Friday, 11 February 2011

Dua tempat, Dua Manusia yang Berbeza

Minggu sebelum ini, gua pergi ke satu majlis di sebuah dewan yang selalu menjadi tempat persidangan para ahli kumpulan siasah keris telanjang. Tapi gua pergi ke sana bukan sebab nak hadiri persidangan kumpulan siasah. Gua ke sana sebab sebagai kuli, gua telah dikerahkan untuk menggantikan boss besar gua. Mula2 gua agak cuak sikit. Sebab, bila gua kena ganti boss besar, gua kena berlagak seperti seorang boss besar. Gua mesti duduk di satu barisan dengan para boss besar yang lain. Gua memang cuak sebab gua kuli kecil sahaja.

Tapi bila gua tengok tajuk majlis tersebut "The Sign of Creator" gua rasa sejuk sikit. Gua menjadi lebih nyaman apabila gua tengok barisan pembentangnya bukan calang-calang orang. Dua orang pembentang dari Turki, seorang bekas paderi dari AS, dan seorang mualaf dari Malaysia. Pak Lah, matan PM hadir juga sebagai perasmi.

Gua ada di belakang Pak Lah. Pak Lah duduk di hadapan gua. Selepas Pak Lah pencen, gua lihat Pak Lah seorang negarawan yang sangat sempoi. Dia tak lokek dengan senyuman. Gua tak nampak kesombongan pada peribadinya. Dan satu lagi yang gua sangat tertarik dengan Pak Lah, beliau begitu tekun mendengar wacana ilmu yang sedang diikutinya. Beliau mendengar dengan teliti. Kemudian dia mencatat pada buku catatan kecil yang dibawanya. Sekali-sekala dia keluar kerana menjawab panggilan telefon. Dan sebaik sahaja, masuk waktu solat Asar, Pak Lah bergegas keluar menuju ke surau. Sedangkan gua terus terpaku tak bergerak-gerak pada kerusi!

Bila gua lihat Pak Lah, gua lihat seorang negarawan yang terpaksa turun dari tahkta dek mainan politik oleh rakan sekadangnya. Pak Lah turun dari tahkta PM bukan disebabkan oleh gesaan dan usikan parti lawan. Pak Lah turun kerana dihambat oleh rakan segelanggang.

Beberapa hari yang lalu pula, gua bertandang ke satu majlis di Putrajaya. TPM yang menjadi nakhodanya. Maka seluruh dewan itu riuh rendah dengan kejayaan kementerian yang diterajui oleh TPM. Tiada yang tak elok tentang pencapaian kementerian TPM. TPM bercerita tentang kejayaan kementerian yang diterajuinya. Gua lihat ada nada angkuh di situ. Dengan angka-angka kejayaan yang dicapai kononnya, sedangkan hakikat yang sebenar betapa ribuan anak sekolah di ceruk desa dan pedalaman masih lagi ke sekolah tanpa sarapan pagi!

Antara Pak Lah dengan TPM, gua nampak ada suatu jurang personaliti yang sangat berbeza. Dan ironinya, TPM yang ada sekarang inilah yang menghantar isyarat perang kepada Pak Lah yang waktu itu masih lagi sebagai PM supaya keluar dari pejabat PM! Dan Pak Lah tidak mampu menahan asakan paluan gendang perang itu.

Antara Pak Lah dan TPM si pemalu gendang perang, gua lebih menghormati Pak Lah.

2 comments:

  1. pakcik Lah ni la yg sedekah ratusan ribu buat bikin rumah... masa rumah org2 kg gua kebakaran dulu... malangnya, duit tu atas kertas aja.....

    ReplyDelete
  2. Pak Lah inilah yang memperkenalkan JQAF. Bayangkan berapa ramai graduan agama yang dapat faedah daripada JQAF ini? Bayangkan berapa ramai anak2 yang dapat manfaat daripada JQAF ini? Mungkin apa yang dilakukannya tidak nampak sekarang. Tunggu apabila hasil JQAF ini sudah membesar. Ya, membina insan itu lebih penting daripada membina benda2 lain. Bagi saya, Pak Lah adalah negarawan sejati. Apabila naik tidak angkuh, apabila jatuh tidak menjerit.

    mkriza

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...