Thursday, 17 September 2009

Promosi! Promosi!

Tiba-tiba fes buk gua ada add requst. Gua renung-renung. Lepas renung-renung, gua tenung-tenung.

Bila gua tengok gambar dia, gua kata dalam hati“macam pernah nampak” . Gua tengok nama dia, Shary Lee. Gua duduk diam-diam. Lepas tu gua usha-usha, siapa “amoi” ni.

“Cikgu, saya sudah minta Shary add cikgu,” kata Rasyidah, via fes buk.
“Shary Lee?” gua tanya Rasyidah.
“Ya,” kata Rasyidah.
“Siapa Shary tu? Pelajar saya ke?” gua tanya.
“Shary Mohd Rauf bah, cikgu” jawab Rasyidah.
“Oh, Shary. Kalau Shary itu, kenal la” kata gua kat Rasyidah.

Lepas tu, gua tengok gambar-gambar dia yang lain.

Lepas satu, satu.
Lepas tu tengok pula yang ni

Hah, memang Shary la….

*****
Shary, pelajar gua ni seorang yang sangat susah hendak didengar suaranya. Kalau sepatah gua tanya, belum tentu dia akan jawab berpatah-patah. Selalunya dia jawap dengan senyum-senyum saja. Dari pukul 6.45 hinggalah ke pukul 12.10, dia tetap akan setia di atas kerusinya. Susah nak tengok dia bergerak ke mana-mana. Kalau ke tandas, kalau bukan Azizah, Rubiah yang akan menjadi peneman.

Lepas STPM, dia ke UiTM.

*******
“Macam mana sekarang?”, gua tanya.
“Macam nilah cikgu,” dia kata.

Lepas tu kami berbla!bla!bla! via YM.
Rupanya Shary ni, kalau bercakap tanpa suara, boleh tahan juga ramahnya. Tidak seperti ketika dia di dalam kelas.

“Dulu, saya pernah ada rakan duet,” dia kata.
“Sekarang sudah buat album solo saja,” dia kata lagi.
“Tak nak cari rakan duet ke?” gua tanya.
“Memang la mau,” kata dia
“Tapi, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi orang yang nak berduet dengan saya,” dia kata lagi.
“Cikgu tolonglah promosikan,” kata dia.
“No problem!” gua kata.

Jadi, sekarang gua nak buat promosi:

Kepada rakyat Malaysia,
Sesiapa yang nak jadi rakan duet Shary, boleh menghantar borang permohonan sekarang. Borang permohonan boleh didapati di heh ti ti pi fes buk dot com. Kemudian klik butang add request, kemudian taip shary lee. Kalau sesiapa yang nak mendapat perhatian segera, kenalah berbaik-baik dengan gua sebab gua dah jadi dia punya event manager. Nanti gua boleh bagi dia punya YM…ahakkksssss.

p.s. rugi woooooo siapa yang tak nak jadi rakan duet Shary, sebab dia ni cantik, berpelajaran, lemah lembut, dan yang lebih penting dia tak banyak makan, jadi senang untuk dijaga.


Amacam Shary, ok tak saya punya promosi?

4 comments:

  1. Gua ada tengok-tengok kerusi tu, tapi gua belum berani nak beli. Tapi kalau perhati balik, rasa rugi gak, bukan senang nak dapat kerusi macam tu. Cikgu, amacam? nak angkat ke?

    ReplyDelete
  2. Dude, ini kerusi bukan sebarang kerusi. Baik punya kerusi ni, wa cakap lu. Kalau lu angkat kerusi ni, gua gerenti, lu puas hati.
    Gua tak leh nak angkat kerusi ni. Mana boleh tokey kedai beli barang kat kedai sendiri....ahakkkkssss!!!

    ReplyDelete
  3. sebuah kerusi yang sangat cantik dan memang memuaskan hati tapi dah tahukah dari kayu jenis apa? kayu jati atau kayu serbuk papan lapis termampat? kalau jati pun, kelas berapa? kalau setakat finising aja cantik tapi tiada kualiti, hampehhh. Atau kerusi ni kerusi plastik? atau kerusi batu? atau kerusi besi? ohhh..saya tahu, ni kerusi kaca atau kristal kot, tu yang spesial sangat. kerusi kat rumah dah buruk ke? kerusi kat rumah tu nampak saja kusam tapi penuh dengan nilai estetikanya dan banyak kenangan tu.

    ReplyDelete
  4. Kusam yang estetik...wah, terlalu klise sejak zaman berzaman!!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...