Thursday, 18 July 2019

PI PI ES EM AI V2

Kapla sakit ada kalu, pigi telan itu pinadul la, ane! Jangan kaki kasi angkat, kasi putung! Pooorah!

Gua tanya, “kenapa?”

Lepas criiitttt air sirih, ayya kata, “tambi, lapar kalu, tambi apa bikin?”

“Makan la,” kata gua.

“Tambi manyak pandai la!”

Gua sengih.

“Lapar kalu, makan la. Dahaga kalu, minumlah. Sakit parut kalu, biraklah. Tada pandai Inggeris kalu, belajarlah bahasa Inggeris. Tapi itu worang tua mau kacau Sains sama Matematik, apa macam? Tada wutak punya worang!”

Kemudian dia criittt lagi air sirih dan sambung, “stim kalu, bini kasi peluk laaaaa!”



EM & AY




Kau tahu apa beza Em 1998 dengan Em 2018?
Tiada beza apa-apa!

Kau tau beza Ay 1998 dengan Ay 2019?
Tak tau.
Ay 2019 sudah jadi Em1998!

Dan kucing di belakang rumah gua pun terus bersenggama dengan bunyi ngiaw yang sengaja dibuat-buat.  Tiba-tiba terdengar seranah nyonya yang jalan terhegeh-hegeh. “Semburit!” Nyonya itu jerit. Apek yang sedang cuci gigi palsunya dengan berus dawai terkejut. Gigi palsunya terpelanting, dan mati.

Jiran-jiran Melayu pula meratib, “takpa, takpa, takpa.” Tujuh tahun kemudian baru mereka “opocot!”  sebab terkejut.

SEMBURIT!




Thursday, 11 July 2019

PAK ABU

Pak Abu dah tiada.

Pak Abu, darahnya British Short Hair. Waktu kecilnya dia makan Royal Canin. Royal Canin ni antara makanan termahal dan terbaik. Itu makanan dia waktu dia kecil.

Kemudian bila meningkat remaja sedikit, Pak Abu selalu keluar dari pintu rumah. Tapi Pak Abu tak pergi jauh, setakat pintu pagar saja.  Mungkin Pak Abu takut untuk meneroka ke luar dunia yang dia tak biasa lagi.

Bila selalu berada di pintu pagar, tengok-tengok apa yang ada di luar sana, naluri Pak Abu untuk meneroka dunia di luar makin bertambah. Dari celah-celah jeriji pagar, Pak Abu mula keluar. Tapi dia tak pergi jauh. Hanya setakat lepak di rumah hadapan, atau di luar rumah rumah jiran yang ada kiri kanan.

Lama-lama, makin kerap dan makin lama pula Pak Abu berada di luar rumah. Tapi bila lapar, Pak Abu akan masuk semula ke dalam rumah. Pak Abu makan Royal Canin kegemaran dia.

Makin lama, Pak Abu semakin seronok berada di luar rumah. Lalu Pak Abu “dipenjarakan” di dalam bilik sebab bimbang Pak Abu akan dicuri, atau dikerkah anjing, atau menjadi mangsa buki kucing tak bertuan. Pintu bilik akan sentiasa ditutup. Dunia Pak Abu ialah bilik dan beranda di bilik itu sahaja.

Kemudian Pak Abu semakin dewasa. Pak Abu menjadi semakin kuat. Dari beranda tingkat satu, Pak Abu melompat ke bawah, menjadikan tembok pagar sasarannya. Dari tembok pagar, Pak Abu melompat pula ke luar. Pak Abu bebas.

Bermula dari itu, Pak Abu semakin kerap berada di luar. Pak Abu akan balik bila dia berasa lapar sahaja. Lepas makan, selalunya Pak Abu akan meniarap di beranda, berehat. Lepas itu Pak Abu melompat ke bawah. Lagi. Kemudian merayau. Lagi.

Lama-lama, Pak Abu makin kerap berada di luar. Entah apa yang Pak Abu makan. Entah air apa yang dia jilat. Kadang-kadang Pak Abu balik dengan badan yang basah. Bergumpal-gumpal bulunya. Pak Abu kerap bersin. Hidungnya selalu keluar hingus. Tetapi Pak Abu tetap selalu hilang dari rumah.

Tengah hari semalam, Pak Abu balik rumah. Pak Abu tercunggap-cunggap. Nafasnya tersekat-sekat. Pak Abu menarik nafas dalam-dalam mencari udara. Pak Abu nampak terseksa. Lalu Pak Abu dibawa ke klinik. Di klinik Pak Abu semakin tenat. Doktor kata paru-paru Pak Abu dah teruk. Cecair penuh di dalam paru-paru Pak Abu. Dan Pak Abu semakin tenat. 


Akhirnya Pak Abu menarik nafas terakhir di atas pelantar keluli rawatan di klinik. Pak Abu tak perlu lagi susah payah menarik nafasnya. Paru-paru Pak Abu  tidak lagi menyeksanya. Pak Abu tak perlu lagi curi-curi melompat ke bawah dari beranda tingkat satu.  Pak Abu tak perlu semua itu lagi, kerana Pak Abu dah pergi ke sana.



Tuesday, 9 July 2019

SUMANDAK

Tahun pertama secara rasmi menjadi guru. Merekalah yang gua ajar. Gua baru 24 tahun. Dan mereka 19 dan 20 tahun! Bayangkan.

Di dalam kelas, yang lelaki berada di satu baris. Yang perempuan berada di satu baris. 

Kemudian gua dapat komplen daripada pelajar perempuan. Gua kalau mengajar pilih kasih. Itu kata wakil pelajar perempuan. Gua garu-garu kepala. Kemudian gua tanya, “Mengapa?l
“Cikgu kalo mengajar bukannya mo meninguk kami pun. Cikgu nda perna juga menyoal kami. Kami paham ka nda, cikgu nda pernah tanya sama kami.”
“Oh,” kata gua. Gua senyum. Senyum sebab tak tahu nak jawab apa.

Sebenarnya gua mahu jawab macam ni, “Sa segan bha. Kalo meninguk kamu-kamu sumandak, tanya-tanya sama kamu, sakap-sakap sama kamu, sia takut dituduh getek. Kamu 20 tahun suda, sia 24. Ngam-ngam tu tau kalao dibuat bini.”
Dia mencebik. Kemudian pergi.

Ya, waktu itu gua rasa agak malu. Apatah lagi bila di hadapan gua gadis-gadis Sabah yang putih melepak. Cantik-cantik pula.


*patutlah ada kawan-kawan cikgu gua kawin sama anak murid durang*.

Thursday, 7 February 2019

ENGKAU KATA BULAN ITU WARNANYA UNGU SEDANGKAN AKU MELIHATNYA TANPA WARNA.

                                                      *prolog*
      Kalau dihitung, aku berkawan dengannya 5 tahun.  Namun jika dicampur lagi setahun (secara teorinya) sewaktu aku berada di Universiti Malaya, hitungan itu bukan setakat berhenti di angka 5 tapi 6.  Suatu perjalanan masa yang agak panjang sebenarnya.


*rewind*

Tiba-tiba senyap. Aku tak tahu apa sebabnya. Sewaktu berada di UM, aku langsung tidak mendapat khabar daripadanya. Surat-surat yang dihantar tidak pernah berbalas.(Ya, ketika itu apa pilihan yang aku ada selain surat?)

Sepanjang tempoh itu, fotonya sahaja yang mampu aku lihat. Aku letakkannya di dalam sebuah bingkai buatan tangan yang dibeli di pasar seni. Kemudian aku meletakkannya di suatu sudut meja belajar aku di Bilik 135, Kolej Kelima Dayasari. Setiap kali aku duduk di situ, sama ada untuk menelaah, atau menyiapkan tugasan yang tidak pernah habis, dia akan berada di situ, tidak pergi ke mana-mana. Dia melihat aku, dan aku seperti berhalusinasi yang dia bercakap-cakap dengan aku sambil memberi sokongan tanpa jemu.  Setiap dentingan mesin taip (tanda harus aku beralih ke baris berikutnya) bagaikan siulan kecil yang keluar daripada dua ulas bibirnya yang terhias dengan dua tahi lalat di bawahnya, kiri dan kanan.

Setiap kali cuti semester, aku akan menyusur aspal kecil yang membelah dada kampungnya.  Tidak terlalu meletakkan harapan untuk berselisih dengannya yang sedang mengayuh basikal di pinggir jalan, kerana aku tau keberangkaliannya hanyalah seperti sehelai kulit bawang. Namun sekurang-kurangnya aku mencuba. Lebih baik membuat sesuatu daripada tidak mencuba apa-apa.

Selama 4 tahun aku di UM, itulah rutinnya sewaktu aku pulang bercuti.


*fast foward*

Tuhan yang lebih tahu. Dia kata.
Tentang Apa? Aku tanya
Tuhan yang lebih tahu. Kata dia lagi. Mengulang.
Tentang apa? Tanya aku lagi. Mengulang.
Cerita-cerita yang tidak enak tentang aku. Dia jawab.
Aku diam. Tidak tahu maksudnya.
Kerana itu kau pergi dan hilang begitu saja, bukan? Dia menyoal.

Aku tiada jawapan. Bagaimana aku harus menjawab sedangkan aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya.

Ada sesuatu yang aku tidak tahu waktu itu? Aku tanya.
Tuhan yang lebih tahu. Dia jawab, mengulanginya lagi.

Dia kemudiannya diam. Begitu juga dengan aku yang tenggelam dalam tanya yang tiada hujungnya.


*fast foward ii*

Ia seperti suatu misteri yang tak terungkap. Suatu ketika aku terlalu bersungguh-sungguh mencarinya dan diam-diam berdoa untuk ketemu dengannya. Namun, dia bagaikan telah menjelma menjadi pari-pari setelah sepasang sayap tumbuh di kiri dan kanan belikatnya, lalu dia terbang entah ke mana-mana.

Dan bila aku bertemu dengannya bertahun-tahun kemudian, dia bercerita tentang cerita-cerita bikinan yang tidak enak perihal dirinya. Dan dia kata, sebab itulah aku pergi, meninggalkannya.  Ia semakin menjadi misteri kerana aku sendiri tidak tahu cerita itu tentang apa.


Aku yang fikir dia yang menghilang, sedang dia kata aku yang pergi tanpa pamit....


*pling!*

Dia yang pertama. Angan-angan untuk menjadikannya juga sebagai yang terakhir telah lupus, bagai istana pasir di tepian pantai, lenyap ditelan ombak. Tanpa jejak. Tanpa tanda. Namun yang pertama itulah yang masuk ke lubuk hati yang paling dalam, dan diam-diam berada di situ. Sampai bila-bila.


*pause*

Friday, 1 February 2019

KADANG-KADANG SESUATU YANG KITA PANDANG ISENG-ISENGAN PADA HARI KELMARIN, AKAN MENJADI SESUATU YANG MENGIGIT DARI HATI TERUS KE RASA

Memang, gua tak suka akan fb. Malas membukanya. Kadang berminggu-minggu. Malah kadang-kadang menjangkau tahun.

                           *pause*
Ada suatu ketika, setelah lama tidak membuka fb, ada kawan menghantar pesan:
“Assalamualaikum. Saya nak bagi tau, *** telah meninggal dunia pagi tadi.”
Gua terdiam. Teringat *** yang kecil molek. Sering berutus surat pada awal remaja, walaupun sekelas. Berbasikal sama-sama ke sekolah kerana rumah kami yang sejalan. Dia di depan, gua di belakang. Begitulah selalunya. Kami terputus hubungan selepas spm. Gua ke tingkatan 6, dia tidak.

“Meninggal dunia pagi tadi” adalah sesuatu yang menyiksakan. Sebab “pagi tadi” itu ialah suatu pagi pada setahun yang lalu...

                   *pause*
“Salam, saya kawan lama awak masa sekolah dulu.”
Gua tak tau siapa. Dengan gambar profile sebiji beg tangan wanita berwarna perang cair, sememangnya menjadikan gua teraba-raba mencari jawapan, siapa kawan lama itu? Nama yang tercatat sangat asing.
Gua tengok hari bulan mesej itu dihantar. Bulan ogos tahun lepas. Berbulan-bulan yang lalu.
Lalu gua membalas, dengan harapan kawan lama itu masih ada jejaknya.
“Walaikum salam, siapa ni? Maaf, saya tak cam.”
Beberapa detik kemudian, kawan lama membalas, “**** *** ****”
Melihat huruf-huruf yang dirangkaikan menjadi ejaan namanya, *pap* berdesup ingatan datang.
Gua dengan dia satu sekolah. Setelah gua masuk UM, dia masih spm. Khabar hanya ditanya melalui surat. Masuk tahun kedua gua di UM, surat gua sudah tiada jawapan. Bila cuti pengajian, gua cuba-cuba “merayau” di kampungnya. Kalau-kalau terserempak dengannya di gigi jalan, atau berselisih dengannya sewaktu menunggu bas. Tetapi tiada. Dan kemudian, begitulah. Hilang begitu saja.

Sehinggalah semalam, setelah lebih 20 tahun tak tau khabar beritanya, dia menghantar mesej lewat fb. Dan seperti biasa, gua yang selalu lewat mendapat khabar....

Sunday, 13 January 2019

SIAPA?

siapa
yang datang
bersama malam
kemudian
diam-diam 
tanpa pamit
hilang dalam riuh
para petualang
yang mencari jalan pulang.

siapa?

Thursday, 3 January 2019

NIU YER WIT OLD ETITIUD.

Sekarang ni, aku nak lepak kat kedai mamak pun malas.
Itu yang dia kata.

Kenapa?
Gua tanya.

Macam celaka,  nak isap rokok kena pegi jauh-jauh!
Dia marah.
                                                   *     *       *
Gua diam. Sambil tengok orang lalu lalang di kaki lima kedai dua tingkat itu, gua terpandang kuntum-kuntum puspa di dalam baldi yang dijual Aci Lettchumy. Pelbagai warna.  Cantik. Seorang anak kecil tergedek-gedek ke situ. Dua-dua tangannya diacukan pada kuntum-kuntum puspa jualan Aci Lettchumy. Aci Lettchumy senyum. Diambil setangkai puspa warna kuning oleh Aci Lettchumy dengan jepitan ibu jari dan jari telunjuknya. Kemudian disuakan kepada anak kecil yang tergedek-gedek tadi.

                                                *     *       *
Macam celaka!
Oh, kemarahan dia belum hilang lagi.
Nak hisap rokok pun kena menapak. Jauh oooo ....

Dalam hati, gua kata:
Macam cibai! Yang orang lain dah berpuluh-puluh tahun menapak jauh-jauh time kau hembus asap rokok, ada diorang bising? Kau baru dua hari kena jalan jauh sikit, dah pot pet pot pet. Macam cibai!

Tapi gua marah dalam hati la. 
Tapi kalau harga petrol tak turun-turun sedangkan harga minyak dunia dah berdesup turun, dan Mahathir kata tak payah turunkan harga petrol lagi sebab taknak toke stesen minyak dapat duit sikit, gua akan kata: PUKIMAK KAU LAAAAAAAAAAA....!

Tuesday, 1 January 2019

WELKAM NIU YER



Dulu gua menyigup. Tapi sepanjang terjebak dalam dunia penyigupan, dua benda ni gua tak buat. Satu, menyigup dalam rumah. Dua, menyigup depan mak bapak gua.

Kalau gua lepak kat kedai mamak, atau mana-mana kedai makan, gua jarang-jarang menyigup di situ. Kalau rasa nak menyigup, gua akan keluar dari situ. Selalunya di kaki lima yang tak banyak orang lalu lalang. Tapi, gua tak pernah menyigup dalam tandas!

Jadi, setakat arahan Kementerian Kesihatan yang melarang aktiviti menyigup dalam kedai makan bagi gua, “Pedahal?”  Gua tak bermasalah langsung tentang hal itu. Yang para penyigup bisingbising sebab dah tak boleh menyigup, pekejadahnya? Lu sendiri yang ‘mintak’ camtu, ‘kan? Yang duk hembus asap nikotin berkepul-kepul tanpa tengok kiri kanan, kenapa? Tengok la sikit. Kalau ada budakbudak kat situ, jangan menyigup. Kalau ada famili kat situ, tahan sikit gian nak menyigup. Lu hormat orang, orang akan hormat lu. Tu sifir yang paling simple. Ni, lu tak hormat orang, pastu lu nak mintak orang hormat lu. Kalau camtu ler, lu memang ada masalah attitude ni. Bila gomen tak bagi lu menyigup dalam kedai makan, lu bising. Tak hormat hak penyigup la, langgar hak asasi la. Gua dengar lu cakap camtu, gua ketawa berguling-guling! Please la, use your brain, kata omputih. Macam gua kata, sifirnya sangat mudah. Lu hormat orang, orang akan hormat lu. You cant demand to get a respect, but you can earn one!

Macam gua, kalau gua raa nak menyigup, gua akan keluar dari kedai makan, kedian lepak jauh-jauh. Gomen kata, kalau taknak kena denda, mengiguplah paling kurang 3 meter dari kedai makan. Tapi, gua, kadangkadang lebih 3 meter. Kadangkadang 10 meter. Kadangkadang 50 meter. Kadang bermetermeter, sampaikan bini gua kena call gua sebab dah nak balik. Huh, jauh betul gua menyigup....

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...