Sebaik gua masuk. Mia pandang gua. Gua pandang Mia. Gua kata "hai!" tanpa suara kat Mia. Mia balas "hai!" tanpa suara gua dengan senyumnya.
Sebaik selesai gua berusrusan dengan Hanani, gua ke meja Mia. Gua sengaja menyusur ke meja Mia dari belakang.
"Siapa nama? Buat apa di sini?" kata gua pura-pura bertanya.
Sambil tersenyum Mia jawab, "Nama saya Salmiah Binti Harun. Saya datang ke sini sebab ada kursus." Mia mengatur kata demi kata seperti anak sekolah yang disoal oleh cikgu matematik.
"Ha..ha..ha.." kata gua.
***
Kali terakhir gua bertemu dengan Mia lebih kurang 12 tahun yang lalu. Waktu itu Mia bergelar freshie di UKM. Gua pula belajar untuk kali kedua di sana secara separuh masa. Selepas 12 tahun baru gua berjumpa semula dengan dia.
***
"Kecil dunia ni kan, cegu. Pusing-pusing, jumpa semula", kata Mia.
Gua senyum.
Berbelas-belas tahun yang lalu, gua mengajar Mia semasa dia di tingkatan 6 rendah dan 6 atas. Mia seorang pelajar yang pintar, tetapi tak banyak suara. Yang paling gua suka tentang Mia ialah tulisannya. Tulisan Mia sangat cantik dan sangat mudah dibaca. Setiap kali gua menanda kertas ujian atau peperiksaan, gua selalunya akan memulakannya dengan menanda kertas jawapan Mia. Malah ketika Mia belajar di UKM, gua yang memintanya menulis nombor plat kereta gua pada sticker UKM.
***
Ketika kudapan, sementara menanti kursus disambung, gua pung! pang! pung! pang! dengan Mia. August, kawan Mia lebih banyak diam dan mendengar. Su, editor eksekutif ofis gua macam blur blur bila tengok gua pung! pang! pung! pang! dengan Mia.
"Dulu, Mia ni student saya," kata gua kat Su.
"Oooo..." jawab Su sambil tersenyum.
"Tapi tetap juga dipanggil cikgu," kata Mia.
"Iyer la bah. Nanti kalau kau panggil aku abang, lain pula jadi ceritanya..." kata gua.
"Ha..ha...ha.." kata Mia.
"Hi...hi...hi.." kata Su.
August pula tak ada suara. Hanya senyum-senyum sahaja.
***
Petang itu gua turunkan Mia di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Augustina juga ikut sama. Dalam hujan separa lebat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mia dan Augustina Early berlari-lari anak dari perut kereta gua ke kaki lima banjaran kedai yang menjual kain dan tudung.
***
Memang dunia ini sangat kecil, seperti kata Mia. Tetapi dunia tetap bundar dan masih lagi beredar di atas paksinya. Masih lagi mengitari Suria.
Dulu, gua mengajar Mia.
Sekarang, gua berkongsi kelas dengannya.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment