Kadang-kadang, apabila kepala menjadi setengah biul, akan terhasil penaakulan 'ma'rifat' setengah gila. Maka akan tersusunlah kata-kata yang nampak seperti tunggang-langgang tetapi menampung makna dan wacana yang jauh lebih tinggi daripada buku A Doctor in The House.
Contohnya, seperti di bawah ini :
Kerana akulah si kafir, duduk termangu di bawah kaki Tuhan:
"bagaimana bisa manusia menculik hak-Mu mencabut nyawaku?" tanyaku.
Kerana akulah si kafir, dibalut kain kafan, di bawah kaki Tuhan:
"buatlah aku mati sekali lagi, mati dengan tangan-Mu"
Kerana akulah si kafir, menangis di bawah kaki Tuhan:
"siksalah aku jika aku kafir di hadap-Mu, aku sangsi disiksa makhluk-Mu"
Kerana akulah si kafir, mengadu sendu di bawah kaki Tuhan,
“duhai Sang Maha Rahman, ku lihat malaikat pencabut nyawa telah mengubah diri menjadi manusia suci, di tangannya senjata siap perang, ia mendekatiku wujud manusia penuh nista, dan dengan menyeru nam-aMu, ia kirim aku ke alam tanpa nyawa”
Kerana akulah si kafir, yang diseru sebagai penyesat yang halal darahnya:
“Tuhan, bagaimana bisa kuasa menghidupkan, mematikan, serta mengafirkan pindah tangan ke makhluk yang tengil bernama manusia?”
“Tuhan, bagaimana mungkin aku kafir sementara aku telah bersaksi tiada Tuhan selain-Mu, Muhammad utusan-Mu”
“Tuhan, bagaimana bisa aku kafir, sementara ayat-ayat-Mu tak pernah lelah ku sentuh dengan bibirku?”
“Tuhan, bagaimana bisa aku mati di tangan makhluk tengil-Mu, sementara Engkau Maha Rahman atas segala sesuatu?”
“Tuhan, hidupkanlah aku, biar kuadu : Tuhan yang mereka “atasnamakan” ialah Tuhan yang tak mengenal kekerasan”
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
.....gua terdiam sejenak lalu.. gua berkata benar seperti kata lu......
ReplyDelete