“Lu sudah tau?”
“Dulu gua tatau, sekarang gua sudah tau”
“Tau…?”
“Gua sangat tau sekarang,”
“Lu sudah faham?”
“Dulu gua tak paham, sekarang gua sudah paham”
“Paham…?”
“Gua sangat paham sekarang,”
Noktah.
*pling*
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Tuesday, 30 March 2010
Friday, 26 March 2010
Meow..meow..meow...
Bila gua senyap, bila gua tak menconteng blog, bila gua tak buat apa-apa, bila gua menconteng pendek pada posting yang paling akhir, ada yang bertanya.
“Mengapa?”
Maka kata gua, gua malas. Gua malas nak menconteng. Gua malas nak menconteng kerana kadangkala contengan gua orang tak faham. Bila orang tak faham, orang membuat tafsiran yang pelbagai warna. Ada yang hitam, ada yang putih jernih.
Dude, sebenarnya macam ni:
Bila gua berjalan, gua jarang-jarang berpatah balik. Bila gua sampai ke destinasi, baru gua berhenti. Kalau gua lelah, gua akan duduk-duduk sahaja. Tapi gua tetap berjalan. Sama ada gua berjalan sambil bernyanyi, atau bernyanyi sambil berjalan, gua tahu gua sedang berjalan. Dan mungkin niat pertama pada langkahan pertama adalah untuk menuju ke destinasi yang gua jadikan destinasi. Tapi, di atas muka bumi ini ada pelbagai jalan dan lorong. Maka kalau gua sampai ke destinasi yang berbeza, gua tak akan terkejut.
“Mengapa?”
Jangan tanya gua mengapa sebab gua sendiri pun tak tahu. Rahsia yang sangat besar, barangkali.
Dude, gua nak pergi mencari kucing. Tapi kucing itu akan menaiki kapal terbang tak lama lagi!

Tuesday, 23 March 2010
HaLIMUnan
Jika
kamu
semakin jarang-jarang
melihat aku,
sebenarnya
aku
sedang belajar
untuk menjadi
halimunan.
Monday, 22 March 2010
Sujud
“Aku non muslim, bolehkah aku masuk?” dia bertanya. Langkahnya terhenti tiba-tiba. Betul-betul di hadapan pintu.
“Boleh, tiada masalah. Masuklah.”
Pintu surau dikuak, dua jasad itu terus masuk mengisi ruang surau. Banyak yang kosong. Surau yang sempit itu menjadi sangat luas akan kekosongan itu.
“Kau tunggu aku sekejap ya. Sekejap jer. Lepas itu kita ke library”
Dia senyum, sambil mengangguk-angguk kepala. Anak-anak rambut yang bermain di dahinya, dikuaknya sedikit. Tocang rambutnya dibetulkan dan dikemaskan.
Selama ini, dia belum pernah masuk ke surau. Dia hanya ke dewan gereja, menyanyi, berdoa dan memuja Jesus. Inilah kali pertama dia berada di dalam surau. Walau takut-takut [bimbang tidak dibenarkan sebenarnya], dia tetap berada di dalam surau kerana menemani rakannya untuk menunaikan solat.
Sambil menunggu, dia melihat-lihat rakannya itu menunaikan solat. Dia tidak terasa apa-apa. Hanya upacara ritual sahaja baginya. Tiada bezanya dengan apa yang dia lakukan sewaktu dia ke gereja. Melakukan ritual keagamaan.
Kemudian,
sewaktu kawannya sujud, dia terasa sesuatu.
“Waktu itu, aku terasa seperti ada air yang mengalir dalam tubuh. Nyaman dan menyegarkan,”
“Bila melihat dahi diletakkan di tempat yang paling rendah, aku dapat merasakan pengabdian hakiki makhluk terhadap Tuhannya.”
“Aku berkata dalam hati, inilah agama yang benar”
Kemudian,
dia ke sekolah seperti biasa. Tetapi sudah berperang dengan triniti yang dipercayainya selama ini. Buku-buku tentang Islam banyak yang diselongkar. Sedikit demi sedikit trinitinya mula mencair dan diganti dengan cahaya kebenaran.
“Dik, kakak sudah tidak percaya kepada agama ini.” Adiknya hanya mendengar kata-katanya itu.
Dan pada suatu masa yang lain, dia telah melangkah keluar dari rumahnya untuk mencari kebenaran dan dia tidak pernah berhenti semenjak hari itu.

Friday, 19 March 2010
a, b, c, d, E, f, g, h, i, J, k, l, m...
“Bro, lokasi?”
“Ofis”
“9.30 malam?”
“Ya”
“Buat apa”
“Tiada apa-apa”
“Tiada apa-apa?”
“Tiada”
“Bro!”
“Ya”
“Ada lu jumpa?”
“Ada”
“Lu buat apa?”
“Tiada apa-apa”
“Tiada apa-apa?”
“Tiada”
“Ada dia cakap apa-apa?”
“Ada”
“Apa?”
“Adalah”
“Ada?”
“Ada”
Dua aksara sedang datang…
dan gua kata “Welkam! Welkam!
“Ofis”
“9.30 malam?”
“Ya”
“Buat apa”
“Tiada apa-apa”
“Tiada apa-apa?”
“Tiada”
“Bro!”
“Ya”
“Ada lu jumpa?”
“Ada”
“Lu buat apa?”
“Tiada apa-apa”
“Tiada apa-apa?”
“Tiada”
“Ada dia cakap apa-apa?”
“Ada”
“Apa?”
“Adalah”
“Ada?”
“Ada”
Dua aksara sedang datang…
dan gua kata “Welkam! Welkam!
Thursday, 18 March 2010
Aku Tiada Jawapan untuk Pertanyaan Kamu, Maaf!

Pic hasil karya S.R
“Kenapa?” kamu bertanyakan aku apabila aku memeluk kamu.Tiba-tiba.
Aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku sangat suka memeluk kamu. Pada saat aku berbuat demikian, keikhlasan dan putihnya rasa itu dari jiwa kamu seperti meresap masuk ke dalam setiap pembuluh darah aku. Aku merasa yang kamu tidak akan pergi jauh-jauh dari aku kerana jasad kamu berada sangat hampir dengan jasad aku. Tiada sebarang aura kosong yang bertebaran di atas kepala aku atau juga di atas kepala kamu. Ketika itu.
Maka sebelum aku berkata apa-apa untuk memberi jawapan, aku sudahpun mengunci setiap patah kata, sebenarnya. Tiada kosa kata kosong tanpa makna yang bermain dan berlegar di atas permukaan tanah, di tengah angin atau di bawah dinding langit yang tujuh. Dan seperti seekor garuda yang baru pulang dari bermain dengan taufan, aku duduk-duduk menunggu di atas sebuah singahsana sambil memegang sebuah mahkota. Ketika itu.

Maaf untuk kamu kerana aku tidak ada jawapan kepada pertanyaan “kenapa?” yang kamu ungkapkan itu kerana sememangnya aku suka memeluk kamu.

Wednesday, 17 March 2010
Infiniti
“Sometimes…” kata pipit [cehhhh…pipit pun sudah mula mau beromong dalam bahasa PPSMI] “…hidup lu gua tengok seperti suatu permainan layang-layang.”
Dari dalam plastik kumal lutsinar berwarna merah muda, gua mengambil beberapa biji bunga matahari. Gua kopek dengan gigi depan gua. Isinya yang putih kekuningan gua kunyah dan telan. [Sebenarnya tidak perlu dikunyah isi yang putih kekuningan itu kerana jisimnya terlalu kecil, bisa ditelan begitu sahaja. Tapi itulah kehidupan, sudah ada norma yang tak tertulis tapi harus dipatuhi: sebelum dimasukkan apa-apa ke dalam perut, perlu dikunyah terlebih dahulu.]
Gua bersandar di atas kerusi plastik. Kedua-dua kaki, gua julurkan ke depan. Meletakkannya di atas palang pagar kayu. Pipit pula bertenggek di atas ranting, pokok kekabu.
“Woi, bro! Lu dengar ke tidak apa gua cakap tadi?” tanya pipit.
“Lu cakap apa?” gua tanya.
“Gua kata, hidup lu ni macam layang-layang!” kata pipit.
“Mmmm…layang-layang, I like it…hahahaha!” gua kata dalam lelucon.
Pipit memulas-mulas sayapnya, dan meletakkannya di pinggangnya yang sangat kecil. Aksi marah, kononnya.
“Lu dengar sini, lu macam layang-layang. Di biarkan lepas bermain angin di atas. Tapi lu tak boleh pergi ke mana-mana. Lu hanya boleh bermain angin di situ sahaja. Bila lu cuba pergi ke kanan, angin-angin menarik lu ke kiri. Bila lu cuba pergi ke kiri, angin-angin akan menarik lu ke kanan pula. Kemudian lu statik. Lu mau naik ke atas mencari angin dan bermain dengan angin yang tinggi, tali lu akan terentap ke bawah. Bila lu mau turun ke bawah, mencari padang untuk berlabuh, tali lu pula dilepaskan.” kata Pipit. Bulat mata Pipit memandang gua.
Gua tengok pipit. Gua kata, “Pit, gua tengah melihat. Gua sedang belajar. Belajar untuk lebih memahami. Membuat sesuatu secara huhahuhah tidak akan membawa gua ke mana-mana. Sebab itu lu tengok gua seperti statik.”
“Huhhh…!” kata Pipit.
Pipit terbang, semakin lama semakin jauh dan kemudian ditelan ufuk langit.
Dari dalam plastik kumal lutsinar berwarna merah muda, gua mengambil beberapa biji bunga matahari. Gua kopek dengan gigi depan gua. Isinya yang putih kekuningan gua kunyah dan telan.
Lagi.
*PAUSE*

Monday, 15 March 2010
Gua Rasa Gua Sudah Menemuinya
Nama dia Ibanez. Macam biasa, seperti juga orang lain, gua jumpa dia di alam maya. Gua tengok alamat dia, dia tinggal di Shah Alam. Dia kata, kalau mau jumpa dia, gua boleh SMS atau terus menelefon dia.
“Peluang baik ini,” gua kata dalam hati.
Gua menghantar SMS kat dia. Dan kemudian, seperti juga orang lain, gua dan dia saling berSMS. Gua hantar dia balas. Dia hantar, gua balas.
Kemudian, dia tanya gua, gua serius ke?
Gua kata, “ya”
Kemudian dia kata, gua mesti tengok dia dulu. Kalau gua rasa ok, dia pun akan ok sahaja. Sebab dia kata sudah lama menunggu.
Kemudian
Gua pergi ke Shah Alam. Gua nak jumpa dia. Gua nak tengok dia. Kali ini, gua nekad. Kalau gua rasa dia ok, gua tak peduli lagi. Gua mesti ambil dia. Gua dah bosan. Gua dah bosan sebab gua selalu hangguk-hangguk kepala sahaja. Gua dah bosan sebab gua tak tau apa yang gua mau buat bila kepala gua mendap ke bawah. Kalau dia ada, kurang-kurangnya gua boleh bercakap-cakap dengan dia. Boleh bermanja-manja dengan dia. Gua tau, dia akan sentiasa ada kalau gua maukan dia ada dekat dengan gua.
Kemudian
Gua parking kereta gua.
“Helo, ada kat mana?” gua tanya. “Oh, ok..” kata gua.
Dia sudah ada dekat situ. Dia tengah tunggu gua kat dalam kereta. Di situ juga.
Gua hampiri kereta yang dimaksudkan. Dia senyum. Pintu kereta dibuka. Gua tengok ke dalam kereta. Dia ada disitu. Menyandar pada kusyen kereta penuh santai. Gua membawa dia keluar. Kali pertama gua lihat, gua dah jatuh hati.
“Gua mau,” kata gua dalam hati.
“Ok, on. Tapi gua tak boleh bawa sekarang. Nanti gua bawa kemudian.” kata gua.
“Ok.”
Ibanez akan mengikut gua ke mana sahaja gua pergi nanti.
Dengan mekapnya D’marzio Evolution, Humbucker, Strap Planet Waves, Ritter, Boss Metalzone dan Marshall MGdfx, Ibanez akan menjadi teman gua yang paling dekat dengan gua nanti.

Hidup Sangat Rencam, Namun Mereka Tetap Satu di Mata Gua
Gua kata, “Yang spesel punya,” setelah Juedaria bertanya gua apa yang gua mau minum.
“Orait, cikgu!” balas Jue.
Juedaria, antara pelajar gua yang sulung. Masa dia memakai baju kurung putih, berkain biru dan duduk-duduk di kerusi kelas tingkatan 6, dia selalu bercerita-cerita dengan gua. Jue seorang yang “gembira pergi bertuah” (happy go lucky). Waktu itu, bila gua selalu cerita-cerita dengan dia, dan dia selalu cerita-cerita dengan gua, gua kata dalam hati “gadis ini akan mampu meneroka ke dunia yang sangat jauh”. Dan hari ini, tuan punya Warung Mak Minah ini sudah berada di separuh dunia yang gua katakan bertahun-tahun yang lalu. Ada separuh lagi dunia yang dia belum sampai. Tapi gua tahu dia akan sampai juga, suatu hari nanti.
Sementara menunggu ‘yang spesel punya’ sampai, gua bersantai-santai. Yunus menjadi peneman.
“Sibuk sangat ke durang tu?” gua tanya Yunus.
“Tatau la cigu. Saya sudah kasi tao sama durang tu, cigu ada datang sini,” Yunus jawab.
Gua bersandar, melepaskan pandangan ke sebuah karaoke di seberang jalan.
*
“Nanti lepas kamu tutup kedai, kita pegi karaoke yer Jue,” kata gua, lelucon.
“Bulih ba cigu. Cigu mau nyanyi lagu apa?” tanya Jue. Suami Jue senyum-senyum melihat isterinya ‘bermanja-manja’ dengan gua.
“Tu la masalahnya. Lagu yang saya tau nyanyi ndada dalam list,” kata gua.
“Apa juga lagunya tu cigu?” tanya Jue.
“Cromok,” kata gua.
“Hahahahaha…mimanglah ndada,” balas Jue.
Itu ialah dialog gua dengan Jue pada hari sebelumnya, sewaktu gua mula-mula melangkah kaki ke premisnya.
*
Kemudian, Yunus memandang gua. Dia kata, “Durang segan atau malu mungkin.”
Gua memandang Yunus, “Kenapa?” gua tanya. Gua memang tertanya-tanya. Dulu, mereka ini sering duduk sebangku dengan gua di bawah pokok semarak api hadapan bilik guru. Bercerita tentang apa-apa saja. Kenapa harus disegankan sekarang?
“Mungkin durang segan sebab hidup durang nda begitu berjaya. Ada yang bekerja biasa-biasa jak. Ada yang kehidupan peribadi yang tidak begitu memberangsangkan. Berkahwin kemudian bercerai. Entahlah cigu, macam-macam bah,” kata Yunus.
Sekali lagi gua menyandarkan badan gua di kerusi. Dalam kotak kepala gua, gua terbayang wajah-wajah mereka. Memang mereka merupakan generasi yang paling awal dan menjadi generasi yang paling lama gua tinggalkan. Tapi generasi merekalah yang paling banyak melekat di kotak kepala gua. Bagi gua, sama ada mereka itu ialah seorang kontraktor besar seperti Yunus, atau tuan punya restoran seperti Juedaria atau tuan punya perusahaan mengeksport makanan laut seperti Ritahudeen, ataupun hanya seorang buruh kasar di ladang kelapa sawit atau pemandu teksi, mereka tetap sama bagi gua.
*
Jue membawa ‘yang spesel punya’ dan kemudian diletakkan di hadapan gua.
“Ini spesel untuk cigu, saya buat sendiri,” kata Jue.
Gua senyum sambil menghangguk kepala.
“Cigu makanla ba…” kata Jue.
Gua senyum dan kata “Tadi di restoran si Yunus pun saya makan ikan pari jak. Penuh sudah perut saya ni. Tak ada ruang kosong lagi.”
“Ok, tak apa. Lepas ni cigu kena makan pula,” kata Jue.
Gua senyum dan hangguk kepala.
*
“Bro, gua nak jumpa dengan diorang. Gua mau lu kasi atur dan plan baik-baik bila gua balik Sandakan lagi,” kata gua.
“InsyaAllah cigu, nanti gua aturkan,” balas Yunus.
Kemudian, gua menghirup ‘yang spesel punya’ bikinan Juedaria. Sangat lazat rasanya kerana ‘yang spesel punya’ itu dibuat sendiri oleh Juedaria, yang dibancuh dengan keikhlasan seorang pelajar terhadap gurunya walaupun sudah tidak berjumpa dalam tempoh yang sangat lama.

Thursday, 11 March 2010
Diri Gua ialah Diri Gua yang Itu
Gua pun balik.
Balik kepada muzik-muzik yang mengaum dengan lebih akrab. Balik kepada rambut gua yang panjang. Balik kepada jeans gua yang lusuh. Balik kepada t shirt gua yang berwarna hitam. Balik kepada sepatu gua yang carik dan buruk. Balik kepada warung-warung berdebu yang penuh dengan para tikus. Balik kepada seniman jalanan yang berjuang tentang ikhlasnya seni. Balik kepada lorong-lorong belakang yang hanyir dan hapak. Balik kepada bukit-bukit dan hutan rimba. Balik kepada syair-syair lama tinggalan jauhari. Balik kepada bait-bait sajak nukilan para seniman.
Gua pun membelek kembali kertas-kertas seni yang pernah gua conteng. [Cehhh…seni konon!] Gua kembali mencari aksara-aksara terselit dan bocor binaannya. Kembali mentafsir bahasa dan bau alam. Kembali mencari manusia untuk mengenal manusia dan berbicara tentang manusia.
Gua pun balik
kerana gua tidak mahu menjadi pelari yang berlumba untuk sama-sama mencecahkan dada pada sehelai reben yang sama, tidak mahu berlari di atas padang yang sama, tidak mahu menarik nafas pada helaan yang sama, tidak mahu menukar rentak pada ritma yang sama, tidak mahu menamatkannya pada titik penamat yang sama. Maka gua kata, “gua bukan bersaing dalam dunia yang gua lakukan secara jujur dan ikhlas”.

Tuesday, 9 March 2010
Sewaktu Kamu Sedang Lena, Aku Suka Melihat Kamu
Aku suka melihat wajah kamu sewaktu kamu terpejam lena dan sedang bermain dengan mimpi. Di kulit mulus wajah kamu itu terbayang satu kesejukan yang sukar untuk dirungkai dengan baris kata-kata. Di pelupuk mata kamu yang sedang terpejam lena itu tercitra suatu kehidupan. Aku ternampak kepedihan, ada juga keperitan yang sangat dalam. Maka dalam kesenyapsunyian yang tenggelam itu terhimpun pula alur-alur masa depan yang tak menentu yang mengapung perlahan-lahan dan semakin pudar tatkala hampir ke atas.
Aku suka melihat wajah kamu sewaktu kamu terpejam lena dan sedang bermain dengan mimpi. Dan aku cuba berjalan di birai bingkai mimpi kamu yang retak cerminnya dan merasa hangat darah yang mengalir dari jari kamu. Dengan hujung jari, aku menyentuh rambut-rambut kamu yang menumpang tidur di atas pipi dan hujung dahi kamu.
Maka salahkah aku, bila aku suka melihat kamu sewaktu kamu sedang lena dan bermain-main dengan mimpi?

Monday, 8 March 2010
Farewell n Memories
Cromok memang bermain dengan muzik dan lagu yang keras dan mengaum. Tapi gua suka. Gua suka sebab muzik dan lagu Cromok ada attitude. Muzik Cromok ada energy. Sejak dari zaman Sam, Miji, Karl dan Din sebagai line up, gua dah follow Cromok.
Kemudian Din belah dari Cromok dan menubuhkan D’Cromok, gua masih follow Cromok. Gua cuba juga layan D’Cromok, tapi muzik D’Cromok tak semantap Cromok. Lagipun vokalist D’Cromok tak sehebat Sam.
Kemudian, Karl pula yang belah. Hillary Ang, salah seorang pemain gitar hebat di Malaysia pula masuk dan mengambil posisi yang pernah ditangani oleh Din dan Karl.
Dan sekarang ini, Cromok dah senyap. Tak tahu apa perkembangan mereka. Tapi Cromok tetap menjadi god father kepada muzik bergenre thrash di Malaysia.
Kadang-kadang, di telinga gua seperti ada Sam yang sedang meraungkan lagu Farewell:
There`s a life and time i know

I said farewell to myself before i go
Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to my trouble
I`m above me
Dan juga lagu Memories ini:
I`m not angry with life
Dan juga lagu Memories ini:
I`m not angry with life
I`m just bewildered chains of uncertainty
Are holding me down
Where am i to go
Who am i to blame
What am i to do
God, am i insane?
Friday, 5 March 2010
Di Pantai Pasir Putih, Bulan Bercermin

Mas melakukan kerjanya lagi. Gua memang suka dengan gambar-gambarnya. Bagi gua ini ialah hasil seni.
“Gua suka dengan gambar-gambar lu, Mas,” kata gua.
“Kenapa cikgu suka?” Mas tanya gua.
“Lu punya gambar, ada roh,” kata gua.
Dalam hasil seni Mas itu, banyak metafora yang tersirat. Gua tak peduli sama ada hasil seni Mas sudah kena Photoshop. Yang gua suka tengok, komposisi objek dan lay out objek tersebut.
Seperti hasil seni di atas, gua tengok objek utamanya ialah laut. Ada bulan (mulanya gua ingatkan matahari yang hampir terbenam sebelum Mas menjerkahnya “Itu bulanlah cikgu!”), ada objek kapal bercahaya yang sayup-sayup, muka laut yang nampak tenang, dan refleksi cahaya bulan.
Bagi gua, bulan yang bercermin di pantai Pasir Putih itu hasil seni yang ada bahasanya. Muka laut nampak tenang dan sejahtera. Tapi bulan tidak selamanya akan bergayut di langit itu. Ketika bulan bergayut, muka laut pula tenang, maka semuanya nampak cantik. Tapi kalau muka laut bergelora di musim tengkujuh, bulan akan bersembunyi dan muka laut tidak akan menjadi cermin lagi. Semuanya akan menjadi kosong dan gelap pekat.
Saling tak tumpah seperti suatu kehidupan.
Bulan yang bercermin di muka laut Pasir Putih itu sarat dengan cerita.
Thursday, 4 March 2010
Kutu Rock Versi budak sekolah rendah
Masa gua pergi sekolah rendah, pakai seluar pendek dan rambut berkilat belah tepi, masa tu zaman Jamal Abdillah dan Sudirman tengah jadi ikon dunia nyanyian.
Tapi ketika kawan-kawan tengah rancak menghafal lagu Jamal Abdillah atau Sudirman, gua memang tak berapa ngam dengan superstar tersebut. Gua tak tahu kenapa. Kalau gua dengar lagu durang, gua rasa macam lembap semacam.
Jadi masa tu gua dah layan lagu-lagu keras. Mak gua kata lagu yang dinyanyikan oleh hantu!
Salah satu group yg gua selalu layan ialah Kiss. Kira group ni merupakan group yg paling brutal dari segi penampilan. Muka conteng-conteng, pakaian penuh dengan besi. Imej durang memang ganas tahap hantu raya. Gene Simon selalu menjelirkan lidahnya yang kadang2 ada 'darah' menitik. Gitarnya pula ada pelbagai design, yang paling femes berdesign kapak. Tapi muzik durang mempunyai influence disko yang agak kental. Maklumlah, zaman tu zaman disko.

AC DC juga salah satu group yang gua layan. Kalau dibandingkan dengan KISS, muzik durang lagi powerful. Tapi ada yang kata group ni anti Kristian. Kononnya AC DC tu akronim kepada Anti Christian Devil Child. Kononnyalah, gua tak tau. Tapi gua tak kisah sebab gua masa tu budak-budak yang tak tau apa-apa pun. Gua masa tu masih lagi berada pada level suci murni. AC DC ni masih lagi aktif sampai sekarang, sama juga dengan KISS.

Pink Floyd sebuah band yang agak sempoi muziknya. Kalau versi baru, gua rasa Nirvana ada terinfluence dengan band ini. Muzik Pink Floyd lebih kepada gabungan antara heavy dengan ada sikit-sikit bunyi grunge, atau masa itu dipanggil New Wave.

Motorhead gua paling suka muziknya. Band ini muncul tak silap gua pada akhir-akhir 70-an. Tapi sampai sekarang band ini masih aktif. Gua masih lagi layan muzik durang sampai sekarang.

Queen pula sebuah group yang membawa aliran muzik tersendiri. Gua rasa, Queenlah yang menjadi pelopor kepada muzik rokestra. Salah satu yang gua tertarik dengan group ni ialah lirik yang terdapat dalam lagu durang. Lu boleh jumpa perkataan 'Allah', 'Bismillah', "Ibrahim'. Tapi yang lecehnya Fredie Mercury tu gay dan mati sebab kena AIDS...hampeh betul mamat tu!
Masa gua pegi sekolah pakai seluar pendek, rambut berkilat belah tepi gua dah jadi kutu 'versi kecil' yang layan muzik-muzik keras.

Tuesday, 2 March 2010
Tanpa Ucap Selamat Tinggal Biasa, Seperti Selalu, Dia Berjalan Pergi.
Tanpa ucap selamat tinggal biasa, seperti selalu, dia berjalan pergi.
Dia menyoal gua. Kenapa tidak mencuba untuk berada di atas padang itu? Gua memberitahu kepadanya bahawa gua tak tahu. Untuk berlari dan mencium bau-bau rumput bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan begitu sahaja. Kalau lu rasa mau berjalan di atas rumput, maka lu terus memijak dan berjalan di atas rumput itu, merasai dingin embun yang kemudiannya meresap masuk melalui salur urat saraf dan berkembang biak terus ke nadi dan jantung.
Bukan begitu.
Dari atas padang ini gua memberitahunya, jangan tinggalkan embun yang dibikinnya. Tolonglah bawanya pergi bersama-sama dengannya. Pada hujung rumput-rumput itu yang berbaur dengan bunga lalang, bawalah embun itu. Jangan tinggalkan walau setitik pun.
“Kau keringkanlah embun itu,” dia kata.
“Aku tak tahu bagaimana mau mengeringkannya,” gua kata.
Dia memandang gua. Gua mendongak melihat awan.

Dan gua ingin berehat sekali lagi, hari ini.

Monday, 1 March 2010
Starbuck, One Utama
Di satu penjuru dalam ruang Starbuck, One Utama, gua tengok dia sudah menanti di situ. Dia mengangkat sedikit tangannya, melambai. Gua membalasnya dengan senyum.
“U, tak pernah nak sampai awal,” dia kata.
Gua senyum.
“Sori,” kata gua.
“Nak kata jalan jem lah tu yer..” dia kata.
Gua senyum.
Pukul 5 petang, Jalan Templer ke Bandar Utama memang akan sendat dengan kenderaan.
Gua menarik kerusi. Duduk di hadapannya. Aroma capucino pekat di hadapanya merembes ke deria bau gua.
Agak lama gua tak berjumpa dengan dia. Mungkin sudah hampir empat tahun.
“Nasib baik I jumpa Pae. Dia yang bagi contact number u,” dia kata. Matanya hinggap ke mata gua. Gua melepaskan pandangan gua ke luar dinding kaca.
“Tu pun dia takut-takut..” dia kata lagi.
Gua senyum.
“Nah..” dia kata sambil menghulurkan satu beg kertas kecil cokelat kat gua.
“Apa ni”” gua tanya.
“Tengoklah,” dia kata sambil senyum.
Gua ambil. Ada seutas jam di dalamnya.
“U kan suka black color,” dia kata. Gua tengok jam itu. Hitam.
Dia masih ingat warna yang gua suka.
“Limited edition. Ada 200 unit sahaja yang dikeluarkan. I bought it kat sana,” dia kata lagi.
“Kenapa U pergi NZ? Study?” gua tanya dia.
“Taklah, saja-saja mengambil angin kat sana..” dia kata. Intonasi suaranya mendatar. Macam ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya.
“Ambil angin?” gua tanya.
Kali ini dia pula yang memalingkan mukanya ke luar dinding kaca.
“I tolong uncle I kat sana. Dia ada architecture firm kat sana. Sambil ambil angin, dapat pengalaman. Duit juga masuk,” dia kata.
Gua diam.
“U nampak kurus,” tiba-tiba dia kata kat gua. Matanya serius memandang gua.
“Takkan diet kot..” dia kata lagi.
“Hahahaha…mana ada diet!” kata gua di celah-celah ketawa.
“Tak cukup makan barangkali..” kata gua, lelucon.
Dia memandang gua. Kedua-dua tangannya memeluk dirinya sendiri. Dia menyandar di kerusi. Dia memandang gua dengan pandangan yang serius. Apabila dia memandang gua begitu, gua menjadi serba salah.
“Oklah, saya kurang makan sekarang ni. I admit it. Selera macam sudah kurang. Pagi-pagi saya tak pernah bersarapan pun” kata gua.
“Takkan la sibuk sangat, nak bersarapan pun tak sempat,” kata dia.
“6.30 pagi saya harus keluar dari rumah. Hantar anak-anak pergi sekolah. Kemudian meredah kesesakan jalan raya. Hampir jam 8 baru saya sampai ke ofis. Tak sempat. Memang tak sempat bersarapan di mana-mana,” kata gua.
“Hmmm…so, memang u tak sarapan every morning?”
Gua senyum sambil mengeleng kepala.
“Tapi, kalau tak sarapan takkanlah u nampak susut begini..” dia kata lagi. Seperti tak berpuas hati dengan jawapan gua.
“Saya memang kurang makan sekarang ni, macam kurang selera.” kata gua.
Dia merenung gua dan berkata, “What’s wrong with U?”
“Tak ada apa-apalah..” kata gua.
“U are lying to me.. U are hiding something from me.” dia memerangkap gua dengan kata-kata itu.
Gua hanya senyum dan berkelip-kelip.
“U ada masalah dengan famili U?” dia tanya.
“Hahahaha…tak ada langsunglah..” kata gua.
“Kerja U..?” dia tanya lagi.
Gua geleng kepala.
Dia diam. Capucino di hadapannya belum lagi disentuhnya.
“Siapa dia?” tiba-tiba dia bertanya kat gua.
Gua termanggu-manggu.
“Who is she?” sekali lagi dia bertanya.
“Siapa?” gua tanya.
“U know what I mean…” dia kata.
Gua diam. Tak tahu apakah perkataan terbaik yang harus disusun untuk menjadi satu ayat, ayat yang boleh menyebabkan dia faham.
“Jo Ann, saya sendiri tak tahu apa yang harus saya beritahu kat U,” kata gua.
“Yup…hidup ini macam teka silang kata. Ada pembayang yang diberi, tapi kadang-kadang kita tersilap memberi jawapan,” kata dia.
Dia diam. Gua diam.
Dia mencicip capucinonya perlahan-lahan. Menikmatinya dengan penuh santai.
“U tak pernah nampak apa yang ada…” dia kata.
Kemudian dia diam lagi.
“Johana…” gua kata. Separuh.
“Jo Ann la…” dia kata, sambil mengenyit mata dan tersenyum.
“Johana a.k.a. Jo Ann..” kata gua
“Hihihi..” dia ketawa kecil.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dari dalam Cooper peraknya, dia menggerak-gerakan jari-jari runcingnya. Melambai. Cermin keretanya diturunkan separuh. Semasa Cooper perak itu bergerak, Jo Ann memberi senyuman dari ulas bibirnya. Matanya yang agak kecil dan runcing di hujung banyak diambil dari ibunya, seorang wanita Cina. Dia melihat gua dengan matanya yang kecil dan runcing di hujung itu.
“U jangan kata ‘bye’, I belum pergi lagi,” dia kata tiba-tiba.
Gua senyum sambil mengangkat tangan.
Gua menghantar Jo Ann dan Cooper peraknya dengan mata. Sampai di satu simpang, Jo Ann dan Coopernya membelok ke kanan.
Gua berjalan ke kereta sambil tangan kiri gua memegang seutas jam tangan hitam, pemberian dari Jo Ann atau gua juga memanggilnya sebagai Johana, namanya yang sebenar.

Kehampehan Gua
“Dulu, cikgu pernah merajuk dan tak masuk kelas kami,” dia kata.
“Hah..?” gua tanya.
“Ada ke?” gua tanya lagi.
“Ada bah cikgu. Cikgu lupa suda ka?” dia bagi tau dalam pertanyaan.
“Lupalah. Yang mana hah?” gua tanya lagi.
“Hari tu saya nda masuk kelas cigu. Saya sibuk dengan kerja-kerja persatuan. Lepas tu cigu pergi tingok kami kat dalam bilik persatuan. Cigu nampak marah,” dia kata.
“Oh, yang itu. Memanglah saya marah. Kalau siapa-siapa yang tak masuk kelas memang saya marah,” kata gua.
“Kamu datang sekolah kerana nak cari ilmu. Kalau semua asyik datang ke sekolah kerana nak buat kerja lain, baik tak payah datang,” kata gua.
Kemudian dia kata lagi, “Semua kawan-kawan suruh saya pigi pujuk cigu supaya masuk kelas. Tapi saya nda mo.”
“Jadi, apa yang jadi?” gua tanya.
“2 hari cigu nda masuk kelas,” dia kata.
“Hahahaha…tu la kamu. Cuba kamu pergi minta maaf dan kata ‘I love u cigu’, mesti saya akan masuk kelas,” gua kata sambil ketawa. Ketawa yang sangat besar.
“Kalau saya pigi cakap macam tu, saya dah duduk dengan cigu sekarang ni…” dia kata.
HAHAHAHAHA…gua kata!
* hah* duduk dengan aku?
Tiba-tiba gua teringatkan pertemuan gua dengan Pat, student gua masa kat KK hari tu. Dia kata gua lambat membaca signal yang dia hantar.
“Cikgu, cikgu ingat kitorang main-main ke bila bagi tau yang si anu tu ada cita-cita sama cigu?
Kata pula si anu tempoh hari.
*Hah*
Kadang-kadang gua lupa, gua berurusan dengan pelajar gua yang berusia akhir belasan tahun, dan gua melayan dan bergurau senda dengan mereka tanpa gua sedar mungkin ada yang terlebih masuk ke sempadan yang gua bina. Dan gua terlupa, sempadan itu hanyalah untuk gua dan bukan dibina untuk mereka.
Kadang-kadang gua hampeh!

Di Atas Awan

Pic : Mas Mohd Yunus
Di atas awan itu, yang mengapas, gua bertemu dia lagi.
Sekarang, kalau gua bertemu dan bercakap-cakap dengan dia, gua harus pergi ke sebuah taman khayalan. Ada pokok kekacang yang ditanam seorang kenit, berbulu mata lebat putih. Pokok kekacang itu mempunyai batang-batang yang berselirat dan terus melingkar ke atas awan.
“Hai..” gua kata. Dia sedang berayun-ayun di atas awan. Kedua-dua kakinya berjuntaian ke bawah.
“Lama aku panggil, kenapa kau baru tiba?” dia tanya. Seperti merajuk.
Gua senyum.
“Aku mencari pokok kekacang itu. Sudah beralih tempat,” gua kata.
Gua menyapu titis wap yang melembapkan pipi dan rambut gua.
Bila gua tak berkata-kata, dan dia tak berkata-kata, di awan itu menjadi sangat bisu dan sunyi.
“Kau tak rasa sunyi, tinggal seorang diri di atas awan?” gua tanya.
Dia tak menjawab. Kakinya tetap berayun-ayun, santai.
“Aku tau,” kata gua
“Tau apa?” dia tanya.
Kali ini gua pula yang diam. Awan-awan bergerak perlahan. Gua memilih sebongkah awan dan duduk di situ. Betul-betul menghadap dia.
“Aku penat,” kata dia.
“Memang penat kalau kau asyik berlari,” kata gua.
“Janganlah berlari. Kau duduk-duduk sahaja di situ,” kata gua lagi.
Gua diam. Dia diam. Di awan itu menjadi sangat sunyi dan bisu.
“Masih banyak air hujan di sini. Kalau kau terjumpa satu mata air hujan, yang sangat jernih, boleh menghilangkan haus kau, boleh menyejukkan kau sewaktu musim kemarau, boleh mendodoikan kau waktu kau mau lena, boleh bawa kau ke sana dengan selamat, kau pilihlah telaga itu,” kata gua.
Dia diam. Masih lagi bermain-main dengan kakinya yang dijuntaikan di bawah.
“Nanti kalau mata air hujan itu sudah ada, kau cari angin, kawanku itu. Pesankan sama angin agar memberitahu aku yang kau sudah jumpa telaga itu. Dengan itu aku akan segera turun dari awan ini dengan gelungsur pelangi yang aku tahu sudah lama menunggu,” kata gua.
Dia diam.
Gua diam.
Di awan itu menjadi sangat bisu dan sepi bila tiada suara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...