Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 26 May 2011
Kepala Hotak pun boleh berlumut pada ketika ketikanya.
Tapi kalau time kepala separuh masak, baca mansukrip mentah satu baris pun, mulut gua akan ternganga-nganga. Biji mata berurat merah. Lagi dipaksa, lagi kuat ngangganya. Kalau itu yang berlaku, gua akan lebih banyak makan angin di tangga kecemasan. Ataupun bersandar di kerusi pusing-pusing, sambil menjulurkan kaki, dan melihat pokok-pokok kayu di luar jendela.
Dan itulah yang berlaku dari pagi tadi. Gua hanya bersandar di kerusi pusing-pusing. Otak gua tiba-tiba menjadi separuh masak hari ni. Segala ruang di kepala hotak gua, gua rasa macam ada lumut.
Dan itulah yang berlaku. Manuskrip mentah menjadi seperti seorang janda kegersangan di atas ranjang; terbiar sendiri tanpa diusik.
[kerana tiadanya aura untuk berfikir juga telah menyebabkan gua malas ke mana-mana. Maka kesannya ialah, seorang pekerja delivery Mekdi terpaksa menjalankan tugasnya menghantar dabel mek ciken bersama fren frais dan air pepsi kola ke ss 10 Wangsa Maju]
Apa lagi yang harus kami jimatkan?
Sebenarnya isu ini tidaklah rumit sangat. Dan kerajaan juga mesti sedar akan situasi yang telah menyebabkan kelunturan populariti mereka di mata majoriti rakyat. Bagi rakyat, mereka tidak mahu tahu apa yang telah terjadi terhadap pasaran dunia. Bagi rakyat, jika kehidupan mereka semakin terhimpit, semakin sengsara, semakin terhakis kuasa beli, maka kesimpulannya amat mudah : Kerajaan yang gagal.
Zaman sekarang ini ialah zaman maklumat bergerak dengan pantas. Kewujudan dunia maya telah banyak merobah corak pemikiran rakyat. Zaman 'hanya kerajaan sahaja yang serba tahu' telah bertukar menjadi zaman 'rakyat juga serba tahu'. Maka segala alasan lembam dan daif yang diberikan oleh pihak kerajaan akan hanya menjadi modal untuk digelaktawakan. Alasan seperti harga minyak kita lebih murah berbanding dengan Singapura yang menjadi alasan kegemaran kerajaan, hanya memberikan markah sifar untuk kerajaan. Semua itu hanyalah ulasan yang sangat senang dipatahkan apabila rakyat juga tahu yang kerajaan menyembunyikan angka pendapatan perkapita negara kita jika dibandingkan dengan pendapatan perkapita negara Singapura.
Ambil sahaja contoh negara Thailand [salah sebuah negara kegemaran kerajaan untuk dijadikan contoh]. Secara perbandingan lateralnya, memang harga minyak di sana adalah lebih tinggi dengan negara kita. Tetapi apabila diteliti dengan lebih mendalam, beban hidup rakyat di negara itu tidaklah seteruk seperti yang ditanggung oleh penduduk di Malaysia. Harga kereta import mereka jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kereta jenama yang sama yang dibawa masuk ke negara kita. Banyak rakyat mereka yang mampu menggunakan kereta berteknologi hibrid lantaran harganya yang sangat kompetitif. Teknologi hibrid yang digunakan pada kereta-kereta tersebut telah berjaya mengurangkan hampir separuh daripada penggunaan bahan bakar berasaskan fosil. Dengan ini, kos terhadap bahan bakar [minyak] telah dapat dikurangkan juga hanpir separuh.
Rakyat Thailand juga tidak dibebankan dengan pelbagai bayaran seperti yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Malaysia. Sebagai contoh, lesen memandu hanya dibayar sekali sahaja untuk seumur hidup. Selagi pemandu itu masih bernyawa, maka dia tidak perlu membayar yuran pembbaharuan lesen memandu. Malah, cukai jalan juga tidak dikenakan kepada mereka. Kemudian, sekiranya mereka memandu dari Hatyai ke Bangkok, menggunakan lebuh raya enam lorong, mereka tidak akan bertemu dengan palang-palang tol yang akan dinaikkan hanya apabila dibayar dengan kadar terterntu. Tetapi apakah ini berlaku di negara kita? Jawapannya sangat jelas : TIDAK. Jadi, kenapa TV3, RTM, BERNAMA, UTUSAN MALAYSIA dan serba aneka media massa di Malaysia tidak pula bercerita tentang itu? Kenapa hanya diceritakan tentang harga minyak mereka lebih tinggi berbanding dengan negara kita? Dan satu lagi, kenapa juga tidak diceritakan yang Thailand tidak mempunyai telaga minyak sendiri?
Kemudian untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan pengguna di sini, kerajaan telah mengesyorkan agar rakyat berjimat cermat. Soalnya, apa lagi yang rakyat hendak jimatkan? Selama ini pun para pemandu teksi, penoreh getah, petani, nelayan, kaki tangan kerajaan sudah lama berjimat kerana kenaikan kos hidup saban tahun. Apakah kerajaan ingin mengatakan : 'Jika selama ini kamu semua memberikan 12 botol susu untuk bayi kamu, maka kamu haruslah berjimat. Kurangkan kepada 8 botol susu sahaja. Bayi kamu kelaparan tak apa, asal sahaja kamu boleh berjimat'. Atau mungkin kalau nak menyahut seruan kerajaan lagi, sekiranya duit belanja anak-anak yang diberikan 1 ringgit untuk 1 hari dikurangkan menjadi 50 sen sahaja untuk satu hari. Anak-anak hanya perlu membeli sebiji karipap dan kemudian pergilah ke sinki untuk meneguk air paip! Mungkin rakyat tidak meradang dan tidak kisah sekiranya anak-anak dan cucu para menteri pun turut berbaris di sinki sekolah untuk sama-sama menghirup air paip tersebut.
Semasa meminta rakyat untuk berjimat, adalah amat malang sekali apabila subsidi sejumlah 19 bilion terus diberikan kepada penyedia bekalan tenaga bebas (IPP). Menjadi sangat malang apabila meminta rakyat mengikat perut demi sama-sama membantu negara, sedangkan pada masa yang sama FLOM diwujudkan di Putrajaya dan membuat bayaran ratusan ribu ringgit untuk satu malam bagi bilik hotel mewah untuk seorang isteri yang terlebih berlagak menjadi PM.
Sesungguhnya, rakyat sudah tidak tahu apa lagi yang mereka harus jimatkan. Yang jelas, orang-orang di atas sana yang mesti berjimat. Orang-orang yang ada banglo mewah 4 tingkat dan masih lagi mampu tersenyum lebar walaupun tingkat atas banglonya itu ranap dimamah api, itulah yang seharusnya berjimat cermat. Yang punya banglo 4 tingkat itu merupakan cerminan kepada orang-orang di atas sana. Betapa wang bagi mereka tidak ada apa-apa masalah.
[Dude, kenapa lu tulis macam karangan STPM ni?]
[Gua : Hahahaha....]
Friday, 20 May 2011
Macam air batu.
Kemudian gua jawab " :) " .
"Kau tunggu jak ba. Kalau nda sibuk, adalah tu aku tulis dalam blog.
Kadang-kadang, gua malu nak katakan yang gua sibuk. Sibuk hanyalah satu kosa kata sahaja. Ketidakcukupan masa hanyalah seperti satu permainan. Lagipun, gua 'sibuk' sebab kerja. Kerja gua macam tukang sembelih lembu. Sembelih tak boleh sembarangan. Silap-silap bukan daging lembu yang kita makan, tapi kita makan bangkai lembu.
Gua baru habis baca dan conteng buku ini :
Buku ini ok. Banyak info. Sejak dari syarikat East India Company, sehinggalah ke Google Inc. Cuma mungkin masa buku ini ditulis Facebook belum ada lagi. Jadi tiada Mark sebagai pengasas syarikat yang paling berjaya di dunia. Hanya setakat Google, tetapi tiada Facebook.
Kemudian gua dapat novel ini. Ditulis Colm Toibin. Dianugerahkan 2006 International Impac Dublin Literary Award. Maknanya, novel ini bukan calang-calang novel. Novel yang berkisahkan tentang James, tentang bercelarunya nasib James, tentang kesabarannya, tentang cita-citanya yang tersendiri untuk mendapatkan apa yang dia dambakan....tentang macam-macam lagilah. Lu nak tau, lu baca sendiri.

Jadi Radzfar, jika blog cikgumu ini sudah ada sawangnya di sana sini, maka fahamilah yang cikgumu sedang cuba mencairkan air batu itu.
"Eh, lu kata lu sibuk. Ini kenapa duk tulis blog?"
"Gua manusia beb. Ada masanya juga kena letakkan kedua-dua kaki gua ke atas meja."
Monday, 16 May 2011
Sehinggalah 49 jam, 35 minit dan 0.12 saat kemudian, baru gua ada jawapannya.
Ruang kedai makan itu telah sendat. Semua kerusi ada penghuninya. Lalu, dengan itu dia dengan sopan meminta izin untuk duduk di sebuah kerusi, di hadapan gua.
“Tak perlu keizinan. Duduk sahajalah,” kata gua.
Dia duduk sambil tersengih-sengih.
Oh, sesungguhnya kosa kata “tersengih-sengih” itu amat kurang tepat. Seharusnya digantikan dengan “tersenyum-senyum”. Lalu gua padamkan kosa kata “tersengih-sengih” itu dan digantikan dengan “tersenyum-senyum”.
“Seorang sahaja?” dia tanya.
“Tak. Ramai.” Kata gua.
“Mana?” tanya dia.
Kali ini gua pula yang tersengih-sengih. Untuk gua, kosa kata ‘tersengih-sengih’ itu harus dikekalkan.
Selalu sahaja gua lihat dia makan seorang diri. Tidak berteman.
“Gadis seayu kamu, selalu makan dengan diri sendiri. Agaknya si jejaka kamu ada di hujung dunia?” kata gua.
“Tiada,” jawab dia. Sepatah sahaja.
“Mengapa?” sebab dia jawab sepatah, maka gua pun bertanya sepatah.
“Entah...,” sepatah lagi dari dia.
Gua diam. Dia pun diam.
Kata-kata dia dengan kata-kata gua ada jeda di tengah-tengahnya. Dan gua biarkan jeda itu berterusan.
Jeda.
Jeda.
Jeda.
Jeda.
“Sangat susah untuk mencari jejaka. Kamu tahu bagaimana untuk aku tahu jejaka yang bagaimana yang harus aku jadikan teman?” Berpatah-patah pula pertanyaan daripada dia.
Ini kali gua pula yang mencipta jeda. Gua tak tahu nak bagi jawapan apa. Gua buat-buat muka berkerut. Seperti Perdana Menteri yang sedang berkira-kira untuk menaikkan harga barang apa lagi. Dan tidak seperti Perdana Menteri yang sentiasa ada jawapan untuk barang apa yang harus dinaikkan harganya, gua pula tiada sebarang jawapan untuk pertanyaan daripada dia.
Sehinggalah 49 jam, 35 minit dan 0.12 saat kemudian, baru gua ada jawapannya.
“Carilah seorang laki-laki yang memanggil kamu “si cantik”, bukan “si seksi”; yang menelefon kembali ketika telefon genggammu kehabisan kuasa; yang mau tidur di bawah bintang dan mencuri pandang kosmik; atau mau tetap siaga untuk melihat kamu tidur; tunggulah seorang laki-laki yang gemar mencium dahimu; Yang mau mempamerkan dirimu pada dunia ketika kamu bercelana XXXL; yang menggenggam tanganmu di depan teman-temannya; Yang menganggap kamu tetap cantik tanpa lipstick dan bulu alis palsu; Seseorang yang selalu mengingatkan kamu, betapa besar kepeduliannya kepadamu; dan betapa beruntungnya dia memilikimu.
Seseorang yang berkata kepada teman-temannya: dialah orangnya…”
Thursday, 12 May 2011
Hantu-hantu yang Bebal
Kadang-kadang gua penat. Penat melihat kita kita sendiri yang berputar-putar di tempat yang sama. Jatuh dalam lubang yang sama. Bergelumang dalam tangki najis yang sama. Berkali-kali. Dan kita kita tidak pernah cuba untuk belajar daripadanya. Melihatnya dengan otak. Melihatnya dengan kewarasan.
Sejak dari dulu lagi, kita kita berlumba-lumba mengeluarkan kuku cakar di jari masing-masing. Engkau mencakar belakang aku. Aku mencakar belakang engkau. Belulang belakang kita kita terbuka dan robek. Darah menitis tanpa henti. Jatuh ke bumi Tanah Melayu. Dan kita kita terus mengeluarkan kuku cakar. Dan terus mencakar belakang sesama sendiri. Dan orang orang yang datang dari jauh menjerit Bravo! Bravo! Bravo! tanpa kita sedar.
Alangkah!
Kita sudah terlepas satu pulau di hujung sana. Dan tidak mustahil sebuah pulau lagi di bahagian atas sana akan turut kita kita lepaskan. Kita kita tak pernah belajar daripada sejarah. Apakah ini bahananya apabila fakta sejarah yang diajar di sekolah-sekolah diputarbelitkan demi memenuhi agenda sembunyi orang-orang tertentu? Kalau ini bahananya, jangan lagi orang kita kita yang di atas sana, yang masih lagi punya sisa kuasa [yang semakin terhimpit dan semakin terhakis] terus-terusan berfikir barang apa lagi yang harus dinaikkan harganya! Keluarkan otak kalian. Letaklah di dalam makmal sedar. Keluarkan vaksin terhadap segala jenis penyakit dan kuman yang kalian sendiri cambahkan.
II
Masa gua sekoalh rendah dahulu, cikgu gua suka bercerita. Selalunya cikgu gua akan bercerita ketika menunggu loceng pulang dibunyikan. Antara ceritanya ialah kisah tentang seorang budak penggembala biri-biri. Budak ini akan membawa biri-biri yang digembalanya ke sebuah lembah di hujung kampung. Pada suatu hari, budak penggembala biri-biri ini menjerit dengan mengatakan yang sekumpulan serigala cuba memakan biri-biri yang digembalainya. Maka berduyun-duyunlah orang kampung berkejar ke sana. Sesampainya di sana, budak si penggembala tadi ketawa berdekah-dekah.
"Kamu semua sudah kena tipu! Mana ada serigala yang datang mahu membaham biri-biri aku!"
Dan pulanglah orang-orang kampung dalam keadaan marah kerana sudah ditipu.
Kemudian, keesokan harinya, budak penggembala tadi melakukan hal yang sama. Menjerit-jerit meminta tolong. Dan orang-orang kampung yang sangat mudah percaya akan 'mala petaka' yang dialami oleh orang lain terus meluru ke tempat budak itu untuk memberikan pertolongan. Walhal semalamnya mereka telah ditipu oleh budak itu.
Dan budak itu terus ketawa berdekah-dekah untuk kali kedua kerana berjaya memperdayakan orang-orang kampung.
Kemudian, keesokan harinya, serigala benar-benar datang untuk membaham biri-biri yang digembalai oleh budak itu. Maka terpekik terlolonglah budak itu meminta tolong daripada orang-orang kampung.
"Untuk hari ini, kita tak akan kena tipu lagi. Biarlah dia menjerit sampai putus urat lehernya. Tak ada serigala. Tak ada mala petaka di hujung kampung," kata orang-orang kampung.
Akibatnya, habis kesemua biri-biri budak itu dibaham oleh sekumpulan serigala yang tidak pernah merasa kenyang!
[Bro, apa yang lu duk merepek ni?]
Gua nak relatekan dengan apa yang berlaku sama Utusan Malaysia. Heboh sana sini tentang adanya gerakan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Mungkin berita itu bohong. Tapi mungkin juga ada betulnya berita itu. Katakanlah berita itu betul, dan Utusan Malaysia telah melaporkannya. Tapi disebabkan sejarah pengautaan yang sangat sinonim dengan akhbar itu, kita kita melihatnya dengan penuh skeptikal. Kita kita sudah semakin sukar untuk percaya akan berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar itu. Salah siapa? Apakah salah kita kita yang semakin menjauh dengan Utusan Malaysia? Apa yang gua nampak, jauhnya kita kita daripada akhbar yang pernah menjadi lidah rasmi orang Melayu itu adalah disebabkan akhbar itu sendiri yang selalu sangat hilang kewarasannya. Sekarang ini, apa-apa saahaja yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kita kita yang Melayu ini akan mengbooooo kannya. Tengok sahaja kepada isu Kristian ini. Yang bertekak dan memaki hamun ini ialah Melayu sesama Melayu. Cina dan Keling melihat-lihat sahaja. Mungkin juga mereka sangat seronok melihat percakaran ini terus-terusan. Siapa yang rugi? Yang pastinya Cina dengan Keling tak rugi apa-apa! Percakaran yang berterusan ini akan membawa kepada kerapuhan perpaduan sesama kita. Tidak ada sejarah yang mencatatkan bahawa masyarakat yang selalu bergaduh dan mempunyai kerapuhan hubungan sosial akan bertahan. Malah akan ranap menjadi puin-puin sejarah. Itu adalah fakta.
Dan sekalipun berita tentang gerakan Kristian itu benar, siapa yang mahu percaya dengan Utusan Malaysia?
Dalam hal ini gua melihat kewujudan PERKASA ada juga relevannya. PERKASA wujud disebabkan kelompongan yang berlaku dalam kalangan Melayu. Cuma mungkin yang silapnya, PERKASA dipimpin oleh Maharaja Katak. Selain Maharaja Katak, pemimpin yang lain mempunyai karisma, ilmu dan daya juang yang ampuh. Apabila PERKASA berjuang untuk orang Melayu, maka pertubuhan itu dicop sebagai pergerakan rasis. Orang Cina dan orang Keling menyalak ke sana sini memburukkan PERKASA. Malah banyak juga orang-orang Melayu yang turut menyamakan PERKASA dengan PERKOSA. Tapi, HINDRAF itu apa? Bukan sebuah pertubuhan yang sangat rasis ke HINDRAF itu? Ada orang Cina yang bangkit mengatakan HINDRAF sebuah pertubuhan yang rasis? Ada orang Melayu yang menghina HINDRAF seperti mana mereka menghina PERKASA?
Akhbar-akhbar Cina yang memainkan isu perkauman berlegar-legar setiap hari. China Press yang diterbitkan dua kali sehari mendapat sambutan hebat daripada orang Cina. Mengapa? Sebabnya akhbar itu banyak memainkan isu berkaitan hak-hak orang Cina. Apabila Cina dan Keling menuntut sebahagian kek kekayaan yang ada di Tanah Melayu, mereka tidak dikatakan rasis. Apabila ada pertubuhan yang mati-mati berjuang untuk mempertahankan kewujudan sekolah Cina dan sekolah Tamil, mereka tidak dikatakan rasis. Apabila ada kumpulan keling yang membina merata-rata tempat kuil mereka, mereka tidak dikatakan rasis. Tetapi apabila orang Melayu meminta agar mereka menghormati kontrak sosial yang sudah terjalin sekian lama, dengan pantas Melayu jenis ini dikatakan rasis. Rupa-rupanya menuntut hak di tanah air sendiri adalah rasis!
Inilah jadinya apabila matapelajaran Sejarah tidak diajar dalam acuan yang sepatutnya. Keling sudah berani membakar karya Sasterawan Negara, malah menariknya dari rak perpustakaan di sebuah negeri yang dikuasai oleh orang Cina sekarang ini. Tetapi kenapa apabila Namwee menyanyikan Negaraku dalam nuansa yang menghina, tidak pula cina dan keling ini bangkit mengutuk Namwee? Dan orang Melayu? Melayu sekarang seolah-olah sudah lupa akan penghinaan yang dilakukan oleh pemuda Cina itu. Melayu sekarang ini begitu sibuk dengan video lucah. Bersumpah sana, bersumpah sini. Apabila tertampam pada jalan mati, barulah Melayu-Melayu ini mencari masjid. Bersumpah. Kenapa tidak bersumpah sekali untuk mengatakan bahawa "Aku tidak makan rasuah sepanjang aku menjadi pemimpin". Atau "Aku bersumpah bahawa aku tidak mengamalkan kroni semasa aku menjadi Perdana Menteri".
Malu orang Melayu!
Kita kita sudah banyak berkorban. Kita kita sudah terlalu banyak memberi. Dan apabila kita kita cuba untuk mendapatkan secubit hak kita, maka kita dituduh macam-macam. Dan kita kita seperti sudah bengong. Kita kita terus bercakaran sesama sendiri.
Aku sebarkan video lucah. Engkau buat penafian.
Aku kata engkau pembunuh gadis asing. Engkau buat penafian.
Aku kata engkau perompak tanah rakyat. Engkau buat penafian.
Kita seperti seronok berbalah sesama sendiri.
Orang-orang yang berada di atas sana tetap naik kereta mewah. Tetap makan malam di hotel-hotel berbintang-bintang. Tetap memakai seluar dalam atau coli yang harganya bersamaan 120 guni beras. Yang bercakaran di bawah dapat apa?
III
Memang gua penat dengan semua ini...
Wednesday, 11 May 2011
Petikan [II]
Itu yang sedang aku fikir tentang dia.
Thursday, 5 May 2011
Petikan.
Senyap.
Sunyi.
Perlahan-lahan aku menolak daun pintu rumahnya. Mata aku hinggap ke sebuah sofa baldu putih. Dia terbaring di situ dengan mata kuyu separuh terjaga.
Aku memanggil namanya. Dua kelopak matanya terbuka. Dia senyum. Dari dua ulas bibir mungilnya dia mengeluarkan kata-kata. Aku tak mampu memahaminya. Terlalu perlahan. Aku duduk di sisinya. Lantas dia melentokkan kepalanya ke atas bahu aku. Helaian rambutnya menyentuh pipi aku.
Dia berkata-kata lagi. Dan aku masih tidak memahaminya. Kerana terlalu perlahan. Lalu aku mendekatkan cuping telingaku ke bibir mungilnya. Aroma wain merah meruap aku ciumi. Ternyata dia separa mabuk lagi.
"Aku ingin mati sahaja. Daripada begini."
Aku diam.
Kenapa tidak sahaja engkau membuka tingkap rumahmu? Atau berdiri sahaja di beranda belakang? Kemudian lompatlah dengan kepala ke bawah dari tingkat 15 kondo ini?
Dia memaling mukanya. Memberi pandangan sehingga ke luar tingkap.
"Engkau tidak pernah cuba untuk memujuk hati aku. Walaupun sekali."
Kelopak matanya bertaup erat. Tapi aku tahu dia tidak tidur. Dia hanya separa mabuk wain merah.
"Aku tidak pernah memujuk kerana engkau tidak pernah mahu mengerti," aku kata. Aku meletakkan kepalanya di atas sofa baldu putih itu. Aku bangun. Cuba mencari angin dan cahaya matari.
[jangan sesekali lu beranggapan bahawa gua sedang berkisah tentang cerita sebenar gua. Ini petikan daripada khayalan gua, yang gua masukkan dalam bab 7. Wacana khayalan gua yang dalam proses, yang masih dikejar-kejar oleh sang editor]
Hot, Flat and Crowded

Dan setelah disembelih dan diconteng, maka Hot, Flat and Crowded bertukar menjadi Panas, Rata dan Sesak. Banyak persoalan dan perkara terkini diungkapkan dalam buku ini. Tentang kebejatan teknologi yang memakan Bumi sedikit demi sedikit. Tentang letupan demografi yang semakin menyempitkan dunia. Tentang dunia yang menjadi semakin dekat. Ada juga tentang kebimbangan Amerika terhadap beberapa perkara.
Lu ada masa, lu bacalah.
[dude, kenapa lu tak membuat ulasan sahaja tentang buku ini?]
[nanti la, gua akan curi-curi masa]
Tuesday, 3 May 2011
Mengembara Dalam Dunia Gua.
Kedua, muzik.
Itulah dunia yang gua tekuni sejak dari gua pandai minum teh tarik, sehinggalah ke zaman sudah panadai lepak2 di kopitiam. Maka, sebagai memenuhi keghairahan gua pada dunia buku, gua ikut sama menyibukkan diri gua ke dalam PWTC.
"Apa ada di PWTC?"
Sememangnya, kalau lu menanya gua tentang itu, maka gua jawab, lu tak boleh menjadi awek gua yang ke-15! Ya, gua akan senang-senang menghubaya-hubayakan sesiapa yang sangatlah tidak peka dengan dunia buku. Tapi jangan sesekali ajak gua bersembang tentang buku-buku [atau novel] yang bertajuk :
1. Hantu Toyol Pulang Malam.
2. Kekasihmu adalah Bekas Kekasihku yang Tak Jadi Dipinang kerana Aku Kerja Peon di Pejabat Tanah.
3. Cara-cara Membuat Duit dengan Menjual Surat Khabar Lama dan Bateri Lama.
4. Kisah Cinta Penyanyi Terlampau Tereksiden Mengandung 4 Bulan.
5. Kisah Benar Pembunuhan Jutawan Tempe di Kebun Koko.
6. ... dan mana-mana yang sewaktu dan sezaman dengan tajuk-tajuk yang di atas...
Maka gua pun, dengan gaya bajet setengah hensem, setelah mendapat parking tatkala hampir tergeliat segala sendi siku memulas stereng kereta nasional yang mahal tapi tak padan dengan kualiti, dan setelah habis mencucuh sebatang Dunhill, maka dengan penuh bergaya gua mengatur tapak kaki ke PWTC.
Ohhh...gua lupa, petang itu ialah petang Sabtu. Apa ada pada petang Sabtu? Kenapa gua ke sana pada petang Sabtu?
Entah, gua sendiri tak tahu kenapa gua harus ke sana pada petang Sabtu.
[Hekelehhhh...jangan pura2 tak tau la bro. Lu pegi sana pada petang Sabtu sebab kena kerah]
Aduhh..suara ghaib itu telah membongkarkan rahsia gua kenapa gua ke sana pada petang Sabtu.
Memang gua ke sana kerana dikerah. Tapi bukan dipaksa. Kalau gua tak dikerah sekalipun, gua tetap ke sana pada petang itu. Ada pelancaran buku puisi Tautan, hasil kerjasama tempat gua bekerja dengan errrr...errr...errrr...apatah nama organisasi dari Jerman tu. Bukan gua lupa, tapi gua tak ingat sahaja kerana sindrom untuk menyebutnya telah menyerang saraf tempat menyebut perkataan itu pada titik artikulasi yang betul dalam kepala hotak gua.
Beb, kalau lu tak tengok pelancaran buku yang pergi ke pasaran dunia, dan buku itu lu ada di dalamnya, maka lu tidak lebih daripada buih-buih yang terdapat di dalam gelas kaca teh tarik kedai mamak!
Kemudian setiba di tempat itu, kerusi sudah penuh. Penuh kerusi diletak dengan punggung-punggung manusia. Dan kebanyakan tuan punya punggung itu bukannya nak melihat pelancaran buku itu, atau terdiri daripada para ulat buku, para tahi buku, para kekasih buku, tetapi lebih nak duduk-duduk untuk melepaskan lelah. Maka gua pun terpaksalah berdiri di satu sisi di bahagian hujung. Tak apalah, kaki dan lutut gua masih kekal mantap dan gagah perkasa untuk berdiri. Nikmat Tuhan untuk gua berdiri masih ada, sikit pun tak berkurang.

Kemudian, setelah berangkat-angkat tangan dengan bos besar, gua perlahan-lahan membuat ilmu halimunan. Perlahan-lahan gua ghaib dari majlis itu. Dan kehandalan gua dalam ilmu ghaib-menghaib ini memang tidak boleh dinafikan. Perlahan-lahan gua berdiri di satu tempat, dan sedikit demi sedikit gua terangkat ke atas dan *pling* gua terus ghaib. [gua naik eskaltor la tu]
Sekadar mahu mengambil hati atau apa, gua pun tak tahu. Tapi sebaik melintas booth ITNM, gua terus masuk ke situ. Ehhhh....gua lupa, organisasi ini ialah organisasi tempat gua kerja. Patutlah gua tengok yang tukang jual buku kat situ macam gua kenal. Kemudian dari rak ke rak, gua melihat beberapa buah buku yang telah gua sembelih.
Kemudian, gua pun mengembara. Dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Dan ini dunia yang gua jumpa:
1. The Adventure of Ibn Batuta : A Muslim Traveller of the 14th Century (Ross E Dunn)
2. The Clash of Fundamentalisms : Crusades, Jihads and Modernity (Tariq Ali)
3. Transalting Scientific Text (Kulwindr Kaur Sidhu)
4. Kajian Bahasa dan Terjemahan (universiti Malaya)
5. Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat (Dr. MAZA)
6. 13 Mei : Sebelum dan Selepas (Tunku Abdul Rahman)
7. Clobal Terrorism and Religious Terrorist
8. Nasib Melayu di Bumi Melayu (Dr. Ridhuan Tee)
Gua langsung tak pergi ke booth yang menjual novel-novel popular. Langsung tak pergi ke publisher-publisher yang seperti wanita tengah subur yang beranak terus-terusan. Maka apabila seorang towkeynya, berkata :
"Kita ada pasaran sebenarnya. Tengok sahaja Ain Maisara. Hari ini sahaja 13,000 naskhah dapat dijual." dan gua lihat Dato' A Samad Said terkelip-kelip di sebalik kaca mata bulatnya, manakala Prof Emiritius Dr Muhammad Haji Salleh tak senyum dan tak masam mukanya.
Dan gua kata pada diri gua sendiri : "Apalah sangat nak dibanggakan dengan novel merah jambu dari penulis itu!"
Kemudian gua merayau-rayau lagi. Apabila ada jurujual yang menjual sebarang mak nenek tentang belajar bahasa Inggeris misalnya, menghampiri gua cuba menggoda gua agar membeli barangan mereka, maka gua selalunya akan menjadi seperti orang pekak. Gua nak cari buku, gua bukan nak belajar komputer! Selagi mereka tidak meletakkan gadis seseksi Maria Ozawa di booth mereka, jangan harap gua akan singgah. menjeling pun tidak sama sekali.
Tengah asyik merayau-rayau, gua di sapa Che Mat, otai gua. Jom, kita pekena rokok dulu, begitulah kata-kata Che Mat. Kemudian gua kata, Jom.
Di depan pintu masuk utama, kebetulan ada meja kosong. Gua duduk di situ dengan Che Mat. Dua teh tarik dengan harga hampir 10 ringgit, gua letak atas meja. Sesungguhnya, dua teh tarik yang terisi dalam gelas kertas itu hanyalah sekadar dijadikan gua sebagai alasan untuk tidak dijeling si Bangla tukang layan. Kalau ada dua gelas teh tarik di atas meja, maka ia tentunya akan menjadi kuasa yang berkata :
"Aku bukan duduk-duduk secara cuma-cuma di atas kerusi ini. Aku minum teh tarik yang kamu jual."
Kemudian gua pun Pung! Pang! Pung ! Pang! dengan Che Mat. Berpung! Pang! Pung! Pang! dengan otai yang banyak pengalaman ini memang mengasyikkan. Apatah lagi Che Mat ada seorang anak perempuan yang artis-artis Malaysia pun boleh tercicir ke tempat kedua.
Che Mat Pung! Pang! pung! Pang!
Gua pun Pung! Pang! Pung! Pang!
Che Mat cucuh Benson,
gua cucuh Dunhill.
"Hang nak pi mana lepaih ni?" Che Mat tanya gua.
"Istana Budaya." kata gua.
"Ada teater apa kat sana?" Che Mat tanya.
"Bukan teater. Konsert. Konsert Wings," gua kata.
"Mahai tiket aku dengaq," kata Che Mat.
Gua tak jawab. Gua senyum sahaja. Dalam hati gua kata, "Apa tak mahalnya, tiket yang rega 200 lebih jer yang tinggal. Yang paling murah 80 hingget dah berkurun habis."
Gua tengok jam [bukan jam omega Dato' T] di tangan gua. Hampir 7.15 malam. Gua pelan-pelan minta diri dari Che Mat. Gua mencari tempat untuk gua berjumpa dengan-Nya.
Dan selepas itu, dari dunia buku gua pergi pula ke dunia gua yang satu lagi. Dunia yang berada di Laman Sari di Istana Budaya.

Untuk 2 jam seterusnya, gua beropera hidup pula dengan Wings. Kepak-kepak bagaikan tumbuh satu persatu dari celah-celah tulang belikat gua. Tapi gua tak mampu dan tak mahu terbang lagi.
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...