*tik*
*tik*
*tik*
*tik*
Huuhhh....bongkahan glasier ini masih lagi menitis, tapi belum lagi mencair.
Tak apa, lu duduk dulu diam-diam di situ. Bancuhkan secawan kopi pekat untuk gua buat menongkat kelopak mata gua. Lu ada kacang? Selerakkan di atas kertas halaman akhbar lama, biar gua mengunyahnya satu-persatu.
Oh, apa yang telah berlaku di luar sana? Ombak gadang di Matahari Terbit! Kebetulan sekali. Kebetulan gua berada di dalam bongkahan glasier iklim dunia yang tak menentu. Iklim dunia yang telah mengkucar-kacirkan orbit Bumi, membawa ribut yang tak menentu, kelenyapan hutan-hutan berdaun lebat, beruang polar yang berkeringat di sebalik bulu kekapasnya... dan ada karikaturis kita yang mempersendakan kedukaan manusia lain.
Malang sekali!
*tik*
*tik*
*tik*
*tik*
Dan
gua
masih
berada
dalam
bongkah glasier!
(Empat musim monsun yang di luar kebiasaan, dua kali musim yang normal, menyebabkan banjir di India, Pakistan dan Bangladesh... England dan Wales mengalami tempoh paling basah antara Mei hingga Julai,, sejak data mula direkodkan pada tahun 1766. Pada hujung Julai, sungai-sungai yang melimpah telah mengancam tebingnya... Lewat bulan lalu di Sudan, banjir dan hujan lebat menyebabkan 23,000 buah rumah yang diperbuat daripada bata lumpur telah roboh, membunuh sekurang-kurangnya 62 orang. Musim hujan tahun ini muncul lebih awal dari kebiasaannya dan luar biasa lebatnya... Pada bulan Mei, ombak besar setinggi 15 kaki membadai 68 buah pulau di Maldives, menyebabkan banjir besar dan kerosakan teruk... Juga pada bulan Mei, gelombang bahang panas merentas Rusia... Tenggara Eropah tidak terkecuali dilanda gangguan cuaca luar biasa. Kawasan itu mengalami kepanasan yang telah memecah rekod untuk bulan Jun dan Julai... Musim sejuk luar biasa di Selatan membawa angin, dan ribut salji serta turunnya salji (jarang-jarang berlaku) di beberapa buah bahagian Amerika Selatan, dengan suhu turun mencecah sehingga 7 darjah di bawah sifar Fahrenheit (-22 darjah Celsius) di Argentina dan 0 darjah Fahrenheit (-18 darjah Celsius) di Chile pada bulan Julai. Pada bulan Jun, Afrika Selatan mendapat salji yang signifikan banyaknya untuk kali pertama sejak tahun 1981, iaitu hampir 10 inci (25 sentimeter) tebal di beberapa buah tempat di negara itu...)
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". (Yunus 10:22)
No comments:
Post a Comment