Tuesday, 12 July 2011

Diri lu bukan orang lain

Gua duduk-duduk sahaja. Sahaja duduk-duduk.

Peduli apa sama itu kebingitan. Tapi gua respek sama semua orang. So, takyah gaduh-gaduh, dan jangan heret gua pigi mana-mana penjuru. Gua ada penjuru gua sendiri. Dan gua senang dengan penjuru gua.

Gua sahaja duduk-duduk. Duduk-duduk sahaja.

Tiba-tiba dia datang entah dari mana. Bahu gua dicuitnya. Gua donggak kepala. Ada dia di mata gua.

"Dude, lu sudah sombong sekarang," kata dia.

"Pehal?" gua tanya.

"Langsung lu tak tegur gua. Gua main-main depan lu, lu buat-buat pejam mata," dia kata.

"Hek eh" kata gua.

Gua ketik-ketik jari. Sambil jeling-jeling. Entah apa yang gua jelingkan, gua sendiri tak tahu. Saja-saja rasa nak menjeling.

"Beb, meh sini gua nak sekolahkan lu." kata gua

Dia melopong. Mata terkelip-kelip.

"Lu kenal Ambiga?" gua tanya.
"Ada juga gua baca dalam tenet pasal makcik keling tu. Kenapa?" dia jawab dan dia tanya.
"Takder apa-apa," kata gua.
"Apa kaitan dengan kesombongan lu dengan makcik Ambiga?" dia tanya lagi.
"Memang takder kaitan apa-apa. Takder kaitan langsung," kata gua.

HAHAHAHA [bukan dia yang ketawa, ketawa itu ialah milik gua]

HAHAHAHA itu gua stopkan. Gua buat muka serius. Gua tengok dia.

"Sebenarnya, kesombongan gua itu ialah hasil dari kesombongan lu." kata gua.

"Gua tak paham," dia kata.

"Lu yang menjadi sombong. Maka gua pun terikut-ikut menjadi sombong," gua kata.

Kemudian dia kata, "Gua tak paham"

Gua senyap. Diam.

Beb, selalunya macam itulah dunia ini. Apa-apa yang kita buat, kita tak mampu meramal apa akibatnya. Selalunya kita pantas membuat solusi sendiri-sendiri. Selalunya solusi yang datang adalah dari kepijaran orang keliling. Kalau kita memberi sedikit ruang untuk kewarasan, menimbang dengan hemat setiap akal bicara, kita tak akan terkelam dan tertanya-tanya di kemudian hari. Pergi dan hilang, hilang kemudian pergi tidak akan memberi apa-apa musibah kepada orang lain. Hanya diri lu sahaja.

Diri lu sahaja. Bukan orang lain.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...