Jom kita berhimpun
bawa penyapu
bawa berus besi
bawa cangkul
kasi bersih itu longkang
di kuala lumpur
supaya air longkang mengalir laju
ibu aedes tak boleh bertelur
selepas dirogol bapak aedes.
Jangan lupa
bawalah kain buruk sama-sama
kasi kesat debu-debu
di atas kerusi empuk
supaya senang nanti
semua yang lapar kuasa
mengalas bontot masing-masing.
Mari kita berhimpun
berbalah sesama sendiri
peduli apa sama orang lain yang bertepuk tangan
asal kita sama-sama masuk dalam longkang.
Tanah yang kita ada ini
mari kita pecah-pecahkan atas nama perkongsian
kerana kita memang pemurah
kerana kita bangsa yang selalu memberi
tapi segan untuk menerim
Najib ka
Ambiga ka
Anuar ka
Haji Hadi ka
Kit Siang ka
tak akan hilang apa-apa
tapi kita yang di tepi longkang ini
yang selalu memegang penyapu
akhirnya disapu oleh penyapu sendiri atas nama pembersihan.
Kita yang hanyut dalam longkang
tak akan dikenang oleh sesiapa pun.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Friday, 8 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment