Friday, 1 February 2019

KADANG-KADANG SESUATU YANG KITA PANDANG ISENG-ISENGAN PADA HARI KELMARIN, AKAN MENJADI SESUATU YANG MENGIGIT DARI HATI TERUS KE RASA

Memang, gua tak suka akan fb. Malas membukanya. Kadang berminggu-minggu. Malah kadang-kadang menjangkau tahun.

                           *pause*
Ada suatu ketika, setelah lama tidak membuka fb, ada kawan menghantar pesan:
“Assalamualaikum. Saya nak bagi tau, *** telah meninggal dunia pagi tadi.”
Gua terdiam. Teringat *** yang kecil molek. Sering berutus surat pada awal remaja, walaupun sekelas. Berbasikal sama-sama ke sekolah kerana rumah kami yang sejalan. Dia di depan, gua di belakang. Begitulah selalunya. Kami terputus hubungan selepas spm. Gua ke tingkatan 6, dia tidak.

“Meninggal dunia pagi tadi” adalah sesuatu yang menyiksakan. Sebab “pagi tadi” itu ialah suatu pagi pada setahun yang lalu...

                   *pause*
“Salam, saya kawan lama awak masa sekolah dulu.”
Gua tak tau siapa. Dengan gambar profile sebiji beg tangan wanita berwarna perang cair, sememangnya menjadikan gua teraba-raba mencari jawapan, siapa kawan lama itu? Nama yang tercatat sangat asing.
Gua tengok hari bulan mesej itu dihantar. Bulan ogos tahun lepas. Berbulan-bulan yang lalu.
Lalu gua membalas, dengan harapan kawan lama itu masih ada jejaknya.
“Walaikum salam, siapa ni? Maaf, saya tak cam.”
Beberapa detik kemudian, kawan lama membalas, “**** *** ****”
Melihat huruf-huruf yang dirangkaikan menjadi ejaan namanya, *pap* berdesup ingatan datang.
Gua dengan dia satu sekolah. Setelah gua masuk UM, dia masih spm. Khabar hanya ditanya melalui surat. Masuk tahun kedua gua di UM, surat gua sudah tiada jawapan. Bila cuti pengajian, gua cuba-cuba “merayau” di kampungnya. Kalau-kalau terserempak dengannya di gigi jalan, atau berselisih dengannya sewaktu menunggu bas. Tetapi tiada. Dan kemudian, begitulah. Hilang begitu saja.

Sehinggalah semalam, setelah lebih 20 tahun tak tau khabar beritanya, dia menghantar mesej lewat fb. Dan seperti biasa, gua yang selalu lewat mendapat khabar....

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...