"Dude, apa lu pikir tentang BERSIH?", dia tanya gua.
Gua diam. Gua tak kata apa-apa.
"Weeiii... gua tanya, lu dengar tak?" dia tanya gua lagi.
"Dengar. Tapi malas aku nak layan. Layan Abang Besar KL Gangster lagi cun ma..." gua kata.
Dia buat muka tak puas hati. Gua tengok dia, gua nak tergelak. Muka poyo nak diubah-ubah jadi muka taiko. HAHAHA... memang tak boleh blah!
Kemudian dia kata, "Sah, lu ni memang sokong dacing senget".
"Bro, lu dah buat satu tuduhan melulu. Tu mala fide. Kalau gua saman, lu ada duit mau bayar gua juta juta?" kata gua.
Kemudian gua sambung, "Dalam politik Malaysia, gua ni penganut atheis. Gua bukan penyokong PiEm yang hari ni cakap boleh memekik di stadium sampai pagi, kemudian lepaskan sekandang polis menjadi orang gila main tembak-tembak air,"
"Dah tu, kompom lu sokong PR," kata dia.
"Tak," kata gua.
"Gua tak akan sokong apek dan asoi yang Malaysia Malaysian. Gua tak sokong parti yang skeptikal terhadap tulisan jawi. Gua tak sokong parti yang diam apabila para ahlinya memandang jijik terhadap songkok." kata gua.
"Ok la. Tapi gua nak tau juga pandangan lu tentang BERSIH," dia kata lagi.
"Nantilah," kata gua.
Nantilah dulu.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
sah memang ko tak sokong siapa2...tapi ko sokong sia si JEBATsdk...sia tau!
ReplyDeleteu dem rait bro! Gua tak sokong siapa2. Gua sokong Jebat Sandakan jer sebab Jebat Sandakan ada asam pedas paling best. Menjadi bertambah best sebab gua boleh sebat asam pedas itu tanpa bayaran.
ReplyDeletehahahaha..ok ka ba kalau kau....bro..apsal tukar talipun..gua tak dpt call
ReplyDeletennti gua sms no gua kat lu [tu pun kalau lu tak tukar nomor]
ReplyDelete