Dulu, kalau gua lepak-lepak kat bilik guru, di telinga gua akan selalu terdengar kata-kata seperti:
“Aku menyampah betul dengan si ….”
“Si … tak pernah nak buat kerja rumah. Lantak dialah.”
“Ponteng lagi si …. Kali ini aku nak cadangkan dia kena buang sekolah.”
“Dia nak belajar ke, tak nak belajar ke. aku tak peduli!”
“Si…tu memang jenis baka hantu raya. Jangan pedulilah kat dia tu”
Macam-macam lagi sebenarnya.
Kalau gua, gua tak tengok dengan mata kosong.
Gua kata, “Aku nak budak tu, bagi kat aku”.
Lalu gua pun selalu menjadi pengutip dan pemungut.
Tak semua sanggup memungut dan mengutip mereka kerana memungut dan mengutip mereka ini ada seninya. Dan seni itu amat payah dikuasai oleh manusia idealis yang ego.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
kenapa fikiran kita sebagai pendidik sama ya cikgu, saya pun rupanya memungut dan mengutip. Saya tidak sampai hati membiarkan pelajar saya dibuang begitu sahaja terutama anak bangsa sendiri. sebab telah banyak yang saya lihat budak-budak cam nilah yang masih ingat kita sebagai gurunya berbanding pelajar yang menjadi pujaan guru kerana kerajinannya dan kebaikannya ( yg sebenarnya berudang ). Saya tahu suatu hari apabila kesedaran mereka tiba, mereka akan berubah. Sebab itu bekalan untuk perubahan itu perlu ada agar tidak menghalang perubahan ke arah kebaikan itu.
ReplyDeleteLyena..
teruskan usahamu cikgu ku sayang...hancur badan di kandung tanah, budi yang baik di kenang juga
ReplyDelete