Nama dia Ibanez. Macam biasa, seperti juga orang lain, gua jumpa dia di alam maya. Gua tengok alamat dia, dia tinggal di Shah Alam. Dia kata, kalau mau jumpa dia, gua boleh SMS atau terus menelefon dia.
“Peluang baik ini,” gua kata dalam hati.
Gua menghantar SMS kat dia. Dan kemudian, seperti juga orang lain, gua dan dia saling berSMS. Gua hantar dia balas. Dia hantar, gua balas.
Kemudian, dia tanya gua, gua serius ke?
Gua kata, “ya”
Kemudian dia kata, gua mesti tengok dia dulu. Kalau gua rasa ok, dia pun akan ok sahaja. Sebab dia kata sudah lama menunggu.
Kemudian
Gua pergi ke Shah Alam. Gua nak jumpa dia. Gua nak tengok dia. Kali ini, gua nekad. Kalau gua rasa dia ok, gua tak peduli lagi. Gua mesti ambil dia. Gua dah bosan. Gua dah bosan sebab gua selalu hangguk-hangguk kepala sahaja. Gua dah bosan sebab gua tak tau apa yang gua mau buat bila kepala gua mendap ke bawah. Kalau dia ada, kurang-kurangnya gua boleh bercakap-cakap dengan dia. Boleh bermanja-manja dengan dia. Gua tau, dia akan sentiasa ada kalau gua maukan dia ada dekat dengan gua.
Kemudian
Gua parking kereta gua.
“Helo, ada kat mana?” gua tanya. “Oh, ok..” kata gua.
Dia sudah ada dekat situ. Dia tengah tunggu gua kat dalam kereta. Di situ juga.
Gua hampiri kereta yang dimaksudkan. Dia senyum. Pintu kereta dibuka. Gua tengok ke dalam kereta. Dia ada disitu. Menyandar pada kusyen kereta penuh santai. Gua membawa dia keluar. Kali pertama gua lihat, gua dah jatuh hati.
“Gua mau,” kata gua dalam hati.
“Ok, on. Tapi gua tak boleh bawa sekarang. Nanti gua bawa kemudian.” kata gua.
“Ok.”
Ibanez akan mengikut gua ke mana sahaja gua pergi nanti.
Dengan mekapnya D’marzio Evolution, Humbucker, Strap Planet Waves, Ritter, Boss Metalzone dan Marshall MGdfx, Ibanez akan menjadi teman gua yang paling dekat dengan gua nanti.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
wow..mau jadi phill campbell?
ReplyDeletegopenghagen
Dude,
ReplyDeletegua nak cari kekasih lama ni weh. Lama gua cari ni, cuma duit hantaran tak berapa nak ngam dulu.