Tuesday, 8 September 2009

Selamat berbaring, Rozita

“Cikgu, nanti lepas bersungkai, cikgu rasalah kuih ni,” dia kata sambil menghulurkan gua satu bekas plastik yang lutsinar.
“Apa ni?” gua tanya sambil memusing-musing bekas itu.
“Kuih makmur, cantik dipandang, berderai di tangan,” dia kata. Ada sedikit nada gurauan di situ.
“Sedap ke?” gua tanya.
“Sedap. Saya yang buat sendiri tu,” dia kata lagi.

*******
Tapi dia sudah tidak ada lagi.
Kuih makmurnya, hanya tertinggal dalam memori yang gua tercicir menjelang Aidilfitri 14 tahun yang lalu.

Dia pergi terlalu cepat, tetapi terlalu lama untuk gua tahu.
Dia sedang berbaring pada lena yang panjang, sangat panjang.

**********
Rozita,
kalau mungkin kamu pernah mencalarkan sedikit rasa saya, telah lama saya redhokan.
Kalau mungkin ada sedikit rezeki melintasi jantung kamu, telah lama saya halalkan.
Kamu tiada apa-apa khilaf dengan saya.

*********
Selamat berbaring.
Semoga kamu aman di sana…

2 comments:

  1. rasanya rozita kahar kan cigu...
    alFatehah.
    (rashidah ajak)

    ReplyDelete
  2. yer...rozita kahar....saya hanya tahu 2 hari lepas yang rozita sudah pergi.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...