Bila sudah 12 tahun tidak bertemu, maka Mia pun berpung! pang! pung! pang! dengan gua.
Gua pun berpung! pang! pung! pang! dengan Mia.
"Bila cegu bilang, kalau terdampar kerusi ke belakang, terbungkam dengan kain purple menutup muka, Masria pun pelan-pelan turunkan kakinya," kata Mia.
Gua picing-picingkan mata, cuba mengingat semula.
Dan gua pun Ha! Ha! Ha! Ha!.... gua sudah ingat. Bayangan Masria yang suka bersila di atas kerusi semasa gua mengajar berputar macam cerita wayang dalam kepala gua. Dan gua rasa, sekarang ini Masria tidak akan bersila di atas kerusi semasa mengajar anak-anak muridnya.
Dan Mia sebut semula satu demi satu demi satu nama rakan sekelasnya.
Dan gua juga cuba menyebut semula satu demi satu demi satu rakan-rakan sekelas Mia.
Sehinggalah Mia menyebut tentang Gold Sea, dan nama A H A C A pula tersembur dari mulut gua.
"Cegu ada pernah jumpa dengan A H A C A? tanya Mia.
"Tak ada pun," gua jawab.
"Dia kerja kat ASTRO. Seksi habis dia tu sekarang, cegu," kata Mia.
Gua terbayang-bayang tentang A H A C A. Masa gua mengajar dia, kerudung yang dipakainya menutup seluruh bahagian dadanya. Selalu manis dengan baju kurungnya.
"Masa saya tanya dia, kenapa sudah banyak berubah..." Mia sambung lagi, "dia kata kalau tak pakai seksi susah mau dapat kerja di KL ni, kunun."
"Kalau cegu tinguk dia, mesti cegu tak percaya yang dia boleh berubah. Siap dengan berwarna biru sudah dia punya mata," kata Mia.
Gua hanya mendengar cerita Mia. Dan Mia terus bercerita, manakala gua terus mendengar.
****
Berbelas-belas tahun yang lalu, A H A C A berkerudung sangat elok, memenuhi piawaian kerudung seorang muslimat. Manakala Mia pula kadang berkerudung, kadang tidak. Tapi itu dulu.
Sekarang A H A C A bermata hitam yang biru, manakala Mia pula manis berkerudung. Memang jalan di dunia ini banyak lingkarannya. Masing-masing akan mencari dan memilih jalan masing-masing. Dan bagi gua, tidak semua perempuan yang berkerudung itu baik-baik belaka, tetapi perempuan yang baik akan sentiasa berkerudung.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment