Dalam dewan yang nampak gah itu, TPM berpung! pang! pung! pang!
"Kita telah berjaya melangkaui sasaran yang ditetapkan" kata TPM.
Zzzzzzz.... baik punya lentok member di sebelah. Gua rasa yang sedang zzzzzzz itu ialah salah seorang cikgu sekolah.
"Ada cikgu-cikgu di sebuah sekolah pedalaman di Sarawak yang memberi kelas tambahan pada jam 5 pagi," kata TPM lagi.
Member yang sedang zzzzzz disebelah bukan setakat zzzzzz lagi. Tapi siap berdengkur ....krooohhhh...krooohhh...kroohhh...
"Kita akan memberikan 7000 ringgit kepada guru besar yang membawa kejayaan kepada sekolah," kata TPM.
Dari barisan belakang gua, gua dengar macam ni : "Yang mampusnya cikgulah. Cikgu besar dapat nama. Dapat duit lagi. Yang buat kerja bukan cikgu besar. Cikgu besar tukang kerah. Cikgu kecik yang tukang buat,".
Pagi itu, lebih 2 bilion diberikan kepada pengarah-pengarah pelajaran negeri. Masing-masing bangga memikul moque cheque yang sebesar anak lembu. Masing-masing tersengih-sengih ketika berganbar dengan TPM. Gua harap 2 bilion ringgit itu benar-benar pergi kepada anak-anak sekolah.
Dude, lu dah jadi cikgu sekolah balik ke?
Tak. Gua bukan kembali menjadi cikgu sekolah walaupun dulu ada kekasih yang kata "I lebih suka you jadi cikgu semula".
Habis kenapa lu selalu ada dalam majlis KPM?
Bro, bukan cikgu jer yang ada dalam KPM!
Dalam majlis yang memberikan 2 bilion hingget untuk sekolah dan pendidikan, gua lebih tertarik dengan awek koir!
Oh, yer, gua lupa nak kasi tau. Dengan ini, dengan penuh rasa bangga diri tahap melampau gua ingin mengkhabarkan yang muka gua telah secara tak sengaja terpampang di kaca tv3!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment