Kalau lu tengok animasi Jepun, yang mempunyai mata yang besar, bulat dan bersinar-sinar, maka lu akan dapat bayangkan macam mana mata dia.
Gua mengajar dia Kesusateraan Melayu. Ada teks Tiga Catatan Perjalanan yang ditulis oleh Baha Zain. Ada teks Nyanyi Sunyi yang ditulis oleh Amir Hamzah. Dalam kedua-dua teks itu, ada beberapa sajak yang bernuansakan keagamaan.
“Dalam Bible, ada dikisahkan begitu?” gua tanya dia.
Kadang-kadang dia menjawab dengan mengangguk kepala.
Kadang-kadang dia menjawab dengan sepatah kata sahaja, iaitu sama ada “ya” atau “tidak”. Yang selebihnya dia akan menyinarkan matanya yang bulat itu.
Selalunya, kalau ada yang tersangkut dengan fahaman keEsaan yang sedikit bertembung dengan fahaman Trinitinya, gua akan cuba menyusup masuk. Tapi dia memang susah. Nampak amat tegar.
“Nah, al-Kitab. Cigu bacalah,” dia kata pada suatu pagi. Gua baru habis berbla!bla!bla! di 6 A 1. Gua menyonsong beranda 6A2 untuk turun ke bilik guru. Waktu itulah, dia ‘menahan’ gua dan menghulurkan al-Kitab tersebut.
“Yang cigu tanya semalam, ada kat dalam ni,” dia kata.
Gua senyum dan gua kata gua akan baca.
Waktu itu, gua tahu siapa lelaki istimewa yang dia letak di dalam hatinya. Pelajar gua juga. Seorang Muslim yang amat baik dan dia suka menulis.
*********
“Kamu sudah kahwin ke dengan dia?” gua tanya pelajar lelaki itu yang sekarang ini menjadi guru di Bandar Permaisuri.
“Tak cikgu, kami selalu bertembung bila berbicara soal agama. Saya tak mampu untuk membawa dia berhijrah,” dia kata kat gua.
Gua hanya diam. Gua tahu dia memang tegar.
*************
Gua tengok-tengok profail dia.
Relationship status:
Married
Children:
Abdul Ariq
Abdul Ariq. Nama anak dia Abdul Ariq.
“Kamu dah berhijrah?” gua tanya dia.
“Begitulah nampaknya, cigu” dia kata
“Cigu pun kenal suami saya,” dia kata
“Siapa?” gua tanya.
Dia diam. Dia jawab soalan gua itu dengan sekeping foto.
Memang gua kenal suami dia. Pelajar gua juga. Satu kelas dengan dia di 6A2.
Patutlah, kadang-kadang gua tengok pelajar-pelajar gua ni matanya terkebil-kebil sewaktu cikgu mengajar, tapi fikirannya melayang entah ke mana-mana. Ada tugas sampingan yang mereka lakukan.
Dan yang syoknya dengan dia ini, waktu itu lelaki yang diletakkan di dalam hatinya seorang muslim yang berada dalam kelas yang sama dengannya. Seorang lelaki yang suka menulis dan kadang-kadang berfalsafah bila bercakap dengan gua. Gua suka menulis, gua juga suka bercakap tentang dalamnya 7 lautan. Lalu lelaki yang diletakkan di dalam hatinya itu, gua kenal benar; sebagai seorang pelajar gua dan sebagai seorang lelaki yang berkongsi minat.
Tapi sekarang, lelaki yang dia letakkan di dalam sudut hatinya bukan pelajar gua yang itu. Dia telah meletakkan seorang lagi pelajar gua jauh ke dalam hatinya. Seorang muslim yang di dalam kelas agak pendiam tetapi mempunyai penghayatan yang mendalam. Dan gua tidak pernah menyangka yang dia akan berada di situ.

Clorin Sufri…selamat datang dan selamat berhijrah!

hidayah milik Allah..
ReplyDelete"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang (memiliki persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk" (Al-Qasas:56)
ReplyDeleteAllah itu Maha Besar dan berkuasa atas segalanya.
ReplyDeletesetuju dengan HAMBA...hidayah itu hak mutlak Allah...boleh dianugerahkan kepada sesiapa yang diinginkanNYA....
ReplyDeleteWah cikgu...ini cerita2 dari sabah ya??
Roseriana, banyak cerita dari sana. Alhamdullillah, bekalan cerita dari sana tidak pernah terputus kerana anak-anak didik saya tidak pernah putus dengan saya.
ReplyDelete