Monday, 28 February 2011

Mata Hitamnya Biru

Bila sudah 12 tahun tidak bertemu, maka Mia pun berpung! pang! pung! pang! dengan gua.
Gua pun berpung! pang! pung! pang! dengan Mia.

"Bila cegu bilang, kalau terdampar kerusi ke belakang, terbungkam dengan kain purple menutup muka, Masria pun pelan-pelan turunkan kakinya," kata Mia.

Gua picing-picingkan mata, cuba mengingat semula.

Dan gua pun Ha! Ha! Ha! Ha!.... gua sudah ingat. Bayangan Masria yang suka bersila di atas kerusi semasa gua mengajar berputar macam cerita wayang dalam kepala gua. Dan gua rasa, sekarang ini Masria tidak akan bersila di atas kerusi semasa mengajar anak-anak muridnya.

Dan Mia sebut semula satu demi satu demi satu nama rakan sekelasnya.
Dan gua juga cuba menyebut semula satu demi satu demi satu rakan-rakan sekelas Mia.

Sehinggalah Mia menyebut tentang Gold Sea, dan nama A H A C A pula tersembur dari mulut gua.

"Cegu ada pernah jumpa dengan A H A C A? tanya Mia.
"Tak ada pun," gua jawab.
"Dia kerja kat ASTRO. Seksi habis dia tu sekarang, cegu," kata Mia.

Gua terbayang-bayang tentang A H A C A. Masa gua mengajar dia, kerudung yang dipakainya menutup seluruh bahagian dadanya. Selalu manis dengan baju kurungnya.

"Masa saya tanya dia, kenapa sudah banyak berubah..." Mia sambung lagi, "dia kata kalau tak pakai seksi susah mau dapat kerja di KL ni, kunun."

"Kalau cegu tinguk dia, mesti cegu tak percaya yang dia boleh berubah. Siap dengan berwarna biru sudah dia punya mata," kata Mia.

Gua hanya mendengar cerita Mia. Dan Mia terus bercerita, manakala gua terus mendengar.


****
Berbelas-belas tahun yang lalu, A H A C A berkerudung sangat elok, memenuhi piawaian kerudung seorang muslimat. Manakala Mia pula kadang berkerudung, kadang tidak. Tapi itu dulu.

Sekarang A H A C A bermata hitam yang biru, manakala Mia pula manis berkerudung. Memang jalan di dunia ini banyak lingkarannya. Masing-masing akan mencari dan memilih jalan masing-masing. Dan bagi gua, tidak semua perempuan yang berkerudung itu baik-baik belaka, tetapi perempuan yang baik akan sentiasa berkerudung.

Tuesday, 22 February 2011

retrospektif

seingat gua, gua mula main-main dengan string gitar masa gua baru masuk sekolah menengah. masa tu gua takder sen nak beli gitar. jadi gua tumpang-tumpang main gitar member. dulu, bila dah dapat greenggg....greeeengggg....greeeenngggg... gitar kapok sudah cukup puas hati. note lagu belakang kira. asal ada bunyi, gua dah rasa happy.

kemudian, ketika gua form 6, gua tinggak kat tepi sekolah gua. rakan rumah sewa gua nama jailani. dia pandai dan ada skill main gitar.
"kalu demo nak cepat pandai belajar main gitar, demo kena ado gitar sendiri" kata jailani.
gua tengok2 baki akaun simpanan bank pertanian gua. semua duit biasiswa kelas persediaan universiti gua masuk situ. bila gua tengok angka-angka di dalamnya tak begitu mewah, gua kata kat jailani, "aku takdok duit lagi nak beli gitar".

Minggu depannya, bila jailani pulang ke rumahnya dan kembali ke rumah sewa, dia pikul sebiji lagi gitar kapok kaler perang.
maka, gua dengan jailani pun greeenggg...greeeenggg....greeeennngggg....gitar kapok di atas wakaf.

"Duk main gitar sokmo. bila baco buku ni?" kata awek rumah sewa sebelah.
"Kito main gitar sambil baco buku" kata gua.

rupanya, betul la apa yang gua kata yg gua dengan jailani main gitar sambil baca buku. sebab tahun depannya gua dengan jailani masuk universiti malaya. awek rumah sewa sebelah yang selalu baca buku, kantoi di tengah jalan.

kemudian, masa gua di um, gua duduk di kolej dayasari. sebelah bilik gua ialah bilik muzik. macam tahu-tahu plak fellow kolej ni yg gua suka muzik. kesannya, gua lebih banyak duk dalam bilik muzik dari duk dalam bilik sendiri!

bila dapat pinjaman jpa, gua tak pegi shopping di pertama kompleks seperti member2 gua yang lain. gua pegi muzik store. gua angkat satu gitar.

dan dari sejak itu sehinggalah gua buat diploma pendidikan di um, gua duk tenyeh gitar itu sahaja. gua sendiri tak tahu berapa kali stringnya putus. badan gitar tu macam-macam gua tampal sticker. tapi banyak sticker gambar tengkorak, rock la konon. walaupun gitar tu dah banyak kali tukar string dan harganya murah sahaja, gua sangat sayang.

kemudian, selepas gua habis diploma pendidikan, gua kena lambung pegi sabah. gua tinggalkan gitar tu kat member gua yang kerja jadi pengawal keselamatan di yaohan. gua tak bawa sebab gua pikir leceh nak pikul gitar dalam kalangan guru-guru muda yang sedang bersemangat. jadi masa di airport, gua hanya heret beg lipat-lipat beroda.

di sabah, gua tercampak ke sandakan. di sana, gua tak greeenggg.....greeenggg...greeenggg... gitar sebab gua tak bawa gitar. pernah satu kali, gua ke taman damai, batu 4. wan zul yang mengajar satu sekolah dengan gua tinggal sana. wan zul ada sebijik gitar. gua amik, dan petik-petik di atas sofa. rosli yang berjanggut sejemput, jeling-jeling gua. selepas kena jeling-jeling, gua letak balik gitar tu.

dan untuk 10 tahun gua di sana, gua langsung tak pegang gitar. gua rasa mungkin sebab persekitaran gua yang tak begitu kondusif untuk gua main gitar. tak pun gua rasa masa tu gua sibuk : sibuk melihat sumandak2 yang cantik dan gebu-gebu!

kemudian, beberapa tahun lepas, gua terserempak balik dengan kawan gua yang jadi pengawal keselamatan Yaohan dulu. dia bukan lagi seorang pengawal keselamatan, tapi sudah naik status sosialnya. dia dah jadi ASP di damansara.
"gitar demo dulu ada lagi," dia kata.
"kalu nak, marila rumah kawe," kata dia lagi.

gua pegi ke rumah kawan ASP gua tu. dia bawa gitar gua yang dulu, berbungkus dalam plastik.
"ada la dua tiga orang pinjam gitar ni, try main. tapi tak lama. diorang hantar balik. ada yang tak pandai main. ada juga yang luka jari sebab kuat sangat menenyeh," kata kawan gua.

dari dalam sebuah setor gelap, gitar gua dulu diambil. gitar itu terbungkus dalam plastik. penuh debu di atas permukaannya. gua huuuuusssshhhhh....dengan angin dari mulut gua. zarah-zarah halus debu mengapung ke atas.

gua amik gitar itu. gua try greeenggg...greeenggg...greeenngggg.... Nada yang keluar tak la merdu sangat lagi. maklum la gitar season. walaupun lama tersimpan dalam setor dan penuh debu, tapi gua sayang gitar tu.

bila gua conggak-conggak, rupanya sudah hampir 12 tahun gua tak petik gitar itu. dan hampir 12 tahun juga gua tak petik mana-mana gitar. tapi perasaan sayang gua pada gitar itu, sama seperti gua mula-mula memegangnya. bila gua petik dan cuba menekan nada dan note, iramanya masih keluar walaupun banyak yang sumbang.

tapi, mungkin sebab gua dah 12 tahun tak memetiknya, kemahiran gua banyak yang tergelincir. gua cuba petik sehabis baik. mula-mula nada bunyinya seperti yang gua dengar seperti 12 tahun yang lepas. dan sebab sudah berbelas tahun tidak menekan string, hujung-hujung jari gua berasa sakit dan sedikit pedih. tapi, gua tahan jer. strumming gua juga banyak yang kantoi. tapi gua belasah jer.

setelah 12 tahun, nadanya masih lagi menari mengikut naluri dan jiwa gua. walau lama terkurung dalam setor dan penuh debu, gua tetap sayang gitar gua itu...

Friday, 18 February 2011

Dalam Hujan Separa Lebat di Jalan TAR

Sebaik gua masuk. Mia pandang gua. Gua pandang Mia. Gua kata "hai!" tanpa suara kat Mia. Mia balas "hai!" tanpa suara gua dengan senyumnya.

Sebaik selesai gua berusrusan dengan Hanani, gua ke meja Mia. Gua sengaja menyusur ke meja Mia dari belakang.

"Siapa nama? Buat apa di sini?" kata gua pura-pura bertanya.
Sambil tersenyum Mia jawab, "Nama saya Salmiah Binti Harun. Saya datang ke sini sebab ada kursus." Mia mengatur kata demi kata seperti anak sekolah yang disoal oleh cikgu matematik.

"Ha..ha..ha.." kata gua.

***
Kali terakhir gua bertemu dengan Mia lebih kurang 12 tahun yang lalu. Waktu itu Mia bergelar freshie di UKM. Gua pula belajar untuk kali kedua di sana secara separuh masa. Selepas 12 tahun baru gua berjumpa semula dengan dia.

***
"Kecil dunia ni kan, cegu. Pusing-pusing, jumpa semula", kata Mia.
Gua senyum.

Berbelas-belas tahun yang lalu, gua mengajar Mia semasa dia di tingkatan 6 rendah dan 6 atas. Mia seorang pelajar yang pintar, tetapi tak banyak suara. Yang paling gua suka tentang Mia ialah tulisannya. Tulisan Mia sangat cantik dan sangat mudah dibaca. Setiap kali gua menanda kertas ujian atau peperiksaan, gua selalunya akan memulakannya dengan menanda kertas jawapan Mia. Malah ketika Mia belajar di UKM, gua yang memintanya menulis nombor plat kereta gua pada sticker UKM.

***
Ketika kudapan, sementara menanti kursus disambung, gua pung! pang! pung! pang! dengan Mia. August, kawan Mia lebih banyak diam dan mendengar. Su, editor eksekutif ofis gua macam blur blur bila tengok gua pung! pang! pung! pang! dengan Mia.

"Dulu, Mia ni student saya," kata gua kat Su.
"Oooo..." jawab Su sambil tersenyum.
"Tapi tetap juga dipanggil cikgu," kata Mia.
"Iyer la bah. Nanti kalau kau panggil aku abang, lain pula jadi ceritanya..." kata gua.
"Ha..ha...ha.." kata Mia.
"Hi...hi...hi.." kata Su.
August pula tak ada suara. Hanya senyum-senyum sahaja.

***
Petang itu gua turunkan Mia di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Augustina juga ikut sama. Dalam hujan separa lebat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mia dan Augustina Early berlari-lari anak dari perut kereta gua ke kaki lima banjaran kedai yang menjual kain dan tudung.

***
Memang dunia ini sangat kecil, seperti kata Mia. Tetapi dunia tetap bundar dan masih lagi beredar di atas paksinya. Masih lagi mengitari Suria.

Dulu, gua mengajar Mia.
Sekarang, gua berkongsi kelas dengannya.

Wednesday, 16 February 2011

2 Bilion Punya Cerita

Dalam dewan yang nampak gah itu, TPM berpung! pang! pung! pang!

"Kita telah berjaya melangkaui sasaran yang ditetapkan" kata TPM.

Zzzzzzz.... baik punya lentok member di sebelah. Gua rasa yang sedang zzzzzzz itu ialah salah seorang cikgu sekolah.

"Ada cikgu-cikgu di sebuah sekolah pedalaman di Sarawak yang memberi kelas tambahan pada jam 5 pagi," kata TPM lagi.

Member yang sedang zzzzzz disebelah bukan setakat zzzzzz lagi. Tapi siap berdengkur ....krooohhhh...krooohhh...kroohhh...

"Kita akan memberikan 7000 ringgit kepada guru besar yang membawa kejayaan kepada sekolah," kata TPM.

Dari barisan belakang gua, gua dengar macam ni : "Yang mampusnya cikgulah. Cikgu besar dapat nama. Dapat duit lagi. Yang buat kerja bukan cikgu besar. Cikgu besar tukang kerah. Cikgu kecik yang tukang buat,".

Pagi itu, lebih 2 bilion diberikan kepada pengarah-pengarah pelajaran negeri. Masing-masing bangga memikul moque cheque yang sebesar anak lembu. Masing-masing tersengih-sengih ketika berganbar dengan TPM. Gua harap 2 bilion ringgit itu benar-benar pergi kepada anak-anak sekolah.

Dude, lu dah jadi cikgu sekolah balik ke?
Tak. Gua bukan kembali menjadi cikgu sekolah walaupun dulu ada kekasih yang kata "I lebih suka you jadi cikgu semula".

Habis kenapa lu selalu ada dalam majlis KPM?
Bro, bukan cikgu jer yang ada dalam KPM!

Dalam majlis yang memberikan 2 bilion hingget untuk sekolah dan pendidikan, gua lebih tertarik dengan awek koir!

Oh, yer, gua lupa nak kasi tau. Dengan ini, dengan penuh rasa bangga diri tahap melampau gua ingin mengkhabarkan yang muka gua telah secara tak sengaja terpampang di kaca tv3!

Friday, 11 February 2011

Dua tempat, Dua Manusia yang Berbeza

Minggu sebelum ini, gua pergi ke satu majlis di sebuah dewan yang selalu menjadi tempat persidangan para ahli kumpulan siasah keris telanjang. Tapi gua pergi ke sana bukan sebab nak hadiri persidangan kumpulan siasah. Gua ke sana sebab sebagai kuli, gua telah dikerahkan untuk menggantikan boss besar gua. Mula2 gua agak cuak sikit. Sebab, bila gua kena ganti boss besar, gua kena berlagak seperti seorang boss besar. Gua mesti duduk di satu barisan dengan para boss besar yang lain. Gua memang cuak sebab gua kuli kecil sahaja.

Tapi bila gua tengok tajuk majlis tersebut "The Sign of Creator" gua rasa sejuk sikit. Gua menjadi lebih nyaman apabila gua tengok barisan pembentangnya bukan calang-calang orang. Dua orang pembentang dari Turki, seorang bekas paderi dari AS, dan seorang mualaf dari Malaysia. Pak Lah, matan PM hadir juga sebagai perasmi.

Gua ada di belakang Pak Lah. Pak Lah duduk di hadapan gua. Selepas Pak Lah pencen, gua lihat Pak Lah seorang negarawan yang sangat sempoi. Dia tak lokek dengan senyuman. Gua tak nampak kesombongan pada peribadinya. Dan satu lagi yang gua sangat tertarik dengan Pak Lah, beliau begitu tekun mendengar wacana ilmu yang sedang diikutinya. Beliau mendengar dengan teliti. Kemudian dia mencatat pada buku catatan kecil yang dibawanya. Sekali-sekala dia keluar kerana menjawab panggilan telefon. Dan sebaik sahaja, masuk waktu solat Asar, Pak Lah bergegas keluar menuju ke surau. Sedangkan gua terus terpaku tak bergerak-gerak pada kerusi!

Bila gua lihat Pak Lah, gua lihat seorang negarawan yang terpaksa turun dari tahkta dek mainan politik oleh rakan sekadangnya. Pak Lah turun dari tahkta PM bukan disebabkan oleh gesaan dan usikan parti lawan. Pak Lah turun kerana dihambat oleh rakan segelanggang.

Beberapa hari yang lalu pula, gua bertandang ke satu majlis di Putrajaya. TPM yang menjadi nakhodanya. Maka seluruh dewan itu riuh rendah dengan kejayaan kementerian yang diterajui oleh TPM. Tiada yang tak elok tentang pencapaian kementerian TPM. TPM bercerita tentang kejayaan kementerian yang diterajuinya. Gua lihat ada nada angkuh di situ. Dengan angka-angka kejayaan yang dicapai kononnya, sedangkan hakikat yang sebenar betapa ribuan anak sekolah di ceruk desa dan pedalaman masih lagi ke sekolah tanpa sarapan pagi!

Antara Pak Lah dengan TPM, gua nampak ada suatu jurang personaliti yang sangat berbeza. Dan ironinya, TPM yang ada sekarang inilah yang menghantar isyarat perang kepada Pak Lah yang waktu itu masih lagi sebagai PM supaya keluar dari pejabat PM! Dan Pak Lah tidak mampu menahan asakan paluan gendang perang itu.

Antara Pak Lah dan TPM si pemalu gendang perang, gua lebih menghormati Pak Lah.

Wednesday, 9 February 2011

Free show yang tak berapa mengasyikkan.

Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan para negro ini. Bukan sebab mereka ni hitam legam, tapi gua cukup rimas dengan perangai hutan mereka.

Gua pernah mendebik sekor mamat negro yang selamba kencing di depan rumah gua.

Beberapa bulan lalu, ada sorang mamat negro buat hal. Dia telanjang. Lu tau maksud telanjang? Bogel! Lu tau maksud bogel? Kalau tak tau maksud telanjang atau maksud bogel, cuba tanya-tanya Fasha Sandha.

Cuba lu bayangkan macam ni : sorang mamat negro. Hitam macam burung gagak. Tak pakai baju. Tak pakai singlet. Tak pakai seluar. Tak pakai spender. Kemudian berlari-lari anak di tepi jalan raya. Perggghhh...cuba lu bayangkan....hayunan 'burung'nya yang ala-ala lembut tak lembut ke kiri dan ke kanan.

Cuba bayangkan.....

Itu beberapa bulan yang lalu.

Kemudian, kelmarin ada sekor lagi negro buat hal. Masih menggunakan teknik yang sama. Telanjang bulat dan kemudian berlari-lari anak di tepi jalan raya. Cuma versi semalam tak ada 'burung' yang terhayun-hayun. Yang terhayun-hayun bukan 'burung' tapi 'betik busuk' yang lembik!
Kenapa tak ada burung yang terhayun?
Sebabnya yang kelmarin tu perempuan. Negro perempuan. Masih muda lagi.
"Bro, bertuah la lu dapat tengok show free," kata kawan gua.
Gua diam. Kemudian gua kata, "Kalau lu dah tengok Nasha Aziz telanjang sambil garu-garu bontotnya, maka percayalah....negro perempuan yang telanjang itu tak menarik langsung!"

Dude, takder yang menariknya untuk melihat seorang negro perempuan yang bulat macam tong gas petronas, bertetek gelebir, hitam legam, dengan bulu-bulu yang tak terjaga!

Sungguh, gua tak berasa sangat bertuah!

Wednesday, 2 February 2011

Paria kepada Phallus

"Kecoh betul keling-keling tu tak mau ingat asal-usul," kata kawan gua.

Gua diam. Gua hanya pasang telinga. Gua dah malas sangat nak pikir berkaitan keling-keling ni.

"Gua rasalah, kalau keling-keling jenis ni nak lupakan 'paria', boleh," kata kawan gua lagi.

"Boleh?" gua tanya.

"Ganti perkataan 'paria' tu dengan 'phallus'," jawab kawan gua.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...