Friday, 15 July 2011

Sambungan Nantilah Dulu.

Gua tertanya-tanya. Siapa yang merusuh? Polis ka? Atau rakyat ka? Gua tengok TV. Gua juga baca Mingguan Malaysia. Mula2 bila gua nampak dalam mingguan Malaysia ada pemuda memegang psiau, gua fikir “Perghhh...ganas ni”. Tapi besoknya, gambar itu sudah kantoi. Bukan pisau yang dipegang, tapi bendera kecil Malaysia yang digenggam pemuda itu. Terang2 adanya pembohongan dari Mingguan Malaysia. Jadi, kalau gua sumpah seranah Mingguan Malaysia, gua rasa itu memang patut sebab Mingguan Malaysia cuba kencing gua dan jutaan rakyat Malaysia yang lain.

Dude, lu sokong perhimpunan BERSIH?

Bro, lu dengar baik-baik. Gua secara peribadi memang tak suka perhimpunan massa macam tu. Sebab apa? Sebab gua rasa dalam perhimpunan massa macam tu macam2 benda boleh berlaku. Yang gua nampak, ada banyak buruk dari yang baiknya. Tapi gua respek sama orang2 yang menyertai perhimpunan tersebut. Gua respek sama semangat diorang. Dalam polis Kuala Lumpur gila duk tutup jalan sana sini, diorang tetap terlepas. Bukan alang-alang tu. Kawan gua kata Kuala Lumpur dipenuhi oleh orang Biruan. Dan dalam masa yang sama dia juga tanya, Biruan ke atau Baruan? Hahahaha.... yang itu gua tak nak komen.

Yang Tok Najib ni pun satu. Masa diorang merancang nak berarak kat jalan raya, dia kata tak boleh. Kalau nak melalak, kalau nak berhimpun buat la tempat tertutup. Cari mana-mana stadium kemudian melalak la dari pagi sampai malam. Itu kata Tok Najib. Kata2 dia masih lagi berlegar2 di youtube. Last2, bila sampai masanya, Tok Najib koner baring. Lain yang dia cakap, lain pulak yang dia buat.

Jadi, rakyat tetap berarak ingin ke stadium. Sebab itu janji Tok Najib. Tapi segala polis dikerah sesedap rasa. Halang rakyat, jangan sampai terlepas ke stadium. Maka, apabila dihalang terjadilah perkumpulan dan perarakan di jalan raya. Bagi gua, yang telah mewujudkan perarakan jalanan adalah disebabkan angkara polis. Polis, bila dah kena arah tentulah diorang akan ikut arahan tersebut. Dah macam tu amalan kerja mereka. Dan polis ni berhadapan dengan rakyat yang bangkit, bukan berhadapan dengan sekumpulan gengster budak2 sekolah yang cocok tayar kereta cikgu disiplin. Dah tentulah cara mereka menangani kemaraan dan kebangkitan ini secara keras. Takkan la polis nak kata “Tuan-tuan dan puan-puan. Balik la ke rumah. Yang puan-puan-puan tu balik masak nasi la. Yang tuan-tuan pula pegi la lepak mana-mana kedai mamak. Balik la. Kalau tidak I cubit-cuubiiittt you all nanti”. Jadi, dalam hal ini gua tak salahkan polis sebab dah macam itu kerja mereka dan macam itu pula mereka dilatih.

Hak untuk berhimpun memang ada dalam Perlembagaan. Malahan hak itu juga termaktub dalam Piagam Antarabangsa. Kenapa kerajaan Tok Najib harus takut pada perhimpunan itu? Bagi gua, jawapannya sangat simple. Himpunan besar-besaran akan menjadi suatu gambaran betapa pemerintahan Tok Najib telah ditolak. Malahan ia akan tersebar ke seluruh dunia secara audio dan visual.

Rakyat yang berhimpun itu sebenarnya terhasil daripada beberapa ketidakpuashatian terhadap kerajaan. Ia bukan hanya setakat ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. BERSIH hanya menjadi picu kepada kejengkelan rakyat. Kebobrokan pentadbiran kerajaan, kekayaan yang melampau dimiliki oleh golongan atasan UMNO, kenaikan harga barangan yang tak terkawal, kehidupan rakyat yang semakin terhimpit, penggunaan jentera kerajaan yang dikerah macam harta mak bapak sendiri, kantung kewangan negara yang dibuat seperti kantung wang sendiri dan banyak lagi ialah inti-inti kepada ketidakpuashatian ini. Selama ini rakyat hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai.

Ini bukan soal Ambiga. Ini soal kepada punca kebangkitan rakyat.

“Dude, Ambiga tu peguam bela Lina Joy.”

Ya, gua tahu itu. Malahan secara sentimen gua juga marah kerana Ambiga menjadi peguam bela kepada seorang yang murtad. Tapi, kalau dipikir2kan balik, apakah kemurtadan Lina Joy disebabkan hebatnya Ambiga sebagai peguam bela, atau kemurtadan Lina Joy itu kerana berlakunya lompang2 dalam sistem perundangan kita? Ambiga ni kerjanya peguam. Ada orang yang mahu membayar, maka bekerjalah dia membela orang itu. Bagi gua, isu murtad ini harus kita tengok pada sistem dan perjalanan undang2 sekular dan sivil di negara kita. Dulu, Zulkifli Nordin merupakan orang yang sangat vokal dalam memperkatakan tentang gejala murtad dalam kalangan orang2 Melayu di Malaysia. Maknanya, gejala murtad ini memang berlaku. Tapi apa tindakan kerajaan? Nihil. Sifar. Tiada apa2. Dan tiba-tiba pula para penyokong kerajaan berkata-kata seolah-olah mereka berjuang untuk membendung gejala murtad. Sedangkan gejala itu sudah lama berlaku. Lama sebelum Ambiga menjadi peguam bela kepada Lina Joy. Lama sebelum rakyat bangkit bersama BERSIH.

Walaupun BERSIH mendakwa mereka bebas dari pengaruh mana-mana parti politik, tapi gua rasa parti politik telah menunggang di atas belakang BERSIH. Sedikit sebanyak BERSIH telah dipergunakan. Sama ada BERSIH berjaya atau tidak, dalam apa-apa keadaan sekalipun BERSIH telah berjaya dalam motifnya. Seluruh dunia tahu akan gerakan BERSIH yang mendakwa pergerakan itu ingin mendesak agar pilihan raya yang lebih bersih dan jujur terlaksana di Malaysia. Gua rasa Dunia bersimpati dengan BERSIH. Dan itulah yang gua katakan, BERSIH telah berjaya mencapai separuh daripada motifnya.

Walaupun kerajaan kata BERSIH tidak memberi apa-apa kesan, tapi gua mendengar dan membaca kenyataan itu sambil senyum-senyum. Kalau betullah BERSIH tidak memberi apa-apa kesan, apa kejadahnya setiap hari, setiap malam duk mencaci BERSIH? Buat apa nak amik port pada sesuatu yang tidak memberi sebarang kudis kepada kita?

“Perghhh...bro, macam lu sokong BERSIH jer ni....”

Dengar sini. Gua tak sokong mana-mana sahaja yang tidak bertamadun. Gua tidak sokong mana-mana yang bercakap dengan lidah biawak. Seperti mana gua was-was dengan penafian Pakcik Nuar dalm video seksnya, gua juga tak yakin dengan penafian Tok Najib dalam kes Altantuya dan kapal selam.

Secara peribadi gua tak sokong apa-apa juga yang menyebabkan terpecahnya kita di bumi Malaysia ini. BERSIH telah menyebabkan seorang hamba Allah kehilangan nyawanya. Tapi, cuba lu perhatikan. Kematian saudara kita yang seagama dan sebangsa dengan kita itu tidak menjadi riuh rendah seperti matinya Teoh Beng Hock. Tidak juga menjadi gegak gempita seperti kematian Kugan. Ada apek Kit Siang atau apek Guan Eng menyalak seperti mereka menyalak tentang kematian Beng Hock? Cuba lu bayangkan kalau yang mati pada hari itu bukannya orang Melayu yang beragama Islam. Cuba lu bayangkan kalau yang mati itu namanya Poh Kee Mak. Mahu satu dunia ini puak cina DAP menyalak dan memekik.

Jangan nanti kita ni yang menang bersorak, tapi akhirnya kampung sendiri yang tergadai. Jangan la lagi menjadi kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kita sudah memberi betis kepada mereka, jangan pula disuakan paha pula. Jangan sampai kita ini kalah jadi abu, menang jadi arang.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...