Tuesday, 24 November 2009

Bahasa Gua ialah Kepala Gua

“Dude, bukan lu anak buah Dr. Nik ke?” dia tanya gua.
Gua tengok dia. Gua hangguk-hangguk kepala. “Dulu,” gua kata.

“Lu belajar dengan Dr. Nik, kenapa lu tulis semacam jer?” tanya dia lagi kat gua.
Gua tengok dia yang tengok gua.
Gua tahu apa yang dia cuba kasi tau kat gua. Dalam bahasa mudahnya dia nak kata macam ni: Kenapa lu tak ikut Tatabahasa Dewan bila lu menulis?

Kalau dia tanya begitu, gua nak tanya balik:
“Lu pernah tengok seorang profesor humbankan Tatabahasa Dewan ke dalam tong sampah dalam satu seminar?”

*****
Gua suka dengan bahasa gua. Gua masuk unsur pop dalam bahasa gua. Gua rasa sempoi semacam… dan gua pun bukan ahli jamaah profesor yang menghumbankan Tatabahasa Dewan ke dalam tong sampah itu.

Gua ada kepala gua. Gua menulis ikut kepala gua.

Lu nak peduli haper!?

3 comments:

  1. Dalam kalangan Profesor yang pakar Bahasa Melayu, tidak semua bersetuju untuk menggunakan Tatabahasa Dewan sbg sumber rujukan khusus; ada yang berkiblatkan Chomsky.

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu Saha, setiap intelektual ada fahamam dan pegangan masing2. Dulu, saya belajar dengan Prof Nik, Prof Hashim, Prof Hamid dan semua pakar bahasa yang bertunjangkan TG yang menjadi kerangka asas pembinaan Tatabahasa Dewan. Memang saya kagum dan beranggapan tatabahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Kemudian apabila saya berguru buat kali kedua di UKM, saya lebih memahami tatabahasa Melayu yang sebenarnya. Dan memang, secara peribadi saya kecewa dengan Tatabahasa Dewan yang terlalu beracuan kepada TG, sebab TG bukanlah teori yg terbaik untuk menghuraikan fenomena bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  3. Cikgu, kerana saya hasil produk UKM lah maka saya mengetahui sedikit sebanyak mengenai ketidaksesuaian Tatabahasa Dewan utk menguraikan fenomena sintaksis bahasa Melayu; walaupun saya tdk pernah berguru secara khusus hanya sekadar mendengar dan berbincang secara santai dgn kawan2 yang mendalami bidang sintaksis bahasa Melayu.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...