Kemudian gua jawab " :) " .
"Kau tunggu jak ba. Kalau nda sibuk, adalah tu aku tulis dalam blog.
Kadang-kadang, gua malu nak katakan yang gua sibuk. Sibuk hanyalah satu kosa kata sahaja. Ketidakcukupan masa hanyalah seperti satu permainan. Lagipun, gua 'sibuk' sebab kerja. Kerja gua macam tukang sembelih lembu. Sembelih tak boleh sembarangan. Silap-silap bukan daging lembu yang kita makan, tapi kita makan bangkai lembu.
Gua baru habis baca dan conteng buku ini :
Buku ini ok. Banyak info. Sejak dari syarikat East India Company, sehinggalah ke Google Inc. Cuma mungkin masa buku ini ditulis Facebook belum ada lagi. Jadi tiada Mark sebagai pengasas syarikat yang paling berjaya di dunia. Hanya setakat Google, tetapi tiada Facebook.
Kemudian gua dapat novel ini. Ditulis Colm Toibin. Dianugerahkan 2006 International Impac Dublin Literary Award. Maknanya, novel ini bukan calang-calang novel. Novel yang berkisahkan tentang James, tentang bercelarunya nasib James, tentang kesabarannya, tentang cita-citanya yang tersendiri untuk mendapatkan apa yang dia dambakan....tentang macam-macam lagilah. Lu nak tau, lu baca sendiri.

Jadi Radzfar, jika blog cikgumu ini sudah ada sawangnya di sana sini, maka fahamilah yang cikgumu sedang cuba mencairkan air batu itu.
"Eh, lu kata lu sibuk. Ini kenapa duk tulis blog?"
"Gua manusia beb. Ada masanya juga kena letakkan kedua-dua kaki gua ke atas meja."
Macam tulah. "Sibuk" memang satu kosa kata tetapi bukan kosa kata biasa. "Sibuk" sering membalut diri dan raga hingga merimaskan, melemaskan. Kadang waktu memang "sibuk" menyeronokkan.
ReplyDeleteAku mahu menahan daripada disibukkan. Aku mahu aku yang menyibukkan.