulis. Tapi gua tulis suka-suka
jer. Gua tak hantar kat mana-mana
pun. Habis tinggi gua bagi kat kawan gua
yang jadi ketua pengarang majalah kolej kediaman. Itu pun setelah dia memujuk rayu gua dengan
mee sepinggan dan air sirap segelas suruh gua menulis. Sebab takder orang nak menulis. Sekian,
terima kasih.
Poora-poora : Sekarang, kalau saudara menulis, saudara suka
tulis tentang apa?
Gua : Gua main belasah jer.
Semua gua tulis. Tapi kalau cik penanya soklan peratikan apa yang gua
tulis kat belog, sebenarnya gua ada selit-selitkan beberapa isu secara tak
langsung. Gua tulis dalam bentuk yang
paling santai, bagi gua ler. Bagi orang
lain gua tak tahu. Macam juga dengan
cerita-cerita rakyat warisan orang-orang Melayu. Pak Kaduk, Lebai Malang, Mat Jenin, Si Luncai
dan banyak lagi tu sebenarnya sarat dengan kritikan sosial. Tetapi ia disampaikan secara santai dan lawak
jenaka. Orang-orang Melayu dahulu,
apabila diperdengarkan cerita-cerita ni, mereka gelak sampai pecah-pecah
perot. Tapi sebenarnya mereka tak sedar
yang mereka sedang dikritik oleh tukang-tukang cerita, oleh Tok Selampit, oleh
Awang Batil, oleh penglipur lara, oleh Tukang karut dikir Barat, oleh Tok Peran
Makyung.
Poora-poora : Apa pula teknik dan gaya penulisan yang
saudara guna?
Gua : Teknik yang gua pakai ialah teknik yang dinamakan ‘aku
belasah sesuka hati apa kau nak peduli’.
Tentang gaya penulisan pula gua pakai ‘aku punya tulisan, ikut aku ler
nak pakai gaya apa-apa pun’. Pendek
kata, gua hanya pakai teknik dan gaya sesedap anak tekak gua. Gua boleh tulis dengan teknik dan gaya
tertentu sebab gua banyak tahun juga ler duk pung! pang! pung! pang! sastera Melayu
tingkatan 6. Kalau nak tulis ikot
Tatabahasa Dewan sebijik...sebijik pun boleh sebab gua belajar benda tu kat
Universiti dulu. Tapi semua tu, gua
simpan atas meja. Gua pakai semua tu
untuk kerja-kerja formal gua yang bersangkutan sembelih menyembelih manuskrip.
Poora-poora : Macam mana pula dengan membaca? Suka?
Gua : Oooooooooooo....gua memang suka membaca. Kalau tanya sebab apa suka membaca, gua
takder jawapan. Gua rasalah sebab
persekitaran kot. Bapak gua suka baca
surat kaba, baca buku, dan apa-apa sahaja.
Masa gua kecik-kecik, bapak gua cakap gua selalu duk atas riba dia masa
dia baca buku. Dia kata lagi, masa dia
baca buku, mata gua asik duk tengok tulisan-tulisan kat buku tu. Dia kata gua berlagak siot...macam ler gua
pandai baca. Kedian, masa gua dajah 2,
gua dah boleh baca dengan lancar. Abis
segala surat kaba gua baca. Masa gua
dajah 3, gua dah baca buku-buku hikayat macam Hikayat Merong Mahawangsa,
Hikayat Abdullah, Sejarah Melayu dan banyak lagi. Kesemua buku tu, bapak gua yang punya. Kedian nak jadikan cerita, bapak gua tah dari
mana tah dia amik ensiklopedia penuh satu kotak. Jadi, hari-hari gua duk mengadap ensiklopedia
tuh. Masa gua dajah 4, gua masuk library
sekolah. Gua pinjam Hikayat Hang
Tuah. Kaler kulit buku itu hitam. Ada gambar sebilah keris kat kulit
depan. Buku tu punyalah berat. Kalau jatuh kat atas kepala, rasanya mahu koma
dua tiga bulan. Satu minggu, habis gua
baca Hikayat Hang Tuah. Pastu, masa gua
sekolah rendah lagi gua dah baca majalah Dewan Masyarakat. Bukan gua yang beli tapi kakak gua yang masa
tu nak amik STPM. Masa kakak gua amik
SPM, ada buku Khadijah Hashim bertajuk Badai Semalam yang jadi buku teks. Pun gua balun gak. Pendek kata, sejak dari gua pandai membaca
sampai la sekarang, tak abis-abis gua membaca.
Sampai la gua jadi cikgu, mengajar Pengajian Am lagi la gua banyak
membaca. Dan sekarang ni gua kerja
dengan buku. Syok der, sebab gua dibayar
tiap-tiap bulan untuk baca buku. Orang
lain belum baca lagi, gua dah abis baca dah.
Errrr...cik penanya soklan.
Belanja gua beger mekdi. Yang
dabel punya. Lapar lah.
Poora-poora : Iyo laaaa...
No comments:
Post a Comment