Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Tuesday, 1 January 2019
WELKAM NIU YER
Dulu gua menyigup. Tapi sepanjang terjebak dalam dunia penyigupan, dua benda ni gua tak buat. Satu, menyigup dalam rumah. Dua, menyigup depan mak bapak gua.
Kalau gua lepak kat kedai mamak, atau mana-mana kedai makan, gua jarang-jarang menyigup di situ. Kalau rasa nak menyigup, gua akan keluar dari situ. Selalunya di kaki lima yang tak banyak orang lalu lalang. Tapi, gua tak pernah menyigup dalam tandas!
Jadi, setakat arahan Kementerian Kesihatan yang melarang aktiviti menyigup dalam kedai makan bagi gua, “Pedahal?” Gua tak bermasalah langsung tentang hal itu. Yang para penyigup bisingbising sebab dah tak boleh menyigup, pekejadahnya? Lu sendiri yang ‘mintak’ camtu, ‘kan? Yang duk hembus asap nikotin berkepul-kepul tanpa tengok kiri kanan, kenapa? Tengok la sikit. Kalau ada budakbudak kat situ, jangan menyigup. Kalau ada famili kat situ, tahan sikit gian nak menyigup. Lu hormat orang, orang akan hormat lu. Tu sifir yang paling simple. Ni, lu tak hormat orang, pastu lu nak mintak orang hormat lu. Kalau camtu ler, lu memang ada masalah attitude ni. Bila gomen tak bagi lu menyigup dalam kedai makan, lu bising. Tak hormat hak penyigup la, langgar hak asasi la. Gua dengar lu cakap camtu, gua ketawa berguling-guling! Please la, use your brain, kata omputih. Macam gua kata, sifirnya sangat mudah. Lu hormat orang, orang akan hormat lu. You cant demand to get a respect, but you can earn one!
Macam gua, kalau gua raa nak menyigup, gua akan keluar dari kedai makan, kedian lepak jauh-jauh. Gomen kata, kalau taknak kena denda, mengiguplah paling kurang 3 meter dari kedai makan. Tapi, gua, kadangkadang lebih 3 meter. Kadangkadang 10 meter. Kadangkadang 50 meter. Kadang bermetermeter, sampaikan bini gua kena call gua sebab dah nak balik. Huh, jauh betul gua menyigup....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>

No comments:
Post a Comment