Monday, 14 September 2009

Shamsul Marabang

Dia datang sambil menjabat tangan setiap guru.
“Terima kasih cikgu. Saya berjaya kerana didikan cikgu,” begitulah yang dia ucapkan kepada semua guru.

“Terima kasih cikgu kerana mengajar saya,” dia kata sambil mengengam tangan gua. Sangat erat. Sangat terasa akan keikhlasannya.

Dia ialah antara pelajar gua yang paling baik. Sangat menghormati guru-guru.

Dia datang menjabat tangan gua selepas mengambil keputusan STPMnya. Dia lulus dengan cemerlang. Semua pelajar mengidam keputusan sepertinya, tetapi tidak semua mendapat keputusan seperti dia.

Selepas itu, seorang demi seorang rakan-rakan dia yang lain datang ke sekolah. Mereka mulai membuat urusan untuk ke IPT.
Gua tunggu dia. Tetapi dia tak datang.

Selepas dia mengucapkan terima kasih kepada semua guru, dia seperti terbang entah ke mana.

“Mana Shamsul?” gua tanya kepada rakan-rakannya yang sedang sibuk mengisi borang.
“Inda tau bah cigu,” kata mereka.
“Dia inda minta ke mana-mana?” gua tanya.
“Entahlah cigu. Dengar-dengar dia ada masalah dengan dia punya ic,” kata mereka.

Seperti banyak anak-anak Sabah yang lain, dia juga terperangkap dalam lingkaran tersebut. Gua lihat ini bagaikan suatu warisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Yang ada IC pula tidak berstatus bumiputera.

Kadang-kadang gua lihat, bangsa imigran di sana lebih beruntung. Kahwin sahaja dengan orang Kadazan, maka warisan mereka layak digelar bumiputera. Mereka ialah bumiputera yang menyambut Tahun Baru China saban tahun. Terlalu sinis!

Tetapi, dia yang urat nadinya mengalir darah rumpun Melayu, bagaikan tersisih di tanah ini. Dia bukan bumiputera lantaran leluhurnya dikatakan datang dari Kepulauan Sulawesi.

Dia ialah suatu manifestasi yang mewakili ramai lagi yang senasib dengannya. Tanpa taraf warganegara dan tanpa taraf bumiputera.

Di negara yang mempunyai Perdana Menteri yang sedarah dengan mereka, mereka seperti tidak mempunyai apa-apa.

Nota tumit kaki: “Dia” ialah Shamsul Marabang, pelajar gua yang cemerlang dalam STPM. Selepas dia “terbang entah ke mana” selepas STPM, gua akhirnya tahu di mana dia berada sekarang ini. Adam yang kini jauh berada di Negara Matahari Terbit, membuka jalan untuk gua mengesan di mana Shamsul.

6 comments:

  1. Uh, manifestasi atau realiti? Mengapa bukan saya Perdana Menteri?

    ReplyDelete
  2. Shamsul belajar di Fakulti Ekonomi UKM; tinggal di Masjid UKM - kalau tak silap saya, dia memberi khidmat kpd Masjid UKM, cuma tak pasti berbayar atau tidak.

    ReplyDelete
  3. Haris,
    "kami" memang ramai. "kami" itulah yang kadang-kadang seperti persona de grata di muka bumi ini.

    Bro Zul,
    Cuba lu bayangkan macam ni: mereka bercakap seperti kita, berbudaya seperti kita,semua seperti kita. Tapi mereka tidak dikatakan seperti kita. Banyak yang terpatah di pertengahan jalan. Beb, gua rasa sedih. Amat sedih.

    Sahawati,
    Dulu-dulu, semasa saya selalu berulang-alik ke UKM, masjidnya selalu saya ziarahi. Saya tak tahu pula Shamsul pernah berada di situ. Shamsul memang pelajar saya yang amat baik. Alhamdullillah, sebab dia juga akhirnya ke sini juga.

    ReplyDelete
  4. Saya terjumpa Shamsul di Masjid UKM semasa saya dalam pengajian ijazah sarjanamuda. Berbual setika hanya bertanya khabar - hanya sekali. Selepas itu, jika saya ke Masjid UKM, kalau saya ternampak dia, saya hanya memandang dia dari jauh saja dan tak pernah berkesempatan bertanya khabar lagi. Dia di mana sekarang?

    ReplyDelete
  5. Saya baru dapat berhubung kembali dengan shamsul. Sekarang dia kerja dengan Felda, di Felda Sahabat, Lahad Datu. Akan ada 5 anak tak lama lagi. Masa dapat kontek dengan dia, dia masih tetap macam dulu; amat menghormati gurunya pada tahap gaban :)

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...