[Bapak Asril, di tengah-tengah. Berjanggot sejemput ialah rakan Pak Asril. Memakai sneaker berjalur tiga, gua]
Jurutunjuk tu kata, “Dua langkah ke depan, kemudian pusing
kanan. Dua langkah ke belakang, pastu
dua langkah ke depan. Angkat kaki depan,
kedian angkat kaki belakang.”
Bila muzik dipasang, gua main rembat sesuka hati gua. Orang pusing kanan, gua terpusing ke
kiri. Orang ke depan, gua terke
belakang. Aisehhhhh...poco-poco ni
memang gua fail.
“Bang, saya nak joging jer la. Poco-poco ni saya tak reti ler!” kata
gua.
Oleh sebab gua bukan ahli AMENO yang sangat sinonim dengan
poco-poco pada waktu pagi, maka gua amik keputusan menarik diri pelan-pelan ke
belakang. Di bawah pokok rambutan yang
sedang melebat buahnya, gua duduk sambil melihat orang lain berpoco-poco.
Pastu,
Poco-poco pun selesai.
Acara yang gua nanti-nantikan akhirnya tiba jua: Acara mengisi cawan
dengan kopi panas berasap dan meletakkan
seberapa banyak kuih di atas piring.
Di sebuah meja bundar beralaskan kain putih, gua
mengongsinya dengan Bapak Asril, Ustaz Razali, Cik Mat, Nani dan Sue.
Nani boleh dikatakan baru saja berkahwin. Sue pula dah lama kahwin.
Sambil makan karipap dan menghirup kopi panas berasap dengan
jayanya, gua sembang-sembang dengan Bapak Asril. Lelaki separuh umur yang berasal dari
Indonesia ini sangat luas pengetahuannya.
Kalau berbicara dengan Bapak Asril, sangat banyak kias ibarat dan
tamsil-tamsilan. Dengan loghat dan
patah-patah perkataan pekat Indonesianya, bapak Asril bisa mencernakan sesuatu
isu. Selalunya pada bahagian terakhir
setiap ayat yang dituturkan Bapak Asril, gua akan terdiam. Memikirkan betapa benarnya tamsilan dan kias
ibarat yang dituturkan oleh Bapak Asril.
“Sungguh kasihan suami kamu, Nani,” kata Bapak Asril.
“Kenapa bapak?” tanya Nani.
“Iyalah, ditinggalkan seorang diri di rumah. Mengurusi sendiri-sendiri makan minum. Tidur pun seorang diri gara-gara kamu datang
ke sini,” kata Pak Asril.
“Alaaa...biarlah.
Bukan selalu pun,” kata Nani.
Kemudian Bapak Asril berseloroh, “Jangan nanti, kamu yang
berkursus motivasi di sini, suami kamu bermotivasi mencari isteri lain di Kuala
Lumpur.”
Bapak Asril ketawa halus dengan suaranya yang kasar.
Cik Mat senyum.
Ustaz Razali juga senyum.
Gua pula hirup kopi yang sudah menjadi suam.
“Kalau dia berani, buat la,” kata Nani.
Kemudian Bapak Asril kata, “Kalau dia buat sekalipun, ngak
salah apa-apa. Bukannya dilanggar hukum
agama.”
“Mana boleh. Tak
boleh buat macam tu.” Kata Nani.
Bapak Asri tersenyum.
“Nabi Muhammad semasa Israk dan Mi’raj, berkata baginda
meliat banyaaaaak perempuan yang menjadi isi neraka,” Kata Bapak Asril. Perkataan ‘banyak’ itu ditekankanya.
“Mungkin yang menjadi penyebabnya, inilah. Banyak para isteri yang menjadi kufur
gara-gara poligami. Mereka menjadi
pemberontak terhadap hukum Allah dalam diam-diam dan tanpa sadar. Banyak isteri yang marah kalau sang suami
berjudi sampai ke pagi. Atau minum arak
sampai pengsan di tepi parit. Tapi,
ya... itu sahaja. Marah tetap
marah. Tapi, kalau suatu hari ada orang
membawa berita, memberitahu sang suami sudah berkahwin lain, marahnya alang
kepalang. Bak Krakatoa memuntahkan
laharnya. Kalau diletakkan labelnya,
marah sang perempuan terhadap suaminya yang punya isteri satu lagi, berada di
tangga yang paling atas. Manakala marah
sang perempuan yang punya laki berjudi sampai ke pagi, berada di tangga kedua
atau ketiga. Sedangkan, perlakuan sang
suami yang punya isteri satu lagi bukan menyalahi hukum Allah. Langsung yang berjudi dan minum arak itu
terang-terang melanggar ketetapan Allah.
Namun tahap marah dan kebenciannya tak sama. ” Panjang lebar Bapak Asril bercerita.
Kemudian, gua mencuit lengan Bapak Asril, “Ayuh bapak, sudah
jam delapan. Mungkin sang instructor
sedang menanti,” kata gua.
Cehhhh...tetiba gua terikut-ikut cara Bapak Asril bercakap.
Sambil berjalan, Bapak Asril menyalakan Djarumnya.
Meninggalkan asap dan aroma cengkihnya di belakang.
No comments:
Post a Comment