Nak tengok bola, tiket mahal giler.
Oh, jangan susah2 untuk tidak menterkejutkan diri sendiri. Ini Malaysia!
Jangan main2 sama itu Obama. Kerana Osama sudah menjadi mangsa. Dan Ghadafi kemudiannya.
"Kalau FAM ada kt Libya, dah lama kena tembak!"
Jangan gaduh2.
Jangan tengkar2.
Lu bikin sahaja kecoh. Amik lu punya henpon. Apa2 saja henpon asal ada kamera.
Kedian, lu nyanyi-nyanyi. Jangan nyanyi yang baik2. Nyanyi sahaja yang buruk2. Kalau lu nyanyi lagu yang menghina Islam dan mencaci Melayu lagi bagus. Pastu kasi upload dalam Youtube.
Kedian, lu buat pilim maaa!
Lu akan dapat 7 juta hingget!
Senangkan di Malaysia ni? Kalau lu baik dan cuba menjadikan orang lain baik, lu akan ditangkap JAIS. Ataupun lu akan digantung kerja sebagai lecturer.
Jadi, jangan jadi baik dude.
Jadilah manusia yang jahat, sejahat-jahatnya.
Lu akan diangkat menjadi hero [keparat]!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 27 October 2011
Friday, 21 October 2011
Ghadafi, lu bukan siapa-siapa di dunia ini.
Gadafi,
Lu bukan Steve Jobs
Kematian lu tidak diratapi seperti kematian Steve Jobs
hatta oleh umat Islam sendiri.
Gadafi,
lu tak buat gajet canggih yang menjadi hantu kepada anak2 muda
lu tak buat Ihone atau Ipad
Lu hanya bina rumah untuk rakyat sedang lu sendiri berteduh di bawah kanvas khemah
lu hanya berikan harga yang paling rendah minyak untuk rakyat lu
lu hanya menyalak kepada Clinton
lu hanya menjerit kepada Clinton
lu hanya memaki Rabin
Gadafi,
lu memang sudah mati
dan tiada yang meratap akan kematian lu...
Rupanya Freddie Mercury yang mati kerana Aids lebih berjasa kepada dunia
Nampaknya Michael Jackson yang over dose lebih sentimental kepada jagat
Dan Steve Jobs yang tidak mahu berjumpa dengan bapa kandung sendiri itu lebih diletak di jemala dunia.
Gadafi
lu tiada apa-apa
kerana kita semua sudah menjadi segerombolan kuda perang
yang harus mengikut kata sang jeneral.
Tuesday, 11 October 2011
Hang Nadim itu bukan pengkhianat. Raja Mandeliar itu bukannya hero.
“Asik-asik cikgu, asik-asik cikgu,” kata T [bukan nama sebenar]
Gua diam. Gua tadah telinga. Gua buat ramalan : T [bukan nama sebenar] bagi komen ni sebab dia bengang dengan bajet Najib.
Gua kata, tapi dalam hati “Heh eh T [bukan nama sebenar]... bila masa kau ni tak setuju dengan pemimpin yang kau sanjung selama ini?”
Gua diam lagi. Gua tadah telinga lagi.
“Apa yang speselnya sangat dengan cikgu-cikgu ni?” tanya T [bukan nama sebenar].
“Cikgu memang spesel. Sebab itulah kau jadi orang sekarang ni,” kata gua.
T [bukan nama sebenar] tunjuk muka tak puas hati, macam muka gengster baru lepas kena tempeleng.
“Cikgu-cikgu ni la yang paling banyak melawan kerajaan. Memburuk-burukkan kerajaan,” kata T [bukan nama sebenar].
Gua nak tergelak terguling-guling. Tapi gua tahan. Gua takut T [bukan nama sebenar] kecik ati.
“Cikgu-cikgu bukan memburuk-burukkan kerajaan. Cikgu-cikgu menegur,” kata gua.
“Huh...” T [bukan nama sebenar] mendengus.
“Memang cikgu-cikgu takder otak. Kerja diorang asik mengutuk kerajaan!” kata T [bukan nama sebenar] lagi.
Sekali lagi gua nak ketawa. Sekali lagi gua rasa nak berguling-guling kerana T [bukan nama sebenar] telah berjaya membuat lawak antarabangsa yang paling kelakar semenjak alaf 21 ini. Tapi gua tahan. Gua takut T [bukan nama sebenar] kecik ati.
“Bodoh-bodoh ler yerk cikgu kat Malaysia ni...” kata gua.
T [bukan nama sebenar] diam. Tapi anak bola matanya memberi jawapan “Ya!!!” pada pertanyaan gua tadi.
Gua diam.
T[bukan nama sebenar] diam.
“Jangan jadi macam lembu. Dicucuk hidung. Diheret ke sana sini. Lembu itu terpaksa ikut sebab dia jadi lembu,” kata gua.
Gua tengok T [bukan nama sebenar]. T[bukan nama sebenar] tengok gua.
“Abis tu, yang duk jadi baru kena lepas dari tersepit, apa cerita. Dah dikasi lepas, menggigit lagi tangan orang kasi lepas,” kata T [bukan nama sebenar.
“Tangan orang yang lepaskan tu berbau tahi kot,” kata gua.
Kemudian gua sambung, “Tahu maksud peribahasa ‘anjing kalau tak makan tahi, dihidunya juga’ “ gua tanya.
T [bukan nama sebenar] terkelip-kelip.
“Orang yang memburukkan kerajaan tu pengkhianat!” kata T [bukan nama sebenar].
Kata-kata T[bukan nama sebenar] gua sambut dengan HA! HA! HA! HA!
“Jadi, orang kejerkerajaan, kedian dia tak sokong kerajaan, pengkhianat ler tu yer?” gua tanya.
“Iyer laaaa....pengkhianat!” kata T [bukan nama sebenar.
“Mak aihhhh....kalau camtu, ramai betul pengkhianat dari UMNO di Kelantan!” kata gua.
T [bukan nama sebenar] terkebil-kebil.
Gua diam. T [bukan nama sebenar] diam.
“Pernah baca buku Sulaltus Salatin?” gua tanya T.
“Pernah.” kata T [bukan nama sebenar].
“Tahu nak bezakan antara Hang Nadim dengan Raja Madeliar dengan Kitul?” tanya gua.
“Errrr..errr....errrrrrrr.....” kata T [bukan nama sebenar].
Itu la orang kita. Buku tentang komunis bukan main lagi diselongkar-selongkar. Konon nak tahu saper pejuang saper pengkhianat. Tapi buku hikayat tentang akar Melayu itu sendiri tak la pulak sibuk nak selongkar.
Kemudian gua kata, “Kalau la cikgu-cikgu tu memang pengkhianat negara, dah lama DAP ni memerintah Malaysia...”
Gua bangun sambil tekan-tekan henpon murah. Gua berlalu.
Dari jauh gua tengok mulut T [bukan nama sebenar] kumat-kamit. Aisehhhh...takkan nak hantar santau angin kat gua pulak....
Hujan dan Embun Jantan
01.25 pagi.
Warung ikan singam, belah-belah jalan raja laut, dekat-dekat kelab dangdut apa tah nama dia.
Din Cromok huk! huk! ha! huk! ha! dalam kereta gua yang sempit. Tak sempat-sempat nak pakai t-shirt Blues Gang dia kat rumah. Selepas dengan jayanya membuka baju lain, dan kemudiannya begitu cemerlang memakai t shirt Blues Gang yang baru dibeli dalam stadium, Din Cromok keluar dari kereta gua sambil tersengih-sengih. Gua nampak sengihannya sangat macho pada awal pagi yang embun jantan dah tak kenal mana satu embun betina itu.
Gua dan Din Cromok duduk kat satu meja.
Makcik tukang amik oder dengan lenggang-lengguknya datang.
“Basah meja ni,” kata makcik tu.
“Kalu basah, lap la,” kata gua.
Aisehhhh...ni ler orang kita meniaga. Dah tau meja basah, lap jer la. Ni, nak disound suruh lap, baru nak lap. Kalau yang tukang amik oder tu Fasha Sandha ke, Neelofa ke, Yuna, ke tak ler nak rasa hangen sangat. Level-level Ramlah Ram pun ok lagi.
“Nak makan apa?” makcik tukang oder tanya selepas berjaya mengelap meja gua dan Din Cromok.
“Ikan singam,” kata gua.
“Nak budu?” tanya makcik tukang amik oder.
“Nak,” gua kata.
“Lauk-lauk lain” tanya makcik tukang amik oder.
“Kalau dah ado budu, takdok lauk lain pun tak apo” kata gua.
*****
Sebelah meja gua dan Din Cromok, ada sekelompok budak-budak remaja. Gua rasa budak Melayu sebab diorang cakap dalam bahasa Melayu, bukannya bercakap dalam bahasa Cina atau bahasa Keling.
Yang jantannya hembus sedut, hembus sedut, hembus sedut, asap rokok. Banyak juga duit budak-budak ni. Takkan dah kejer kot. Jadi gua buat simpulan secara kurang ajar : duit sekolah yang mak bapak diorang kasi la tu yg digunakan untuk hembus sedut, hembus sedut, hembus-sedut asap rokok.
Dalam kalangan jantan tu, ada la beberapa orang yang pompuan. Budak-budak lagi. Paling kuat pun gua rasa budak form 5.
“Dekat pukul 2 pagi, berkeliaran macam anak ayam hilang reban,” kata gua kat Din Cromok.
“Budak-budak lagi tu,” kata Din Cromok.
Diam sekejap.
“Kawe tak hairan kat budak-budak pompuan tu,” kata Din Cromok.
“Budak-budak lagi. Umur tak banyak. Berfikir pun singkat,” Din Cromok kata.
Gua dengar.
“Yang kawe hairan, mak bapak. Macam mana boleh biarkan anak dara sunti keluar malam-malam dengan jantan. Kalau *ter*dapat cucu, baru nak terhegeh-hegeh,” kata Din Cromok.
Gua diam.
Gua makan ikan singam. Gua cicah ulam petai dan pegaga dengan budu.
Habis makan, ada rasa rintik-rintik hujan dari atas langit.
“Hujan ke ni?” gua tanya.
“Embun jantan,” kata Din Cromok.
Tapi makin lama ‘embun jantan’ Din Cromok itu makin laju. Makin banyak. Makin basah meja.
“Hujan dah ni, bukan embun jantan,” kata gua.
Kemudian budak-budak jantan sebelah meja gua mula kalut-kalut start enjin kapcai. Yang pompuan dua tiga orang tu pun duduk menonggeng atas kapcai. Dada mereka disandarkan ke belakang si jantan. Mungkin untuk dijadikan air bag.
Lepas tu tak tau ke mana diorang belah. Mungkin pegi kenduri? Mungkin balik ke rumah jantan? Mungkin balik ke rumah masing-masing? Atau mungkin pegi ke surau-surau berdekatan sambil menunggu untuk solat subuh?
Gua?
Monday, 10 October 2011
Ini Kololumpo punya cerita.
Selepas lima jam berdiri. Selepas lima jam melihat para otai goyang-goyang kepala, goyang-goyang perut. Selepas lima jam yang menyebabkan Din Cromok berjalan macam robot kerana lututnya hampir jem sebab berdiri terlalu lama. Selepas lima jam melihat dua raksasa [tanpa ultraman] di Stadium Merdeka, gua dan Cromok pelan-pelan keluar dari stadium.
“Nak gi ikut mana kita ni? Jalan terus ke nak ikut jalan kita masuk tadi? tanya gua.
“Jalan terus, rasanya akan sampai kat pudu jail, “ kata Din Cromok.
“Ok,” kata gua.
“Kita gi makan ikan singam, nak ke?” tanya gua.
“Boleh jugak” Din Cromok jawab.
Gua pusing-pusing stereng kereta. Tapi tak sampai-sampai ke pudu jail yang dah jadi arwah. Rais Yatim kata pudu jail tak ada nilai sejarah walaupun usianya sudah lebih seratus tahun. Jadi dia kata “Musnahkan!” Kemudian gua tambah “Gantikan dengan bangunan batu ratusan tingkat! Kita bagi sama itu kontraktor yang dah jutawan! Biar mereka jadi semakin jutawan! Kemudian kita jual itu bangunan sama itu orang-orang kaya! Biar akaun bank mereka makin kembang! Peduli apa dengan bangunan warisan!”
Gua pusing-pusing stereng kereta. Tapi tak sampai-sampai ke pudu jail. Yang sampai ialah Petaling Street.
“Kita dah buat magik ni. Pudu jail hilang, ganti dengan Petaling Street,” kata gua.
Din Cromok sengih.
Gua melewati [bukan meliwati; kata yang sangat digemari oleh media arus perdana!] Petaling Street. Kawasan yang sudah lama jadi milik pendatang Cina. Dan sudah jadi tebiat bangsa mereka, apa yg mereka ada, mereka takkan lepaskan. Jadi, gua tak hairan kalau Syed Hamid Albar kata “tak apa, laluan MRT tak payah ikut Petaling Street. Kita Tak payah kasi roboh bangunan-bangunan lama kat situ. Pedagang Cina tak mahu.” Kemudian gua tambah, “orang Cina kena jaga woooo...undi diorang penting meh! Kita roboh setinggan Melayu tak apa, tapi jangan kacau sama orang Cina”. Huh, kalau Namewee baca stetmen gua ni, gua yakin dia akan buat video bertajuk “Fuck Cikgu Metal” dan kasi upload dalam TouTube. Tapi ada gua hairan sama budak Cina kulup tu. Sikit pun gua tak hairan!
Kemudian menyusuri Pasar Seni yang dah tak ada aktiviti seninya lagi. Lepas tu Kota Raya. Dulu...lamaaaaa duluuuuuu....gua selalu lepak kat Kota Raya. Yang duk melepak sekali ialah kutu-kutu yang ada IC kaler biru. Tapi sekarang iniiiiiiiiii....yang lepak kat sana sangatla antarabangsanya. Ada Myanmar. Ada Indon. Ada Vietnam. Ada Nepal. Ada Filipin. Ada Bangladesh. Jantan betina, cukup lengkap.
Duluuuuu...lepak-lepak kat Kota Raya sangat la amannya. Kutu-kutu lepak jer. Tak buat apa-apa yang bengong. Habis-habis hard core pung hanya lah phewiiittt... sama awek-awek. Itu jer. Tapi itu duluuuuuu.... Sekarang ni, yang lepak sana, selalu bergasak. Muka masing-masing dah bertukar fungsi jadi punch bag. Perut diorang pun sama. Dah pandai tukar-tukar fungsi. Sebab tu kat depan Kota Raya diorang selalu bergasak. Pecah-pecah muka, biasala tu. Usus perut terburai keluar juga dah biasa.
Sungguh antarabangsa Kololumpo ini...
Tuesday, 4 October 2011
Dua Raksasa [siri dua]
Bila Blues Gang habis, Isma Halil keluar lagi. Dia pung! pang! pung! pang! cabut nomor bertuah. Gua tak tengok pun nomor gua. Gua tahu nomor gua takkan naik. Kalo naik, balik ngan motor la gua nampaknya.
Lepas Isma Halil pung! pamg! pung! pang!, pentas gelap lagi. Dan Sweet Charity muncul. Rosli Mohalim goreng gitar. Dan kemudian Ramli Sarip nyanyi lagi Sejuta Wajah. Semua bersorak. Banyak yang hangguk2 kepala. Lambai-lambai tangan ke atas. Gua tengok Din Cromok. Din Cromok rilek jer.
"Tak amik gambar Sweet Charity?" gua tanya.
"Memori kad dah habis," kata Din Cromok.
Ramli Sarip memang power. Dengan jambang putihnya, dia nampak lagi macho.
"Rosli Mohalim tu, kalau letak topi tinggi atas kepala, sebijik macam Slash Guns n Roses," kata gua.
Din Cromok senyum.
"Rambut gondrong dia dah sama ngan Slash," kata Din Cromok.
Masa Sweet Charity mula-mula top dulu, gua masih sekolah rendah.
"Masa kami nyanyi, kamu semua masih sekolah lagi," kata Ramli Sarip. Macam tuju kat gua plak.
Dan penonton bersorak sakan.
Rock Sweet Charity ialah rock Melayu. Tak keras sangat. Unsur-unsur kemelayuan memang kental. Kerana itu Kamarul [dari kumpulan Mohram] diangkut oleh Sweet Charity untuk pukul gendang Melayu! Pukulan gendang Kamarul memang superb!
Ramli Sarip banyakberfalsafah kat atas pentas:
1. 27 tahun dulu, di tempat yang sama ini, bulan cerah memancar. Sekarang ini bulan semakin cerah - errrrr...gua dengar macam kempen politik pun ada bila Ramli Sarip sebut tentang bulan.
2. Sama ada kawin satu atau kawin dua, sama ada cerai hidup atau cerai mati, suka atau tidak kita harus menerimanya kerana itu kerja Tuhan - gua no komen dengan falsafah ini....
Lepas Isma Halil pung! pamg! pung! pang!, pentas gelap lagi. Dan Sweet Charity muncul. Rosli Mohalim goreng gitar. Dan kemudian Ramli Sarip nyanyi lagi Sejuta Wajah. Semua bersorak. Banyak yang hangguk2 kepala. Lambai-lambai tangan ke atas. Gua tengok Din Cromok. Din Cromok rilek jer.
"Tak amik gambar Sweet Charity?" gua tanya.
"Memori kad dah habis," kata Din Cromok.
Ramli Sarip memang power. Dengan jambang putihnya, dia nampak lagi macho.
"Rosli Mohalim tu, kalau letak topi tinggi atas kepala, sebijik macam Slash Guns n Roses," kata gua.
Din Cromok senyum.
"Rambut gondrong dia dah sama ngan Slash," kata Din Cromok.
Masa Sweet Charity mula-mula top dulu, gua masih sekolah rendah.
"Masa kami nyanyi, kamu semua masih sekolah lagi," kata Ramli Sarip. Macam tuju kat gua plak.
Dan penonton bersorak sakan.
Rock Sweet Charity ialah rock Melayu. Tak keras sangat. Unsur-unsur kemelayuan memang kental. Kerana itu Kamarul [dari kumpulan Mohram] diangkut oleh Sweet Charity untuk pukul gendang Melayu! Pukulan gendang Kamarul memang superb!
Ramli Sarip banyakberfalsafah kat atas pentas:
1. 27 tahun dulu, di tempat yang sama ini, bulan cerah memancar. Sekarang ini bulan semakin cerah - errrrr...gua dengar macam kempen politik pun ada bila Ramli Sarip sebut tentang bulan.
2. Sama ada kawin satu atau kawin dua, sama ada cerai hidup atau cerai mati, suka atau tidak kita harus menerimanya kerana itu kerja Tuhan - gua no komen dengan falsafah ini....
Monday, 3 October 2011
Dua Raksasa [siri satu]
“Demo tau jalan nak gi Stadium Merdeka?” tanya gua kat Din Cromok.
“Tau. Tapi macam ingat-ingat lupa,” kata Din Cromok.
“Kawe pun serupa demo juga. Ingat-ingat lupa. Kali terakhir kawe gi Stadium Merdeka masa Battle of The Band,” kata gua.
Zaman Battle of The Band. Lama tu! Zaman tu, zaman rock kapak. Zaman tu zaman mat rock dan minah rock pakai seluar ketat kaler merah. Pakai t shirt bendera jepun. Kemudian ikat bandana di lengan atau di paha atau di kepala lutut. [Sumpah, gua tak penah pakai cam tu walaupun gua suka sama muzik rock.... ahakkksss!]
Sekarang dah 2011. Gua pun blur blur kat mana letaknya Stadium Merdeka. Tapi dalam kepala gua, bayang-bayang jalannya masih melekat. Walaupun gua suda tua, tapi taklah terlalu tua untuk mengingati segala-galanya. Hek eh!
“Kita tau mana nak tuju, kira ok dah tu. Tak la kita tersesat di tengah jalan,” kata Din Cromok.
Gua amik jalan Bangsar. Melintasi Muzium Negara [yang ketuanya tah apa gilanya nak buat pameran gaun kahwin Memey!].
Kemudian melintasi Masjid Negara.[tempat penyokong Anwar berhimpun masa nak mulakan reformasi tahun 1998]
Kemudian Bukit Aman.[banyak yang kena sorok kat sini]
Kemudian sebelum sampai Dataran Merdeka,gua buat u turn sesuka hati di depan polis tafik. Kalau kena tahan, gua berani kerat kuku jari kaki belah kiri, polis tu mesti kata “Nak saman ke, nak setel?”
Kemudian melintasi Dayabumi yang sangat sesuai dijadikan lokasi cerita hantu sebab dah lama terbiar.
Kemudian gua mengambil Jalan Loke Yew [dengar citer, apek nama Loke Yew ni ketua kongsi gelap a.k.a ketua penjual ganja a.k.a bapak ayam besar, tapi namanya diabadikan disebatang jalan utama. Huh, betapa untungnya jadi orang Cina di bumi Malaysia!]
Sebelum simpang masuk Dewan Bahasa dan Pustaka [yang dah tak nampak fungsinya sebagai pembela bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dan budaya Melayu, selain hanya pencetak buku teks sekolah sahaja], Din Cromok kata “Masuk kiri!” sambil dia tunjuk-tunjuk satu sign board tepi jalan.
Gua pusing stereng kereta Malaysia [yang mahal tapi takder kualiti] ke kiri. Jalan terus. Belok kiri sikit. Jumpa balai polis Tun H.S. Lee [yang walaupun dekat bebenor dengan tempat pelacuran murah di Jalan Petaling Street, tapi tak mampu untuk membenterasnya. Ajaib! Ajaib! Ajaib!].
“Heh, dah sampai stadium kita ni,” kata Din Cromok.
Gua tengok kiri kanan. Ada sorang mamat lambai-lambai pakai lampu picit. Gua ikut. Gua parking kereta di atas bahu jalan di pinggir Stadium Merdeka.
“5 ringgit bang,” kata budak tu. Tanah tu bukan tanah mak bapak dia. Stadium tu tentunya bukan stadium kepunyaan mak bapak awek dia. Tapi dia senang-senang pau duit gua 5 hingget. Tapi gua berpikiran positip. Daripada dia pegi meragut kat Bukit Bintang, baik dia buat macam ni. Din Cromok hulur 5 hingget. “Tima kasih bang,” kata budak tu.
Di perkarangan stadium, gua nampak Sinaga-naga sedang pung!pang!pung!pang! dengan naga-naga yang lain. Gua tak kata ‘hai’ kat dia sebab dia tak nampak gua. Ada sorang minah yang tua, tak tua dan nak kata muda tak la muda, tengah mendentam-dentumkan harleynya. Gua juga nampak beberapa kelompok anak muda berambut panjang ke hulu ke hilir bermacam-macam-macam pesen. Geng-geng otai, takyah cakap la, berderet kat tepi jalan.
“Kawe rasa surau kat dalam kot, “ kata gua kat Din Cromok. Maghrib sudah masuk.
Yang jaga booth NAZA tah apa sewelnya, tetiba pasang lagu “We Will Rock You” dengan kuat. Macam la kenduri kahwin Erra Fazira sedang berlangsung.
“WOOOiiiiii....Mahgrib ni!!!” laung sekumpulan pemuda berambut panjang. Walaupun berambut panjang macam hantu dalam filim Melayu, tapi diorang sensitip dalam bab-bab agama ni. Ni yang gua tabik spring kat mamat rock tulen [macam gua.... kehkehkeh].
Gua masuk stadium. Din Cromok ikut belakang gua. Punyalah besar stadium, tapi surauanya kecik jak. Berderet mat rock berambut panjang tengah amik turn nak masuk surau. Gua rasa, saper2 yang buat tuduhan kat mamat rock berambut panjang kononnya diorang tu rosak akhlak, lupa Tuhan, minum darah kambing, makan sampah, dan tak main cintan-cintun, patut tengok situasi ni sendiri. Bila bersolat, siap ada imam sekali dalam kalangan mereka. Baca fatihah dan ayat lazim macam imam kat kota Mekah tuuuu dia punya lagu.
Selesai solat, gua dan Din Cromok lepak-lepak atas bangku kayu dalam stadium. Gua tengok kat tengah stadium. Mungkin kat situlah ada satu pentas didirikan. Kemudian Tunku Abdul Rahman menjerit MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Gua rasa, kering kerongkong Tunku menjerit MERDEKA sekuat hati beliau. Dan gua rasa, akan kering pula air mata Tunku [kalau beliau masih hidup la] bila anak Kling bergelar profesor kata kita tak penah pun kena jajah. Kena naung jer. [Kalau itu macam, patutnya Tunku jerit JANGAN NAUNG! JANGAN NAUNG! JANGAN NAUNG!]
Sambil duduk-duduk, gua dan Din Cromok bersembang tanpa hujung pangkal. Kat atas stage, Blues Gang tengah buat sound check. Heh... takkan tak abis-abis lagi buat sound check kot....
8.30 malam. Gua cuit Din Cromok dan kata “Jom!” Gua nak cari lokasi yang strategik nak tengok Blues Gang dan Sweet Charity perform. Gua tak penah tengok Blues Gang perform secara live. Gua hanya penah tengok Ito jer. Gua juga tak penah tengok Ramli Sarip perform sebagai Sweet Charity. Tiga empat kali gua tengok Ramli Sarip, tapi hanya perform sebagai Ramli Sarip.
8.45 malam.... tak start start lagi.
Dekat-dekat jam 9 malam pun tak start lagi.
Kemudian...jeng jeng jengggggg.. muzik pengenalan bergema. Dua layar gergasi menayangkan teaser konsert. Abis jer teaser, Isma Halil keluar dan membebel. Duk tanya, “Ar yu redi? Ar yu redi?” Aiseh... memang ler dah redi pun. Takyah la nak tanya...hakhakhak!
Pentas digelapkan. Biasala trick tu. Kemudian satu satu instrumen dimainkan. Itu pun trick biasa. Last sekali, baru Ito sebagai vokalist utama Blues Gang keluar. Kemudian crowd pun menjerit macam tak hingat dunia. Itu pun tersangatlah biasa tricknya.
“Shaikh Karim tu dah kena potong jari kakinya. Kencing manis,” kata gua kat Din Cromok.
“Ada drummer reserved tu,” kata Din Cromok bergurau.
Tapi masa lagu demi lagu demi lagu demi lagu dimainkan, Shaikh Karim henjut kakinya kat paddle drum bass macam ok gak. Macam jari kakinya tak kena potong. Sampailah kepada satu set, Shaikh Karim bangun dari kerusi. Pelan-pelan turun dari stage kecil. Dari situ memang nampak, Shaikh Karim memang agak uzur sikit. Kemudian Munir [drummer kumpulan Mega] amik alih jadi tukang pukul.
“Eh, betullah, ada drummer reserved,” kata gua.
Habis dua tiga lagu Shaikh Karim nyanyi, dia pelan-pelan pegi kat drum set. Pelan-pelan naik stage kecil. Pelan-pelan duduk. Dan lepas tu, dia terus memukul drum macam orang yang tiada masalah pada kakinya.
Dekat-dekat dua jam, Blues Gang berenti. Satu ratus dua puluh minit. Tujuh ribu dua ratus saat. Tak berenti amik rehat pun di tengah-tengah show. Bagi gua, untuk enam orang pakcik yang dah masuk umur 60 tahun, tapi tak pancit pun masa show, adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Pakcik-pakcik ni tentunya tak amik pil kuda atau majong kuat. Pakcik-pakcik ni hanya berbekalkan kecintaan kepada muzik sepenuhnya. Bak kata orang kampung gua, ‘the true musicians’. Semangat dan cinta akan muzik menyebabkan pakcik-pakcik ni tak pengsan atau diserang angin ahmar masa perform.
[to be continued, bergantung kepada mood gua...kehkehkeh]
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...