Kalau otak ok, dari pagi sampai malam, gua tak berganjak dari meja kerja. Conteng sana, conteng sini. Potong sana, potong sini. Tukar sana, tukar sini. Klik sana, klik sini. Mesej YM masuk gua tak hirau. Mesej fesbuk masuk, gua jeling jer.
Tapi kalau time kepala separuh masak, baca mansukrip mentah satu baris pun, mulut gua akan ternganga-nganga. Biji mata berurat merah. Lagi dipaksa, lagi kuat ngangganya. Kalau itu yang berlaku, gua akan lebih banyak makan angin di tangga kecemasan. Ataupun bersandar di kerusi pusing-pusing, sambil menjulurkan kaki, dan melihat pokok-pokok kayu di luar jendela.
Dan itulah yang berlaku dari pagi tadi. Gua hanya bersandar di kerusi pusing-pusing. Otak gua tiba-tiba menjadi separuh masak hari ni. Segala ruang di kepala hotak gua, gua rasa macam ada lumut.
Dan itulah yang berlaku. Manuskrip mentah menjadi seperti seorang janda kegersangan di atas ranjang; terbiar sendiri tanpa diusik.
[kerana tiadanya aura untuk berfikir juga telah menyebabkan gua malas ke mana-mana. Maka kesannya ialah, seorang pekerja delivery Mekdi terpaksa menjalankan tugasnya menghantar dabel mek ciken bersama fren frais dan air pepsi kola ke ss 10 Wangsa Maju]
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Salam, Dude,
ReplyDeleteGua punya kepala hotak sampai sekarang tak boleh tuned. Gua tak tau pasal apa. Dulu, gua menyampah jugak tapi gua buat jugak kerja gua tapi sekarang gua menyampah dan gua tak buat kerja langsung.
Gua rasa gua sudah gali lubang kubur sendirilah Dude.