Gua, pagi-pagi selalu berdiri di situ. Ada lopak air. Ada sebuah kereta, warna merah. Selalu datang dan pergi dengan laju. Gua selalu terkena air lopak itu gara-gara kereta merah tersebut.
Setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun..gua selalu terkena air lopak angkara kereta merah tersebut. Gua tak pernah berganjak, tetap berdiri di situ.
Bila gua terkena air lopak itu, gua diam-diam sahaja. Gua basuh sendiri baju gua. Gua basuh sendiri seluar gua. Gua tak heboh ke serata alam yang baju gua terkena lopak air gara-gara kereta merah.
Bila gua menarik bangku di sebuah kedai mamak untuk mencicip teh tarik kurang manis, ada orang orang orang orang yang bising-bising bising bising bising kerana gua tidak berdiri di tepi jalan itu pada pagi itu.
Tidak berdiri di tepi jalan itu seperti setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun.
Seperti selalu….
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
cigu, saya mahu faham cerita cigu ni, tapi ndak faham-faham, kasi faham sikit
ReplyDeletelyena..
Lyena,
ReplyDeleteapabila kita cuba buat sesuatu yang lain daripada kebiasaan, kita dikatakan antithesis. Premis hujah mereka mudah : kerana kita bergerak agak abnormal macam biasa.
Faham, Lyena?
satu lagi lyena;
ReplyDeletekalau kamu memamah sesuatu tulisan atau karya, mamah karya tersebut dengan mata dan hati. Setiap kata ada rohnya, walaupun nampak seperti main-main. Kata-kata dalam karya; apabila ia berdiri akan menjadi terlalu tinggi, dan apabila kata-kata itu duduk ke bawah, terlalu dalam ia masuk.
[b]All of these girls are online now! just click on your favourite to go to their cam![/b]
ReplyDelete[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/1.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/2.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/3.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/4.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/5.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/6.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/7.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/8.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/9.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/10.jpg[/img][/url]
this will keep updating with the latest girls!