Monday, 7 March 2011

Terjemahan itu Ialah

"Bro, macam mana nak buat translation yang cun punyer?" tanya kawan gua.

Gua diam. Gua mencari-cari jawapan. Gua, kalau merenung mencari jawapan kepada sesuatu, gua akan merenung dalam-dalam. Dan selalunya gua suka memberi jawapan secara beranalogi.

Kemudian, gua bagi jawapan untuk soalan kawan gua tadi :

Terjemahan ini ibarat seorang perempuan. Kalau perempuan itu cantik, dia tak akan setia. Kalau perempuan itu setia, dia tak akan cantik!

Kawan gua tengok-tengok gua. Gua pura-pura menghirup teh tarik. Gua tau, dia tak paham dengan analogi gua itu.

"Dude, terjemahan ini melibatkan dua benda," kata gua.
"Apa dia dua benda tu?" kawan gua tanya.
"Satu, teks sumber. Orang kelantan cakap 'source text' " gua jawab.
"Lagi satu?" tanya lagi kawan gua.
"Teks sasaran. Atau orang jawa bilang 'target text' " jawab gua.

"Jadi, apa kaitan transalation dengan perempuan cantik?" dia tanya lagi.

Gua jawab, "kalau lu nak buat transalation yang cantik, lu jangan setia kepada teks sumber. Kalau lu setia kepada teks sumber, transaltion lu akan jadi tak cantik."

Berkerut dahi kawan gua dengan penerangan gua. Kalau dia tak paham, maknanya otak dia memang bukan dari jenis yang boleh membuat terjemahan yang baik.

"Lagi satu..." gua sambung.
"Kalau lu nak buat transaltion yang power giler, lu punya kepala kena tukar jadi ensiklopedia," kata gua.

"Huuuuhhhh.... tak payah la kalau camtu," kata kawan gua.

Dan gua pun terus mencicip teh tarik mamak. Dan teh tarik pun gua ada satu analogi kepada perempuan. Kalau manis sangat, kedua-duanya boleh memotong lu punya kaki!

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...