Kalau lu nak berarak, lu beraraklah. Itu lu punya cara. Gua hormat cara lu. Sama ada gua kata "ok" atau "Tak OK", itu gua punya hal. Lu punya hal, gua kasi respek. Tapi gua tak pula mahu minta lu respek gua punya hal.
Semua terpulang kat lu dude!
Tapi Bro, gua sedikit sedih la. Sebab kita semua yang serumpun ini tak berkongsi fahaman yang sama, maka kita tembak-menembak. Bila ada yang tak sefahaman dengan lu, lu kata orang tu tersesat jalan. Kemudian yang dikatakan tersesat jalan itu kata pula yang lu jadi keldai tunggangan. Beb, tak boleh ke kita berkelahi secara harmonis?
"Kalau dunia ini dihuni oleh orang yang baik-baik, dunia akan menjadi kaku"
Hahaha.... ok, gua setuju itu. Tapi janganlah sampai Raja pun kita keji kerana nampak seperti tak sehaluan dengan kita. Jangan juga para alim ulama kita nistakan kerana memberikan nas yang tak menyebelahi kita. Kalau raja sendiri pun kita keji, ulama sendiri pun kita nistakan, kita mahu ikut siapa? Mahu ikut bangsa lain?
"Bro, apa kejadahnya menangkap orang naik bas?"
Gua senyum. Gua garu-garu kepala. Yang diorang gatal tangan bawa t shirt ada gambar pemimpin PKM buat apa. Bawalah baju yang ada gambar Fasha Sandha bercoli masa kat Bali ke, atau baju yang ada gambar budak setengah masak menunjukkan buntut, atau pakailah baju yang ada gambar setan. Sesungguhnya gambar artis kita yang separuh bogel adalah lebih suci dari gambar Abdullah C.D.!
Gua sendiri pun, kalau tengok ada t shirt bergambar Chin Peng, bulu roma gua pun berdiri. Itu semua bola tanggung pak polisi untuk kasi hentam sama lu. Gua rasa bawa t shirt ada gambar PKM ialah strategi yang paling bangang. Lu pun tahu, betapa orang kita sangat allegik dengan komunis. Lu janganla berbicara tentang prinsip keadilan sosialisme atau komunisme, orang kita tak kan paham. Yang orang kita paham ialah bila poket menjadi semakin kempis. Hidup di negara ini yang memerlukan RM dan RM dan RM sahaja. Itu yang orang kita tahu. Kalau lu nak suruh orang sokong lu, lu bercakap la dengan bahasa yang mudah. Jangan dihurai tentang Das Kapital. Mak cik FELDA tak kan paham punya!
Lu paham ke apa yang gua nak kata?
Tak paham? Itu la. Dulu masa lu kecik2, orang pegi sekolah. Tapi lu pegi mandi sungai.
Yang lu minta 8 benda tu, memang gua setuju. Tapi gua sangat tersendu apabila kita sesama kita yang bergaduh. Memaki hamun saban waktu. Bangang. Bodoh. Tak pakai otak. Pencacai. Penjubur. Peliwat.
Adehdehdeh.... berpusing-pusing biji mata gua membaca kata-kata itu. Sebab 8 benda yang diminta, kita bertukar-tukar suka sama suka kata kejian. Sampai bila nak habis?
Bro, jom kita pekena teh tarik sama roti banjir kuah dal campur kari. Dengan gua, lu tak payah nak memaki hamun. Gua tak suka makian. Jangan maki gua. Nanti gua lipat-lipat lu jadi ketupat. Ingat, gua ada silat pulut sama silat air sirap. [oooo...persilatan gua tak terangkum dalam sekumpulan persilatan Omar Din yang mengancam untuk bersilat dengan penentang 1Malaysia]
Dude, kita kawan-kawan ... tak mahu lawan-lawan!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment